• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini 5 Fakta Tentang Sarawak Yang Mungkin Anda Tidak Perasan

Oleh
Farisha
17 Januari 2024
Kongsi
6 Min Bacaan
Ini Adalah 5 Fakta Tentang Sarawak Yang Mungkin Anda Tidak Perasan

Antara 5 fakta mengenai Sarawak yang mungkin anda tidak sedar

Ini 5 Fakta Tentang Sarawak Yang Mungkin Anda Tidak Perasan. Mungkin anda memang tahu pasal fakta-fakta ini, tapi kebanyakkan orang tidak perasan dan tidak memandang berat mengenai fakta-fakta ini. Berikut adalah 5 fakta tentang Sarawak yang mungkin anda tidak perasan dan maybe ignite that inner Sarawakian pride in you!

1. Laju Beradaptasi Dan Mahir Bertutur Dalam Pelbagai Dialek

Walaupun biasanya boleh bertutur lebih dari satu bahasa (Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Ibunda masing-masing), kebanyakan orang Sarawak boleh bertutur dalam bahasa selain daripada Bahasa ibunda mereka.

Sebagai contoh, selain daripada bertutur dalam dialek melayu Sarawak, mereka boleh bertutur dalam Bahasa Iban walaupun bukan keturunan bangsa Iban, atau Bahasa Cina sekiranya memang belajar di sekolah cina walaupun bukan keturunan bangsa Cina. Tambah lagi dialek-dialek Bahasa Cina seperti Hokkien, Hakka dan sebagainya.

Sumber: facebook

Selain itu, orang Sarawak laju beradaptasi di mana-mana mereka berada in terms of mengikut dialek tempatan tersebut. Contohnya, sekiranya orang Sarawak berada di Semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan Kuala Lumpur atau Selangor, mereka boleh bertutur dalam dialek tempatan.

Sama juga dengan mereka yang pegi ke Sabah, mereka mahir bertutur dialek asas Sabah (walaupun hanya Bahasa Melayu Baku, namun, kebiasaannya mereka boleh ikut loghat orang Sabah). Ini juga boleh dilihat apabila melancong ke negara jiran seperti Indonesia atau Brunei (dimana bahasa lebih kurang sama) dan mahir bertutur menggunakan dialek lokal.

2. Keistimewaan Imigrasi Sarawak

Kebanyakan orang Sarawak tahu pasal benda ini, tapi kadang-kadang kita lali dengan keistimewaan ini. Ketika Sarawak dan Sabah dijemput untuk bergabung dengan Malaya, kedua-dua negeri ini mengemukakan syarat dan salah satunya ialah autonomi imigresen tersendiri.

Oleh itu, sekiranya rakyat Malaysia yang berasal dari Semenanjung hendak masuk ke dalam Sarawak, mereka dikehendaki untuk menggunakan passport, manakala orang Sarawak tidak perlu menggunakan passport sekiranya mereka hendak pergi ke mana-mana negeri di Semenanjung.

Ini 5 Fakta Tentang Sarawak Yang Mungkin Anda Tidak Perasan
Ini 5 Fakta Tentang Sarawak Yang Mungkin Anda Tidak Perasan. Less Queue Time

Count your blessings with this priviledge sebab tidak semua warganegara Malaysia menikmati keistimewaan ini!

3. Kita Berkongsi Budaya Dan Bahasa Yang Hampir Sama Dengan Orang Asli Lain Di Negara Perantauan

Walaupun ia pengetahuan am salah satu negeri negara jiran kita, Kalimantan, mempunyai kaum etnik yang sama seperti yang ada di Sarawak, tahukah anda orang asli Sarawak juga ada pertalian dengan orang asli di negara-negara perantauan lain?

