I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Yuran Masuk RM 5 Sahaja, Jom Jumpa Orang Utan Yang Comel Di Rizab Semulajadi Semenggoh
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Yuran Masuk RM 5 Sahaja, Jom Jumpa Orang Utan Yang Comel Di Rizab Semulajadi Semenggoh

Oleh Nur Afifah 3 November 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Nak tengok gelagat mereka? Jom ke Semenggoh!

Yuran Masuk RM 5 Sahaja, Jom Jumpa Orang Utan Yang Comel Di Rizab Semulajadi Semenggoh. Orang utan merupakan spesis mamalia yang tergolong dalam kumpulan ‘Big Apes’. Haiwan ini merupakan hidupan liar yang tersenarai dalam senarai merah IUCN kerana statusnya yang kritikal dan terancam. Usaha pemeliharaan dan pemuliharaan orang utan kini terdapat di Kepulauan Borneo seperti Sarawak, Sabah dan Kalimantan.

Anda boleh berjumpa dengan keluarga orang utan ini di Rizab Semulajadi Semenggoh. Rizab ini terletak di jalan Puncak Borneo, Padawan dan mengambil masa lebih kurang 30 ke 45 minit dari pusat Bandaraya Kuching.

Untuk melihat orang utan ini, anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar. Malah, yuran masuk yang dikenakan untuk masuk ke rizab ini hanyalah RM 5 sahaja! Murah sangat kan?

Yuran Masuk RM 5 Sahaja, Jom Jumpa Orang Utan Yang Comel Di Rizab Semulajadi Semenggoh
Yuran Masuk RM 5 Sahaja, Jom Jumpa Orang Utan Yang Comel Di Rizab Semulajadi Semenggoh

Temui Seduku, orang utan berusia setengah abad

Di sini, anda boleh bertemu dengan majoriti besar keluarga orang utan. Ada yang masih kecil, ada yang sedang dalam usia remaja dan dewasa. Bahkan, jika anda bernasib baik, anda boleh bertemu dan melihat orang utan yang tertua di sini iaitu Seduku.

Seduku dilahirkan pada tahun 1971 dan diberi gelaran ‘Grand Old Lady’ Semenggoh. Haiwan ini juga mempunyai cucu dan merupakan orang utan veteran di Semenggoh. Ini bermakna, Seduku berusia 50 tahun pada tahun 2021!

Anak sulungnya bersama orang utan Bujang Senior, Analisa dilahirkan pada tahun 1996 dan merupakan orang utan betina yang pertama dilahirkan di Semenggoh. Dua ekor anaknya yang lain adalah Saddamiah dan Ganya. Cucunya bernama Anaku dan merupakan anak kepada Analisa. Kalau manusia, memang dah dikira sebagai warga emas ni.

Orang utan kerap keluar apabila bukan musim buah-buahan di dalam hutan

Kebiasaannya, orang utan ini akan keluar ke kawasan platform menunggu renjer untuk memberi mereka makanan pada musim ketiadaan buah-buahan di dalam hutan. Walau bagaimanapun, kehadiran mereka sukar untuk dijangka. Ada kalanya mereka muncul pada waktu pagi, tengah hari mahupun petang.

Anda akan kurang bernasib baik jika anda mengunjungi Semenggoh pada musim buah kerana orang utan ini lebih gemar mencari makanan dalam hutan dan hidup bebas meliar. Orang utan dibiasakan hidup dalam suasana hutan bagi membolehkan mereka berdikari dan melindungi diri daripada ancaman musuh. Makanan yang sering diberikan kepada orang utan ini adalah seperti buah pisang, cempedak dan kelapa.

Yuran Masuk RM 5 Sahaja, Jom Jumpa Orang Utan Yang Comel Di Rizab Semulajadi Semenggoh
Yuran Masuk RM 5 Sahaja, Jom Jumpa Orang Utan Yang Comel Di Rizab Semulajadi Semenggoh
Yuran Masuk RM 5 Sahaja, Jom Jumpa Orang Utan Yang Comel Di Rizab Semulajadi Semenggoh

Terdapat dua lokasi platform di mana orang utan ini kerap menunggu makanan. Sebuah platform tidak jauh dari pintu masuk, dan satu lagi platform di dalam hutan. Untuk melihat platform hutan, anda perlu berjalan di dalam trail hutan sejauh 200 meter. Dekat ajer.

Nikmati pemandangan taman botani yang menyegarkan di Semenggoh

Selain daripada melihat orang utan, anda juga boleh menikmati pemandangan dan tumbuh-tumbuhan di dalam rizab semulajadi ini. Rizab ini juga menempatkan pusat kajian botani yang merangkumi taman istimewa dan arboretum semula jadi. Antaranya adalah seperti taman palma yang menempatkan sebanyak 90% koleksi spesis palma Sarawak. Bukan itu sahaja, anda juga boleh bersiar-siar di taman etnobotani yang menempatkan tumbuhan herba seperti tongkat ali (Eurycoma longifolia), daun tubu (Pycnarrhena tametacta), dan tepus buluh (Costus speciosus).

Yuran Masuk RM 5 Sahaja, Jom Jumpa Orang Utan Yang Comel Di Rizab Semulajadi Semenggoh
Yuran Masuk RM 5 Sahaja, Jom Jumpa Orang Utan Yang Comel Di Rizab Semulajadi Semenggoh

Rizab semulajadi Semenggoh ini juga sesuai untuk aktiviti santai seperti berjalan kaki pada waktu pagi dan petang. Bukan saja anda dapat melihat alam semulajadi dan menyegarkan minda, tetapi anda juga boleh mengisi masa lapang anda dengan aktiviti yang berfaedah.

Bah, kalau anda tak tahu nak pergi mana pada hujung minggu, bolehlah singgah ke Rizab Semulajadi Semenggoh, Padawan.

Ini pula lokasi menarik di sekitar kawasan Semenggoh yang boleh anda kunjungi :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gadis Sabah Ini Juarai Starvoice Asia, Pertandingan Nyanyian Indonesia Menewaskan Peserta Tuan Rumah
Next Article 7 Anggota Bomba Dipanggil Pindah Lelaki Obesiti Seberat 220 Kilogram Di Kuching

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?