• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini 4 Restoran Baharu Yang Bakal Dibuka Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Oleh
Ismail NA
13 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Wah! Lebih banyak pilihan makanan sebelum anda terbang!

Ini 4 Restoran Baharu Yang Bakal Dibuka Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Akibat pandemik COVID-19, banyak restoran yang telah menutup cawangan mereka atas pelbagai sebab. Ada yang ingin menjimatkan kos operasi, tidak kurang juga ada yang tidak dapat bertahan kerana ketiadaan pelanggan.

Isi Isi Penting
  • Wah! Lebih banyak pilihan makanan sebelum anda terbang!
  • 1. Subway
  • 2. Old Town White Coffee
  • 3. 4Fingers
  • 4. Coffee Bean & Tea Leaf

Namun, dengan kelonggaran dan transisi ke arah endemik di Malaysia, suasana di lapangan terbang di seluruh negara juga kini kian rancak. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) juga tidak ketinggalan apabila beberapa kelibat papan tanda kedai baharu didirikan di sini!

Ini 4 Restoran Baharu Yang Bakal Dibuka Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
Ini 4 Restoran Baharu Yang Bakal Dibuka Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Kredit foto: Skytrax

Dalam artikel kali ini, kami sukacitanya ingin membawa khabar gembira kepada anda iaitu 4 restoran baharu yang bakal dibuka di KIA! Yeeha!

1. Subway

Jika anda mahukan makanan segera yang penuh lengkap, ini adalah pilihan yang mudah dan cepat. Bagi mereka yang tidak begitu familiar dengan Subway, restoran makanan segera ini adalah restoran yang menghidangkan sandwich custom made berdasarkan perisa dan bahan yang anda pilih.

Restoran ini bakal dibuka bersebelahan Starbuck dan KFC. Uuu, tak sabarnya!

Ini 4 Restoran Baharu Yang Bakal Dibuka Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

2. Old Town White Coffee

Penggemar kopi dan makanan yang lebih berat seperti nasi lemak pula bolehlah singgah ke Old Town White Coffee nanti. Kedai ini terletak bertentangan dengan Starbuck dan Subway (yang akan dibuka kelak).

Ini 4 Restoran Baharu Yang Bakal Dibuka Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

3. 4Fingers

Nak ayam ala-ala Korea? Ah, jangan bimbang. 4Fingers pun nak buka dah kat Kuching ni! Kedai makanan yang menghidangkan ayam goreng ala Korea ini juga bakal dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan terletak bersebelahan Old Town White Coffee nanti.

Untuk makluman anda juga, ini merupakan cawangan 4Fingers yang pertama di Sarawak dan cawangan ketiga di Borneo. Hehe.

Ini 4 Restoran Baharu Yang Bakal Dibuka Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

4. Coffee Bean & Tea Leaf

Yang ni mesti ramai yang dah tahu kan? Restoran minuman berasaskan kopi dan teh ini juga bakal dibuka dalam masa terdekat di KIA. Papan tandanya pun sudah didirikan di antara Pintu 4 dan Pintu 5 Balai Berlepas.

Sebelum ini, Coffee Bean & Tea Leaf pernah membuka cawangan di KIA dan The Spring Kuching, namun telah ditutup. Sama-sama kita tunggu come back dorang!

Ini 4 Restoran Baharu Yang Bakal Dibuka Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Jadi, tak perlu risau nak tapau makanan dari luar nanti sebab KIA pun dah buka semula banyak kedai dalam masa terdekat. Tak lama lagi ni!

Kami juga pernah membuat tinjauan tentang kedai apa yang patut dibuka di KIA, dan ini kompilasi jawapan yang telah kami perolehi daripada orang ramai:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rendam Kaki Dalam Kolam Ikan Koi Sambil Makan, Jom Ke Adaway Cafe Di Papar Sabah
Next Article Didakwa Menghina Islam Dalam Persembahan, Siti Nuramira Mengaku Tidak Bersalah Didakwa Menghina Islam Dalam Persembahan, Siti Nuramira Mengaku Tidak Bersalah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?