• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah

Oleh
Ismail NA
16 Disember 2023
Kongsi
8 Min Bacaan
Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah

Cuti sekolah adalah masa terbaik untuk meluangkan masa bersama dengan anak anak

Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah. Cuti sekolah yang panjang adalah masa yang dinanti-nantikan oleh anak-anak. Ibu bapa juga boleh mengambil kesempatan ini untuk merapatkan lagi hubungan dan bonding dengan anak-anak, betul tak?

Jika anda sedang mencari tempat tempat untuk membawa anak anda berjalan jalan semasa cuti sekolah, dalam artikel ini, kami senaraikan 6 tempat menarik di Kuching – Serian yang anda perlu lawati semasa cuti sekolah.

Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah
Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah

1. VH Green Nature Park

Jika anda penggemar nature, anda boleh membawa anak anak anda ke VH Green Nature Park yang terletak di Jalan FAC, Matang ini. VH Green Nature Park ini merupakan sebuah taman luar yang memberikan pengalaman landskap serta flora dan fauna yang unik buat pengunjung.

Destinasi ini juga sesuai untuk kanak-kanak belajar tentang hidupan alam semula jadi seperti haiwan-haiwan darat dan laut, burung sekaligus menjadi taman permainan semulajadi yang selamat dan menyeronokkan.

Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah
Kredit : VH Green Nature Park
Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah
Kredit : VH Green Nature Park

VH Green Nature Park mengutamakan pembelajaran sebagai tarikan utama pelawat dan menjadikannya sesuai untuk anda membawa anak anak anda mempelajari sesuatu semasa cuti sekolah. Banyak aktiviti aktiviti menarik yang anak anak anda boleh sertai di sini, dan mereka juga boleh belajar cara untuk menunggang kuda kecil dengan bayaran RM 10 sahaja!

Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah
Kredit : VH Green Nature Park

Sempena cuti sekolah kali ini, VH Green Nature dibuka selama 7 hari seminggu, 9 pagi hingga 4.30 petang. Harga tiket masuk ke VH Nature Park adalah seperti di bawah :

Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah
Kredit : VH Green Nature Park

Anda digalakkan untuk membeli tiket secara dalam talian di laman sesawang ticket2u.com bagi mendapatkan harga diskaun.

Alamat: Lot 1275, Block 6, Matang Land District, 93050 Kuching, Sarawak (Jalan FAC)
Waktu operasi: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (Cuti sekolah buka sepanjang minggu termasuk Sabtu Ahad) | 9 pagi hingga 4.30 petang
Facebook: VH Green Nature Park Official

PANDUAN GOOGLE MAPS
TIKET DALAM TALIAN VH GREEN NATURE PARK

2. KLB Garden Serian

Jika anda ingin berjalan jalan ke Serian dan kawasan sekitarnya pula, anda boleh ke KLB Garden ini. Terletak di Jalan Tebedu-Serian, KLB Garden merupakan sebuah zoo mini, ladang agro dan juga kaya dengan flora dan fauna.

Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah
Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah
Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah

Ada pelbagai juga aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Antaranya adalah :

  • Melawat ladang arnab, rusa, kambing, dan burung-burung
  • Animal feeding
  • Berbasikal
  • Menaiki paddle bot di tasik.

Harga tiket KLB Garden adalah seperti di bawah :

Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah

Alamat: Lot 85, Kayan Land District, Jln Pangkalan Amo, Tebedu, 94760 Serian, Sarawak
Waktu operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum | 9 pagi hingga 5 petang
Facebook: KLB Garden

PANDUAN GOOGLE MAPS
TEMPAH TIKET KE KLB GARDEN

3. PetroSains PlaySmart

Petrosains PlaySmart™ yang terletak di Dewan Suarah Sarawak ini pula adalah sebuah destinasi untuk memberi inspirasi kepada generasi muda terutamanya bagi memupuk minat mereka dalam bidang sains dan teknologi.

Antaranya ialah pameran interaktif termasuklah pameran simulator kereta lumba F1, Bintik Merah Besar Musytari, dan Mindball iaitu pameran interaktif yang menguji kebolehan seseorang untuk fokus.

Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah
Kredit foto: FB M. Suffian Abbas
Kredit: FB Nourin Nor

Ini termasuk pertunjukan sains dan bengkel yang menarik seperti Bubble Show, di mana pelawat boleh belajar tentang sains buih dan sifat uniknya yang berkaitan dengan bentuk, bentuk dan warna; Combustion Show, yang terdiri daripada satu set eksperimen untuk mempamerkan tindak balas kimia dan cara ia mempengaruhi kehidupan harian; dan Visual Artificial Intelligence Solution, yang akan mempamerkan cara kamera mengesan orang dan mengkategorikan umur dan jantina mereka.

