• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lagu Iban Diciplak Dan Digelar ‘Single’ Baru, Penyanyi Asal Tersentak Kecewa

Oleh
Ismail NA
28 Mei 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Tukar bahasa jer, yang lain semua sama.

Lagu Iban Diciplak Dan Digelar ‘Single’ Baru, Penyanyi Asal Tersentak Kecewa. Kadang kala, ada lagu luar yang kedengaran sama seperti lagu tempatan yang pernah kita dengar. Barang kali hanya ada beberapa imbas sahaja yang sama, tetapi bukan keseluruhan lagu. Namun, ada juga yang kedengaran seperti hanya alih bahasa sahaja.

Isi Isi Penting
  • Tukar bahasa jer, yang lain semua sama.
  • Tajuk lagu pun sama?
  • Lagu asal bertajuk ‘Tegepang ba Dada’ nyanyian Karen Libau
  • Komposer tampil beri penjelasan
  • “Hanya orang biasa yang ingin membantu mengangkat muzik Iban” – Komposer Tegepang ba Dada
  • Dengarkan perbandingan lagu asal, Tegepang ba Dada oleh Karen Libau dan lagu alih bahasa, Tersentak di Dada nyanyian Shaa di sini:
  • Lagu Iban sebenarnya telah mendapat perhatian daripada para Youtuber antarabangsa seperti jiran seberang. Baca selanjutnya di sini:

Macam mana tu?

Tajuk lagu pun sama?

Terkini, tular sebuah lagu Melayu yang dikatakan telah menciplak lagu Iban. Isu ini tular setelah penyanyi tersebut memberitahu peminat bahawa lagu baru itu adalah ‘single’ terbaharunya. Para pendengar yang pernah mendengar lagu tersebut terdahulunya dalam versi Bahasa Iban mendakwa bahawa lagu baru itu bukan ciptaan asli, sebaliknya diciplak.

Lagu Iban Diciplak Dan Digelar 'Single' Baru, Penyanyi Asal Tersentak Kecewa
Sumber: FB SHaa DB

Penyanyi yang dikenali sebagai Shaa itu memberitahu peminatnya di laman Facebook bahawa lagu baru yang bertajuk ‘Tersentak di Dada’ itu adalah single ketiganya.

Lagu asal bertajuk ‘Tegepang ba Dada’ nyanyian Karen Libau

Walau bagaimanapun, peminat mendapati bahawa lagu tersebut adalah 100% menyamai lagu asal, ‘Tegepang di Dada’ nyanyian penyanyi Iban, Karen Libau.

Perkara ini juga telah mendapat perhatian Karen selaku penyanyi asal. Menerusi hantaran Facebook nya semalam, beliau nyata kecewa dan sedih apabila lagunya dinyanyikan oleh penyanyi luar dan dialih bahasa tanpa pengetahuannya.

Bukan itu sahaja, beliau mendakwa bahawa pihak yang bertanggungjawab dalam pembikinan bersama lagu asal juga tidak pernah menghubungi beliau untuk perbincangan mengenai perkara tersebut.

Lagu Iban Diciplak Dan Digelar 'Single' Baru, Penyanyi Asal Tersentak Kecewa
Lagu Iban Diciplak Dan Digelar ‘Single’ Baru, Penyanyi Asal Tersentak Kecewa. Sumber: FB Karen Libau

Walau pun mengakui bahawa pernah menyatakan persetujuan sekiranya lagu ini dialih bahasa seperti ke Bahasa Malaysia, namun Karen mahu lagu tersebut tetap dinyanyikan oleh beliau sendiri, dan bukannya penyanyi lain. Menurut Karen, beliau mahu menjadi penyanyi yang berbakti untuk industri muzik Iban dan mengangkat martabat lagu Iban-Melayu di rantau Semenanjung.

Peluang seperti ini sebenarnya lebih berpihak kepada bakat anak Sarawak sendiri kerana inilah peluang agar bakat tempatan di sini boleh dikenali dan didengari di tempat lain, terutamanya di Semenanjung. Tambah Karen, ramai anak Sarawak yang berbakat besar.

Lagu Iban Diciplak Dan Digelar 'Single' Baru, Penyanyi Asal Tersentak Kecewa
Karen Libau, penyanyi Iban berbakat besar. Kredit: Clash Donerrin Photography

Namun sayangnya, akibat mementingkan keuntungan sendiri, faktor seperti ini tidak dihiraukan sama sekali, ujar Karen.

Dalam masa yang sama, beliau tidak menyalahkan sama sekali penyanyi Shaa kerana berpendapat bahawa penyanyi tersebut mungkin tidak mengetahui tentang perkara sebenar.

Komposer tampil beri penjelasan

Sejurus selepas Karen memuat naik status terbabit, komposer asal lagu ‘Tegepang ba Dada’, Matthius Mambang juga telah tampil menjelaskan perkara sebenar di laman Facebooknya semalam.

Menurut beliau, tawaran untuk mengalih bahasa lagu tersebut sudah diterima sejak tahun 2021. Perbincangan juga telah dibuat bersama penyanyi asal, penerbit dan syarikat rakaman asal di Sarawak menerusi aplikasi Whatsapp dan secara lisan.

Oleh yang demikian, Matthius menegaskan bahawa tidak timbul isu hakcipta kerana prosedur ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak menerusi prosedur yang betul.

“Hanya orang biasa yang ingin membantu mengangkat muzik Iban” – Komposer Tegepang ba Dada

Jelas Matthius lagi, beliau hanyalah orang biasa yang hanya ingin membantu mengangkat industri muzik Iban ke peringkat yang lebih tinggi. Malah, usaha ini hanyalah permulaan kerana beliau menjangkakan bahawa orang luar akan lebih kerap menjalinkan kerjasama dengan bakat tempatan, baik penyanyi, komposer, pemuzik dan penyusun muzik.

Komposer ini juga menerangkan bahawa niatnya lebih kepada bertujuan untuk membantu. Beliau juga sudah mencadangkan beberapa nama penyanyi tempatan untuk dipertimbangkan sebagai penyanyi di syarikat rakaman luar, terutamanya di Semenanjung.

Lagu Iban Diciplak Dan Digelar 'Single' Baru, Penyanyi Asal Tersentak Kecewa
Sumber: FB Matthius Mambang Bjang

Untuk pengetahuan anda, lagu asal Tegepang ba Dada nyanyian Karen Libau ini telah diperdengarkan secara rasmi di Youtube pada Disember 2020 dan telah mencecah lebih 3 juta tontotan di laman Youtube.

Dengarkan perbandingan lagu asal, Tegepang ba Dada oleh Karen Libau dan lagu alih bahasa, Tersentak di Dada nyanyian Shaa di sini:

Apa pendapat anda?

Lagu Iban sebenarnya telah mendapat perhatian daripada para Youtuber antarabangsa seperti jiran seberang. Baca selanjutnya di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Servis SPAY Global Akhirnya Kembali Berfungsi Selepas Lebih 24 Jam Servis SPAY Global Akhirnya Kembali Berfungsi Selepas Lebih 24 Jam
Next Article Ini 3 Cara Mudah Penjaja Kecil Setup Kod QR DuitNow, Mudahkan Pelanggan Tak Bawa ‘Cash’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?