• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Masuk Sarawak Guna Keputusan Ujian Calitan COVID-19 Palsu, 11 Lelaki Didenda Di Mahkamah Majistret Kuching

Oleh
Husna Hazmi
9 September 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Tertuduh didakwa menggunakan dokumen palsu keputusan ujian RT-PCR COVID-19 semasa berada di Lapangan Antarabangsa Kuching.

Masuk Sarawak Guna Keputusan Ujian Calitan COVID-19 Palsu, 11 Lelaki Didenda Di Mahkamah Majistret Kuching. Dipetik daripada laporan Utusan Borneo, lima lelaki didenda RM5,000 setiap seorang manakala enam lagi masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuching, setelah mengaku bersalah kerana memalsukan keputusan ujian RT-PCR COVID-19.

Isi Isi Penting
  • Tertuduh didakwa menggunakan dokumen palsu keputusan ujian RT-PCR COVID-19 semasa berada di Lapangan Antarabangsa Kuching.
  • Kesemua 11 lelaki adalah dalam lingkungan usia 20an hingga 54 tahun
  • Tertuduh dilaporkan mengaku tidak bersalah apabila didakwa
  • Turut didakwa melakukan kesalahan sama
Masuk Sarawak Guna Keputusan Ujian Calitan COVID-19 Palsu, 11 Lelaki Didenda Di Mahkamah Majistret Kuching
Masuk Sarawak Guna Keputusan Ujian Calitan COVID-19 Palsu, 11 Lelaki Didenda Di Mahkamah Majistret Kuching

Kesemua 11 lelaki adalah dalam lingkungan usia 20an hingga 54 tahun

Kesemua 11 lelaki adalah dalam lingkungan usia 20an hingga 54 tahun berkenaan mengaku bersalah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama. Jika disabit kesalahan, tertuduh juga boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Zaiton Anuar menetapkan lima individu untuk didenda RM5,000 atau lima bulan penjara setiap seorang sekiranya gagal membayar. Mereka adalah Sidi Kuteh; Rudy Marlino Mansor; Ahmad Shabry Ayub; Ahnaf Firas Ibrahim dan Muhammad Abdul Rahman. 

Majistret Zubaidah Sharkawi pula telah menetapkan tertuduh Afendi Julaihi; Muhammad Asfia Kedirhasan; Mohd Al-qayyum Manura; Wan Ameerul Syafiq Wan Saiftuddin; Anuar Johny dan Amry Sham Abu Rahim, masing-masing didenda RM1,000 atau dua bulan penjara sekiranya gagal membayar saman yang telah dikenakan. 

Masuk Sarawak Guna Keputusan Ujian Calitan COVID-19 Palsu, 11 Lelaki Didenda Di Mahkamah Majistret Kuching

Tertuduh dilaporkan mengaku tidak bersalah apabila didakwa

Kesemua tertuduh dilaporkan mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Majistret Kuching pada 1 Julai lalu, namun menukar pengakuan berkenaan dalam sebutan kes semalam.

Mengikut pertuduhan, kesemua 11 tertuduh didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu keputusan ujian RT-PCR COVID-19 pada sekitar Februari lalu, semasa berada di Lapangan Antarabangsa Kuching (LTAK).  Mereka yang menaiki penerbangan dari Semenanjung Malaysia, dikatakan masuk ke Sarawak menggunakan keputusan ujian palsu tersebut.

Difahamkan juga bahawa, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang bertugas pada hari kejadian mendapati nombor rujukan bagi ujian RT-PCR COVID-19 dikemukakan kesemua tertuduh adalah sama. Sekretariat tersebut seterusnya mengesyaki kesemuanya memalsukan dokumen berkenaan. 

Masuk Sarawak Guna Keputusan Ujian Calitan COVID-19 Palsu, 11 Lelaki Didenda Di Mahkamah Majistret Kuching

Turut didakwa melakukan kesalahan sama

Selain 11 individu tersebut, turut didakwa melakukan kesalahan sama di bawah Seksyen serupa adalah Awang Ikhwan Awang Mohamed Sulaiman, Saeful Salleh dan seorang pemuda berusia 20 tahun (pesalah muda). Bagaimanapun, Majistret Zaiton menetapkan ketiga-tiga kes untuk disebut semula pada 18 Oktober bulan hadapan.

Di samping itu, peguam Ikhwan memohon kes untuk disebut semula pada tarikh lain dengan tujuan untuk meneliti semula dokumen sementara Saeful tidak dibenarkan masuk ke mahkamah susulan status risiko COVID-19 di aplikasi MySejahtera tertuduh menunjukkan warna selain daripada biru. Manakala kes pesalah muda disebut semula pada tarikh sama, untuk mendengar laporan sosial. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ruthra Raj. Tertuduh Awang Ikwan diwakili peguam dari Osman Ibrahim & Co. Advocates manakala pesalah muda, Rudy, Saeful, Ahmad Shabry, Sidi, Muhammad dan Ahnaf masing-masing diwakili peguam daripada Ziyyad Mohammad & Company Advocates. Tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Alat Pintar Kereta Yang Anda Perlu Miliki Sebagai Pelengkap Dan Persediaan Waktu Kecemasan
Next Article Kaunter Pandu Lalu JPJ Mobile Dirasmikan Hari Ini, Beroperasi Setiap Isnin Hingga Jumaat Kaunter Pandu Lalu JPJ Mobile Dirasmikan Hari Ini, Beroperasi Setiap Isnin Hingga Jumaat

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?