Kredit: FB Nourin Nor
Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah
Kredit: FB Syerifah Farah WT
Kredit: FB Syerifah Farah WT

Paling best, kemasukan ke sini adalah percuma sahaja! Jadi jangan sia-siakan peluang ini.

Alamat: Kompleks Dewan Suarah Negeri Sarawak, Ground Floor Block Mph State Civic Centre, Panggung Udara, 93000 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin | 9 pagi hingga 5 petang (Rehat 1.00 tengah hari – 2.00 ptg)
Facebook: Petrosains Playsmart

PANDUAN GOOGLE MAPS

4. Jong’s Crocodile Farm

Sekiranya anda pergi ke Serian dan tidak pernah pergi ke sini, anda harus cuba memberi tempat ini peluang!

Salah satu crocodile farm terkenal di Sarawak, ia bukan sahaja tempat konservasi untuk buaya malah untuk haiwan-haiwan lain seperti burung eksotik, kucing liar kecil, ikan rare, rusa dan lain-lain lagi. Anda boleh mempelajari serba sedikit mengenai haiwan-haiwan Sarawak di sini dengan membaca informasi yang tercetak di papan berhampiran kandang.

Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah
Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah

Sekiranya anda berkunjung ke sini dekat-dekat pukul 11am atau 3pm, anda boleh stay sebentar untuk melihat sesi memberi makanan (crocodile feeding time) masing-masing pada pukul 11am dan 3pm, iaitu salah satu main event tempat ini.

Harga tiket masuk ke Jong’s Crocodile Farm adalah seperti berikut:

Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah

Alamat: Jalan Kuching – Serian, 94200 Siburan, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari | 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Facebook: Jong’s Crocodile Farm & Zoo Sdn Bhd

PANDUAN GOOGLE MAPS

5. Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Rizab ini terletak di jalan Puncak Borneo, Padawan dan mengambil masa lebih kurang 30 ke 45 minit dari pusat Bandaraya Kuching. Di sini, anda boleh bertemu dengan majoriti besar keluarga orang utan. Ada yang masih kecil, ada yang sedang dalam usia remaja dan dewasa. Bahkan, jika anda bernasib baik, anda boleh bertemu dan melihat orang utan yang tertua di sini iaitu Seduku.

Untuk melihat orang utan ini, anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar. Malah, yuran masuk yang dikenakan untuk masuk ke rizab ini hanyalah RM 2 untuk kanak-kanak dan RM 5 untuk dewasa. Murah sangat kan?

Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah
Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah

Harga tiket untuk kemasukan ke pusat hidupan liar Semenggoh adalah seperti berikut:

Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah

Alamat: KM 20, Jalan Puncak Borneo, 93250 Siburan, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari termasuk Cuti Umum | 8.00 pagi hingga 4.00 petang (Rehat 11.00 pagi hingga 2.00 petang)
Facebook: Semenggoh Wildlife Centre

PANDUAN GOOGLE MAPS

6. Stampark Place

Dah selesai pergi ke taman haiwan dan rekreasi indoor, apa kata anda bawa juga anak-anak anda ke pusat rekreasi kolam renang di Stampark.

Untuk pengetahuan anda, Pandelela Rinong selalu berlatih di sini sewaktu beliau kecil sebelum berjaya mewakili Sarawak seawal usia 7 tahun dan memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil, Selangor.

Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah
Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah

Harga tiket masuk untuk ke Stampark Place adalah seperti berikut:

Dewasa

RM 8.00

Kanak-Kanak

Berusia 2 tahun ke atas

RM 6.00

Kanak-kanak

Berusia 2 tahun ke bawah

PERCUMA

Alamat: Jalan Stutong, Taman Satria Jaya, BDC Stampin, 93350 Kuching
Waktu operasi: Setiap hari | 9.30 pagi hingga 4.30 petang
Facebook: Stampark Place

PANDUAN GOOGLE MAPS

Sudahkah anda merancang aktiviti cuti sekolah bersama anak anak anda? Jika belum, mungkin 6 tempat di atas boleh anda pertimbangkan.

Untuk info lanjut tentang tempat menarik ini, anda juga boleh membaca artikel berikut:

Yuran Masuk RM 5 Sahaja, Jom Jumpa Orang Utan Yang Comel Di Rizab Semulajadi Semenggoh
Rumah Gergasi Flora Dan Fauna, KLB Garden Tebedu Wajib Masuk Dalam Wishlist Anda
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bengang Bunyi Bising Ekzos Motor, Polis Ditahan Langgar Lari Calon SPM Hingga Maut Bengang Bunyi Bising Ekzos Motor, Polis Ditahan Langgar Lari Calon SPM Hingga Maut
Next Article Seorang Lelaki Ditemui Maut Berhampiran Bangunan Komersial Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?