• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Ini 5 Alat Pintar Kereta Yang Anda Perlu Miliki Sebagai Pelengkap Dan Persediaan Waktu Kecemasan

Oleh
Ismail NA
8 September 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Memang function kereta korang kalau ada alat ini gais!

Ini 5 Alat Pintar Kereta Yang Anda Perlu Miliki Sebagai Pelengkap Dan Persediaan Waktu Kecemasan. Sempena promosi 9.9 di platform pembelian dalam talian, pasti anda tercari-cari apa item yang boleh anda beli dengan manfaat harga yang berpatutan kan? Dalam artikel kali ini, kami bawakan kepada anda 5 alat pintar kereta yang perlu anda miliki sebagai pelengkap kereta anda.

Isi Isi Penting
  • Memang function kereta korang kalau ada alat ini gais!
  • 1. Alat Pengesan Tekanan Tayar Digital
  • 2. Pam Tayar Pintar Elektrik
  • 3. Kamera Papan Pemuka (Dashcam)
  • 4. Bluetooth Transmitter
  • 5. Powerbank Jumper
  • Nak tahu harga barangan anda sebenarnya murah atau mahal? Boleh cuba pasang extension ini :

Bahkan, alat ini juga boleh menjadi panduan dan persediaan sekiranya berlaku perkara kecemasan serta tidak diingini pada masa depan.

1. Alat Pengesan Tekanan Tayar Digital

Anda jenis yang sukar mengagak bila anda perlu mengepam semula tayar? Perkara ini sering terjadi terutamanya bagi pemilik kenderaan wanita. Alat pengesan tekanan tayar digital ini membolehkan anda mengetahui bila masa yang tepat untuk anda mengepam semula tayar kereta anda. Cara penggunaannya pun mudah saja. Cuma pasang penutup pintar pada tayar anda dan letak monitor di papan pemuka kereta.

Kalau tekanan tayar anda kurang, notifikasi akan terpapar pada monitor tersebut. Lebih menarik, monitor ini hanya menggunakan tenaga solar untuk berfungsi!

Ini 5 Alat Pintar Kereta Yang Anda Perlu Miliki Sebagai Pelengkap Dan Persediaan Waktu Kecemasan
Ini 5 Alat Pintar Kereta Yang Anda Perlu Miliki Sebagai Pelengkap Dan Persediaan Waktu Kecemasan
Ini 5 Alat Pintar Kereta Yang Anda Perlu Miliki Sebagai Pelengkap Dan Persediaan Waktu Kecemasan
Ini 5 Alat Pintar Kereta Yang Anda Perlu Miliki Sebagai Pelengkap Dan Persediaan Waktu Kecemasan

Beli di sini :

Solar Tyre Pressure Monitor
DELLY AJ-50 Smart Car TPMS Tyre solar Pressure Monitoring
Yorker TPMS Tyre Solar Pressure AJ-50

2. Pam Tayar Pintar Elektrik

Kalau dah tayar kereta atau motosikal anda kurang angin, mestilah nak kena pam kan? Tapi masalahnya pula, stesen minyak atau bengkel jauh dari tempat anda sekarang. Macam mana nak selesaikan masalah ini? Senang saja. Pam tayar pintar elektrik ini boleh menyelesaikan permasalahan anda.

Menggunakan simpanan elektrik dan senang dibawa ke mana-mana, pam tayar digital ini membolehkan anda mengepam tayar kenderaan anda di mana-mana sahaja anda berada. Bukan itu sahaja, pam ini juga mempunyai fungsi 2 dalam 1 yang membolehkan anda memeriksa tekanan tayar anda. Kalau tak nak beli monitor tekanan tayar tadi, anda boleh beli pam pintar ini sahaja. Lebih mudah dan tak pening kepala!

Ini 5 Alat Pintar Kereta Yang Anda Perlu Miliki Sebagai Pelengkap Dan Persediaan Waktu Kecemasan
Ini 5 Alat Pintar Kereta Yang Anda Perlu Miliki Sebagai Pelengkap Dan Persediaan Waktu Kecemasan

Beli di sini :

Xiaomi Portable Electric Air Compressor Air Pump
Xiaomi Car Tire Inflatable Compressor Pump
Cordless Air Pump Air Compressor

3. Kamera Papan Pemuka (Dashcam)

Kamera papan pemuka atau dashcam ini sememangnya sangat penting untuk dipasang dalam setiap kenderaan. Dengan adanya dashcam, anda boleh merakam setiap pergerakan kenderaan anda. Paling penting, rakaman ini boleh dijadikan bukti penting sekiranya anda terlibat dalam sebarang kemalangan jalan raya.