Ini 5 Fakta Tentang Sarawak Yang Mungkin Anda Tidak Perasan
Ini 5 Fakta Tentang Sarawak Yang Mungkin Anda Tidak Perasan. Kaum etnik Bidayuh yang berasal dari Borneo

Sedikit diketahui tentang penduduk pertama Borneo. Tulang manusia berusia kira-kira 50,000 tahun telah dijumpai di Sarawak, tetapi ini hampir pasti bukan milik nenek moyang penduduk sekarang. Orang-orang pribumi Borneo bertutur dalam bahasa yang dipunyai oleh keluarga Austronesia.

Orang Austronesian yang asal, mungkin berasal dari tanah besar Asia, menjadi orang maritim apabila beberapa ribu tahun yang lalu, mula berkembang di seluruh lautan Pasifik dan India.

Lama kelamaan mereka mengasaskan beratus-ratus negara, dan hari ini keturunan mereka boleh ditemui di Taiwan dan di Malaysia, di Phillipines dan New Zealand, di Madagascar dan Hawaii, dan di pulau-pulau yang lain.

Ini 5 Fakta Tentang Sarawak Yang Mungkin Anda Tidak Perasan
Kaum etnik Kroeng yang berasal dari Cambodia

Contohnya, dalam bahasa Bidayuh Bau, nombor ‘tiga’ disebut sebagai ‘taluh’ manakala kaum etnik Puyuma sejauh Taiwan menyebut ‘tiga’ sebagai ‘telu’.

Selain itu, sebutan ‘sepuluh’ juga dijumpa dalam bahasa Cham, bahasa ibunda kaum etnik Cham di Cambodia dan Vietnam dimana ia disebut sebagai ‘sapulu’. Untuk melihat lagi pembandingan ayat-ayat asas yang mempunyai persamaan yang hampir sama, sila klik di sini.

4. Sarawak Merupakan Antara Negeri Pertama Di Malaysia Yang Mempunyai Pengiktirafan UNESCO

Taman Negara Gunung Mulu beserta dengan Taman Negara Gunung Kinabalu yang berpunyaan negeri jiran kita iaitu Sabah, dianugerahkan status Tapak Bersejarah Dunia oleh UNESCO pada tahun 2000. George Town dan Melaka hanya dianugerahkan pada 2008 dan Lenggong pada tahun 2012.

Ini 5 Fakta Tentang Sarawak Yang Mungkin Anda Tidak Perasan

Sarawak juga banyak khazanah alam seperti Taman Negara Bako, Borneo Highlands dan selainnya. So, sayangilah khazanah alam negeri kita dan tunjuklah penghargaan dari segi penjagaan dan kebersihan.

Taman Negara Gunung Mulu

5. Ruang Gua Bawah Tanah Terbesar Di Dunia Terletak Di Sarawak

Ruang Sarawak di Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak mempunyai ruang gua bawah tanah terbesar di dunia. Ia adalah dewan gua yang paling terkenal di dunia mengikut kawasan.

Terdapat satu teori dimana koridor Gua Rusa, iaitu sebuah gua sejauh 2km dan juga sebahagian daripada Ruang Sarawak, boleh menempatkan lima baris lapan pesawat Boeing 747 yang diparkir dari bahagian depan ke hujungnya.

Ruang Sarawak aka Sarawak Chamber

Semua Negeri Malaysia Mempunyai Keunikan Tersendiri…

Dan Sarawak pun tidak kurangnya. Seperti dimana orang Sabah ada keunikan mereka tersendiri dan Melaka mempunyai keistimewaan mereka tersendiri serta negeri-negeri Malaysia yang lain, keunikan Sarawak dan orangnya harus dipeluk.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Apakah Hari Sarawak: Sejarah, Kepentingan Dan Fakta Menarik Tentang Sarawak
Ini 5 Fakta Menarik Tentang Masyarakat Kayan Yang Anda Perlu Tahu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Theatre Hotel, Smart Hotel Dengan Konsep Layan Diri Di Kuching Theatre Hotel, Smart Hotel Dengan Konsep Layan Diri Di Kuching
Next Article Agong Dan Permaisuri Muncul Di Buletin Utama, Ini Antara Komen Lucu Netizen Agong Dan Permaisuri Muncul Di Buletin Utama, Ini Antara Komen Lucu Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?