• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Didakwa Menghina Islam Dalam Persembahan, Siti Nuramira Mengaku Tidak Bersalah

Oleh
ILB - AI
13 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Didakwa Menghina Islam Dalam Persembahan, Siti Nuramira Mengaku Tidak Bersalah

Siti Nuramira Abdullah menimbulkan kontroversi beberapa hari lalu ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Kuala Lumpur

Didakwa Menghina Islam Dalam Persembahan, Siti Nuramira Mengaku Tidak Bersalah. Beberapa hari lalu, sebuah video menunjukkan seorang wanita menghina Islam sebagai sebahagian daripada ‘persembahan komedi’nya tular dan menimbulkan kontroversi di kalangan warga Malaysia, terutamanya umat Islam.

Wanita berkenaan, Siti Nuramira Abdullah, kini telah mengaku tidak bersalah di mahkamah seksyen di Kuala Lumpur atas pertuduhan menghina agama Islam.

Didakwa Menghina Islam Dalam Persembahan, Siti Nuramira Mengaku Tidak Bersalah
Didakwa Menghina Islam Dalam Persembahan, Siti Nuramira Mengaku Tidak Bersalah

Didakwa kerana menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam

Menurut laporan, Siti Nuramira didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam semasa persembahannya di Crackhouse Comedy Club di Kuala Lumpur pada 4 Jun lalu.

Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara dua hingga lima tahun.

Dalam video viral terbabit yang berdurasi 54 saat, Siti Nuramira memperkenalkan dirinya sebagai seorang Muslim dan mendakwa telah menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum menanggalkan tudung dan baju kurungnya untuk mendedahkan satu lagi set pakaian sewaktu membuat persembahan di atas pentas.

Susulan video terbabit tular, Siti Nuramira ditahan polis persekutuan Bukit Aman dan telah direman sejak itu.

Didakwa Menghina Islam Dalam Persembahan, Siti Nuramira Mengaku Tidak Bersalah
Video tersebut menunjukkan Siti Nuramira menanggalkan pakaiannya di atas pentas. Kredit foto: Utusan Digital

Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan jaminan RM50,000

Timbalan Pendakwa Raya, Najihah Farhana Che Awang, mencadangkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin serta menggesa mahkamah mengenakan perintah larangan terhadap Siti Nuramira.

Hakim Mahkamah sesyen, Siti Aminah Ghazali, membenarkan Siti Nuramira diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan turut memberi amaran kepadanya agar tidak mengulas mengenai kes tersebut, termasuk di media sosial.

Didakwa Menghina Islam Dalam Persembahan, Siti Nuramira Mengaku Tidak Bersalah
Siti Nuramira ketika di bawa ke mahkamah hari ini. Kredit foto: Devan Manuel via Malay Mail

Siti Nuramira juga diperintahkan untuk melaporkan diri di balai polis Brickfields sebulan sekali dan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sementera menunggu kes berkenaan diselesaikan.

Terdahulu, peguam Siti Nuramira, R Sivaraj, telah menggesa mahkamah bagi membenarkan ikat jaminnya kerana dia berkata dia tidak menimbulkan flight risk (di mana seseorang difikirkan mungkin meninggalkan negara sebelum perbicaraan atau perbicaraan ikat jamin).

Dia (Siti Nuramira) telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis semasa siasatan mereka,”

kata R Sivaraj, peguam Siti Nuramira.

Anda boleh baca mengenai kontroversi terbabit di bawah:

Seorang pemilik bar di KL membongkar kisah silam pasangan kontroversi itu dengan kelab seni lain:

SUMBER :FREE MALAYSIA TODAY
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 4 Restoran Baharu Yang Bakal Dibuka Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
Next Article Pemandu Maxim Wanita Di Miri Ini Kongsi Pengalaman Penumpang ‘Kenja’ Cuba Ambil Kesempatan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?