Ciri dashcam yang baik antaranya adalah mempunyai kualiti rakaman 700 piksel ke atas. Paling ideal, dashcam dengan ciri rakaman 1080 piksel HD.

Ini 5 Alat Pintar Kereta Yang Anda Perlu Miliki Sebagai Pelengkap Dan Persediaan Waktu Kecemasan
Ini 5 Alat Pintar Kereta Yang Anda Perlu Miliki Sebagai Pelengkap Dan Persediaan Waktu Kecemasan

Beli di sini :

70mai Dashcam Pro Plus+ 
DDPai Malaysia Dash Cam Mini 1080 HD
Inche Car Dash Cam HD 1080P

4. Bluetooth Transmitter

Kebanyakan kereta model lama, fungsi bluetooth tidak tersedia. Oleh yang demikian, ia hanya terhad kepada fungsi radio frekuensi, USB atau pemain cakera padat. Namun demikian, dengan adanya alat bluetooth transmitter ini, anda tidak perlu lagi risau kerana anda sudah boleh mendengar muzik dari aplikasi telefon pintar anda.

Bukan itu sahaja, anda juga sudah boleh mengangkat panggilan telefon secara handsfree. Kan lebih selamat tu?

Ini 5 Alat Pintar Kereta Yang Anda Perlu Miliki Sebagai Pelengkap Dan Persediaan Waktu Kecemasan
Ini 5 Alat Pintar Kereta Yang Anda Perlu Miliki Sebagai Pelengkap Dan Persediaan Waktu Kecemasan
Ini 5 Alat Pintar Kereta Yang Anda Perlu Miliki Sebagai Pelengkap Dan Persediaan Waktu Kecemasan

Beli di sini :

Baseus FM Modulator Transmitter Bluetooth
Remax RCC230 Kezhi Series Modular Bluetooth
KUULAA Car Bluetooth 5.0 

5. Powerbank Jumper

Masalah kehabisan bateri kereta sememangnya sangat melecehkan. Apatah lagi anda terpaksa meminta bantuan daripada kenderaan yang lain untuk ‘mengecas’ sementara bateri anda menggunakan jumper. Dah satu hal yang menyusahkan orang lain, kan?

Apa kata anda sediakan satu powerbank jumper untuk kereta anda. Bertindak seperti powerbank telefon, anda boleh mengecas terus bateri kereta anda yang lemah dengan menggunakan powerbank jumper ini. Dalam masa yang sama, anda tidak perlu lagi risau untuk memohon pertolongan individu yang tak dikenali. Tak pasal-pasal lain pula perkara yang jadi, kan?

Ini 5 Alat Pintar Kereta Yang Anda Perlu Miliki Sebagai Pelengkap Dan Persediaan Waktu Kecemasan
Ini 5 Alat Pintar Kereta Yang Anda Perlu Miliki Sebagai Pelengkap Dan Persediaan Waktu Kecemasan
Ini 5 Alat Pintar Kereta Yang Anda Perlu Miliki Sebagai Pelengkap Dan Persediaan Waktu Kecemasan

Beli di sini:

Electrox Powerbank Jumpstarter
89800MAH Jumpstart Powerbank High Power Multifunction
(30000/50800/68800mah) Car Jumper Jumpstart Powerbank

Semoga artikel ini dapat membantu anda melengkapkan kereta anda dengan alatan yang bermanfaat dan berguna, terutamanya pada waktu kecemasan.

Nak tahu harga barangan anda sebenarnya murah atau mahal? Boleh cuba pasang extension ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sebelum Guna COVID-19 Kit Ujian Kendiri, Anda Dilarang Melakukan 4 Perkara Ini Sebelum Guna Kit Ujian Kendiri COVID-19, Anda Dilarang Melakukan 4 Perkara Ini
Next Article Masuk Sarawak Guna Keputusan Ujian Calitan COVID-19 Palsu, 11 Lelaki Didenda Di Mahkamah Majistret Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?