• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bas Ekspres Pertama Sibu-Kapit Kini Beroperasi Dengan Tambang RM 22 Sehala

Oleh
Ismail NA
3 Januari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Bas ekspres pertama menjejakkan kaki ke Kapit

Bas Ekspres Pertama Sibu-Kapit Kini Beroperasi Dengan Tambang RM 22 Sehala. Dengan siapnya jalan Pan Borneo yang menghubungkan Sibu ke Kapit tahun lalu, penduduk di kedua-dua bahagian ini akhirnya dapat berhubung dengan mudah dan pantas tanpa perlu menunggu pasang surut air sungai.

Isi Isi Penting
  • Bas ekspres pertama menjejakkan kaki ke Kapit
  • Turut beroperasi dari Kapit ke Bintulu
  • Operasi ini mengakhiri penantian penduduk Kapit untuk merasai perkhidmatan bas ekspres untuk ke bahagian lain di Sarawak
  • Baca juga perkhidmatan bas elektrik percuma di Kuching :

Terbaharu, selain menggunakan kereta persendirian dan van sewa, penduduk Kapit, Sibu dan sekitarnya bakal menikmati mod pengangkutan bas ekspres buat julung kalinya bagi laluan tersebut. Bas ekspres Lanang menjadi syarikat bas pertama di Sarawak yang meneroka laluan baru tersebut, Perkhidmatan untuk orang awam mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2022 (Sabtu). Syarikat bas ekspres Lanang memulakan perjalanan pertama dari Sibu ke Kapit pada jam 7 pagi tersebut.

Menurut pengerusi syarikat bas ekspres tersebut, Lau Khing Seng, bas ekspres dengan tujuan terbaharu itu bakal beroperasi sebanyak 3 kali sehari dan akan meningkatkan kekerapan dari semasa ke semasa. Operasi ke Kapit ini juga bakal menggunakan bas dengan kapasiti besar iaitu bas dengan tempat duduk VIP sebanyak 28, 38 dan 42 tempat duduk.

Bas Ekspres Pertama Sibu-Kapit Kini Beroperasi Dengan Tambang RM 22 Sehala
Bas Ekspres Pertama Sibu-Kapit Kini Beroperasi Dengan Tambang RM 22 Sehala. Bas ekspres Lanang

Turut beroperasi dari Kapit ke Bintulu

Bukan itu sahaja, bas ini juga akan beroperasi untuk tujuan Kapit-Bintulu. Tambang sehala dari Sibu ke Kapit menggunakan bas Lanang ini berharga RM 22 manakala RM 50 untuk tambang sehala dari Kapit ke Bintulu. Perjalanan lebih 100 kilometer dari Bandaraya Sibu-Pekan Song-Kapit ini mengambil masa selama 3 jam.

Bas Ekspres Pertama Sibu-Kapit Kini Beroperasi Dengan Tambang RM 22 Sehala
Kredit foto : Facebook

Sebelum ini, orang ramai yang ingin melakukan perjalanan dari Sibu ke Kapit dan sebaliknya, hanya mempunyai pilihan pengangkutan seperti kereta persendirian, van sewa dan bot ekspres.

Operasi ini mengakhiri penantian penduduk Kapit untuk merasai perkhidmatan bas ekspres untuk ke bahagian lain di Sarawak

Dengan adanya perkhidmatan bas ekspres ini, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan jumlah pelawat ke Kapit serta merancakkan ekonomi tempatan di sana. Bukan itu sahaja, perkhidmatan bas ekspres ini juga dapat membantu rakyat di Kapit untuk keluar ke dengan lebih mudah dan cepat menerusi jalan Sibu. Ini juga tentunya memberikan mereka lebih banyak pilihan pengangkutan selain kenderaan persendirian, sewaan van dan bot ekspres.

Untuk pengetahuan anda, Kapit merupakan satu-satunya bahagian di Sarawak yang tidak mempunyai akses bas ekspres. Setakat ini, hanya dua syarikat bas ekspres di Sarawak yang beroperasi ke laluan ini iaitu syarikat Lanang Bus Sdn Bhd dan syarikat bas Rejang Transport Sdn Bhd.

Untuk tempahan tiket bas ekspres ini, anda boleh terus ke laman sesawang lanangbus.com atau walk-in ke kaunter bas ekspres tersebut di Terminal Bas Sibu atau Kapit.

Baca juga perkhidmatan bas elektrik percuma di Kuching :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Persediaan Tahun Baru, Menteri Kesihatan Memberi Amaran Gelombang Omicron Mungkin Akan Berlaku Persediaan Tahun Baru, Menteri Kesihatan Memberi Amaran Gelombang Omicron Mungkin Akan Berlaku
Next Article Ini 5 Kedai Baru Buka (Restoran, Pusat Hiburan) Di Kuching Yang Wajib Anda Serbu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?