• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Ini 5 Kedai Baru Buka (Restoran, Pusat Hiburan) Di Kuching Yang Wajib Anda Serbu

Oleh
Ismail NA
3 Januari 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Ada kedai baru gais! Jum serbu!

Ini 5 Kedai Baru Buka (Restoran, Pusat Hiburan) Di Kuching Yang Wajib Anda Serbu. Penghujung tahun 2021 dan memasuki tahun baharu 2022 ini menyaksikan terdapat banyak kedai yang membuka operasi. Apatah lagi kini Sarawak beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Isi Isi Penting
  • Ada kedai baru gais! Jum serbu!
  • Rock n Roll Karaoke @ Plaza Merdeka
  • Subway @ Jalan Tun Jugah
  • Perdana Delite Seafood
  • Guardian @ Meditel
  • ROTM @ Plaza Merdeka
  • Lagi tempat yang best :

Dalam artikel kali ini, kami ingin kongsikan 5 kedai baharu termasuk restoran dan pusat hiburan yang baru dibuka. Tentunya ini dapat dimasukkan dalam senarai tempat kunjungan anda di Kuching.

1

Rock n Roll Karaoke @ Plaza Merdeka

Siapa yang minat karaoke? Sekarang anda sudah boleh mengasah semula skil nyanyian anda bersama rakan-rakan di pusat karaoke yang baru sahaja dibuka di pusat bandar Kuching iaitu Rock n Roll Karaoke. Mula beroperasi pada 1 Januari yang lalu, pusat hiburan ini menerapkan konsep hiasan lampu neon yang terang dan ceria bagi menghidupkan lagi suasana karaoke yang ‘best’ dan memuaskan.

Bukan itu sahaja, pusat karaoke terbaru di Plaza Merdeka ini juga mempunyai beberapa kotak karaoke, khas untuk anda merasai pengalaman menyanyi sambil menggunakan headphone. Haa menarik tak menarik?

Anda boleh walk-in atau membuat tempahan slot dengan menghubungi mereka di talian 082-239 819 atau 011-1051 8822.

Facebook : Rock n Roll Karaoke

Ini 5 Kedai Baru Buka (Restoran, Pusat Hiburan) Di Kuching Yang Wajib Anda Serbu
Ini 5 Kedai Baru Buka (Restoran, Pusat Hiburan) Di Kuching Yang Wajib Anda Serbu. Kredit : FB Rock n Roll Karaoke
Ini 5 Kedai Baru Buka (Restoran, Pusat Hiburan) Di Kuching Yang Wajib Anda Serbu
Kredit : FB Rock n Roll Karaoke
Ini 5 Kedai Baru Buka (Restoran, Pusat Hiburan) Di Kuching Yang Wajib Anda Serbu
Kredit : FB Rock n Roll Karaoke
2

Subway @ Jalan Tun Jugah

Restoran makanan segera berasaskan sandwich dan wrap, Subway kini semakin melebarkan sayapnya di Bandaraya Kuching. Cawangan terbarunya baru sahaja dibuka di Jalan Tun Jugah, Kuching (bersebelahan 7-Eleven).

Restoran ini juga telah dibuka secara rasmi pada 1 Januari 2022 dan kini dikhabarkan masih mencari pekerja untuk cawangan tersebut. Sekiranya anda berminat untuk mengisi kekosongan di Subway Jalan Tun Jugah, anda boleh menghubungi mereka di pautan INI.

Ini 5 Kedai Baru Buka (Restoran, Pusat Hiburan) Di Kuching Yang Wajib Anda Serbu
Kredit : FB Ayu
Ini 5 Kedai Baru Buka (Restoran, Pusat Hiburan) Di Kuching Yang Wajib Anda Serbu
Kredit : FB Julie Zarina
Ini 5 Kedai Baru Buka (Restoran, Pusat Hiburan) Di Kuching Yang Wajib Anda Serbu
Kredit : FB Aidawatis Purple
3

Perdana Delite Seafood

Pembekal sumber makanan laut yang terkenal, Perdana Delite kini bukan sahaja mempunyai kedai coldwp-content/uploads. Mereka juga kini membuka restoran berasaskan makanan laut iaitu Perdana Delite Seafood. Restoran yang terletak bersebelahan dengan kedai coldwp-content/uploads Perdana Delite di Metrocity, Matang ini telah memulakan operasi hari pertamanya pada 1 Januari 2022.

Restoran berasaskan makanan laut ini beroperasi setiap Selasa hingga Ahad, jam 11 pagi hingga 8 malam. Antara menu yang mereka tawarkan ialah laksa Sarawak, fish and chips dan aneka jenis nasi dan mi goreng.

Facebook : Perdana Delite Seafood

Sumber : FB Perdana Delite Seafood
Sumber : FB Perdana Delite Seafood
Ini 5 Kedai Baru Buka (Restoran, Pusat Hiburan) Di Kuching Yang Wajib Anda Serbu
Sumber : FB Perdana Delite Seafood
4

Guardian @ Meditel

Yang ni para wanita mesti suka! Tahukah anda bahawa kompleks beli belah Meditel yang terletak di Hospital Umum Sarawak kini turut dilengkapi dengan cawangan kedai produk kelengkapan diri dan kecantikan popular iaitu Guardian.

Pembukaan kedai ini tentunya memudahkan lagi urusan ahli keluarga yang kebetulan mempunyai urusan di hospital mahupun staf hospital.

Kebetulan minggu ini ada tawaran 50% katanya. Tawaran yang macam mana tu? Itulah sebabnya anda kena pergi sendiri ke sini!

Ini 5 Kedai Baru Buka (Restoran, Pusat Hiburan) Di Kuching Yang Wajib Anda Serbu
Kredit : FB Zieyy Ahmad
5

ROTM @ Plaza Merdeka

Kedai minuman boba ini mempunyai nama yang agak unik. ROTM adalah singkatan untuk Reinforcement of the Monkey (ROTM). Jenama minuman teh dan boba yang berasal dari China ini membuka cawangan di Canaan Square dan terbaru, di Plaza Merdeka Kuching.

Jenama ini diasaskan oleh pemenang pingat emas Olimpik dalam acara ping pong dari China, Zhang Ji Ke. Jika anda berkunjung ke Plaza Merdeka, kedai ini terletak bertentangan dengan kedai kopi Starbucks dan bersebelahan dengan pintu Padang, Plaza Merdeka. Macam best kan?

Facebook : ROTM

Kredit : Plaza Merdeka
Ini 5 Kedai Baru Buka (Restoran, Pusat Hiburan) Di Kuching Yang Wajib Anda Serbu
Kredit : Plaza Merdeka
Kredit : Plaza Merdeka

Menarik, bukan? Jika anda mengetahui tempat baharu di Kuching atau mana-mana bahagian di Sarawak atau Sabah, jangan lupa komen ya!

Lagi tempat yang best :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bas Ekspres Pertama Sibu-Kapit Kini Beroperasi Dengan Tambang RM 22 Sehala
Next Article Doremart Supermarket Yang Tular Di Bandar Sarikei Kini Sudah Buka Cawangan Di Samarindah Dan Batu 7 Doremart Supermarket Yang Tular Di Bandar Sarikei Kini Sudah Buka Cawangan Di Samarindah Dan Batu 7

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?