• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini 5 Kereta Nasional Yang Paling Disukai Oleh Rakyat Malaysia

Oleh
Ismail NA
30 Ogos 2022
Kongsi
6 Min Bacaan

Kereta mana pilihan kalbu anda?

Ini 5 Kereta Nasional Yang Paling Disukai Oleh Rakyat Malaysia. Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) merupakan peneraju industri automotif di Malaysia. Malah, kita patut berbangga kerana kereta yang dikeluarkan oleh kedua-dua syarikat ini adalah kereta buatan Malaysia.

Isi Isi Penting
  • 5. Proton Saga
  • 4. Proton Wira
  • 3. Perodua Kancil
  • 2. Perodua Axia
  • 1. Perodua Myvi

Sempena Hari Kebangsaan tahun ini, kami ingin memperkenalkan kepada anda 5 kereta jenama nasional yang paling digemari oleh rakyat Malaysia sejak dari zaman 90-an dahulu. Dalam senarai ini, ada 2 kereta jenama Proton dan 3 kereta jenama Perodua. Boleh tak anda teka?

5. Proton Saga

Siapa tak kenal model Proton Saga yang legend ini? Tahukah anda bahawa Proton Saga ini merupakan kenderaan pertama keluaran Proton pada tahun 1986. Pada ketika itu jugalah, Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ini 5 Kereta Nasional Yang Paling Disukai Oleh Rakyat Malaysia
Ini 5 Kereta Nasional Yang Paling Disukai Oleh Rakyat Malaysia

Proton Saga ini dibina berdasarkan kereta Mitsubishi Lancer hasil kerjasama daripada Mitsubishi, syarikat permotoran dari Jepun. Kerana Saga ini memiliki nilai sentimental yang tinggi, sehingga hari ini model ini masih menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia meskipun ia telah melalui beberapa fasa facelift.

Satu fakta menarik tentang Saga – namanya dipilih hasil idea pemenang peraduan mencipta nama kereta pertama Proton iaitu Sarjan Ismail Jaafar, seorang tentera yang secara kebetulan mendapat ilham sewaktu beliau bermain permainan ‘Scrabble’.

4. Proton Wira

Rentetan kejayaan Proton Saga, kereta yang menyusulnya seterusnya juga berjaya mencipta fenomena dan menjadi pujaan rakyat Malaysia. Proton Wira dilancarkan secara rasmi pada tahun 1993. Kereta ini juga merupakan kereta Proton yang paling versatail kerana dikeluarkan dalam pelbagai varian. Contohnya seperti Proton Arena, Proton Aeroback, Proton Satria dan Proton Putra.

Ini 5 Kereta Nasional Yang Paling Disukai Oleh Rakyat Malaysia
Kredit foto: Adam Photography

Bukan sahaja anda boleh melihat kenderaan ini dengan banyak di atas jalan raya suatu ketika dahulu, malah ia juga menjadi kenderaan yang menjadi permintaan ramai di luar negara seperti Australia, Afrika, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Latin.

Kalau anda nak tahu, Proton Wira ini juga dijual di United Kingdom dan Australia dengan nama Persona. Hebat tak hebat?

3. Perodua Kancil

Sebuah lagi kenderaan yang boleh dapat tabik ‘spring’ adalah Perodua Kancil. Sesuai dengan namanya Kancil, haiwan kecil yang bijak, kenderaan ini hanya memiliki berat 650 kg sahaja. Kereta kompak dengan kebolehan gergasi ini dilancarkan pada Ogos 1994, berdasarkan kereta Daihatsu Mira L200.

Ini 5 Kereta Nasional Yang Paling Disukai Oleh Rakyat Malaysia
Kredit foto: Paultan.org

Varian Kancil pertama yang dihasilkan oleh Perodua ini hanya memiliki enjin berkapasiti 0.6L yang menggunakan karburetor. Disebabkan Perodua Kancil dikeluarkan semasa Malaysia mengalami krisis ekonomi, kereta ini terus menjadi kegemaran rakyat Malaysia kerana harganya yang mesra poket iaitu sekitar RM 29,000 sahaja.

Seiring waktu, Perodua Kancil ditambah baik dari segi kapasiti enjin, reka bentuk dan kosmetik luaran sehingga keluaran terakhirnya pada Julai 2009. Meskipun kereta Kancil kini sudah tidak dikeluarkan, tetapi anda masih boleh melihatnya digunakan di atas jalan raya dalam keadaan yang masih baik dan mengagumkan. Bahkan, inilah kereta pertama bagi kebanyakan rakyat Malaysia kerana ia digunakan sebagai kereta rasmi sekolah memandu.

2. Perodua Axia

Semua orang pasti tahu mengapa Perodua Axia ini menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang berada di bandar. Hal ini kerana kereta kompak Axia ini merupakan salah sebuah kereta terbaik dari segi penggunaan minyak petrol.

Ini 5 Kereta Nasional Yang Paling Disukai Oleh Rakyat Malaysia

Perodua Axia ini menggunakan platform Daihatsu Ayla tetapi diubahsuai mengikut citarasa rakyat Malaysia. Kereta ini juga menambat hati rakyat Malaysia kerana sifatnya yang mesra alam, harga yang berpatutan, serta pemanduan yang mudah. Tidak hairanlah kereta ini sering menjadi pilihan mahasiswa universiti bagi memudahkan urusan pengangkutan mereka.

Satu fakta menarik yang perlu anda ketahui tentang Axia ini adalah pada namanya. Tahukah anda bahawa nama Axia ini sebenarnya berasal dari perkataan ‘Asia’. Huruf X yang menggantikan huruf S pula membawa maksud nombor 10 dalam nombor Roman, simbolik kepada kenderaan ke-10 yang dikeluarkan oleh Perodua.

1. Perodua Myvi

Myvi, atau digelar King Myvi merupakan kereta paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain daripada puluhan kontroversi yang membabitkan pemanduan lasak Myvi, kereta ini sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia berdasarkan rekod jualannya yang paling laris dalam banyak-banyak kereta nasional yang ada di pasaran.

Ini 5 Kereta Nasional Yang Paling Disukai Oleh Rakyat Malaysia

Mula dijual pada tahun 2005, kereta ini berjaya menempatkan dirinya sebagai Kereta Paling Laris selama 8 tahun berturut-turut bermula dari tahun 2006 sehingga tahun 2013. Malah, masih belum ada kereta lain yang boleh menyaingi Myvi sebagai kereta nasional paling laris sepanjang zaman.

Ini 5 Kereta Nasional Yang Paling Disukai Oleh Rakyat Malaysia

Pengeluaran Myvi ini pada tahun 2005 juga adalah pada masa yang tepat memandangkan pesaing terdekatnya, Proton mula menerima rungutan daripada orang ramai serta kegagalan Proton mengeluarkan model kenderaan yang menarik perhatian orang ramai.

Setiap keluarga di Malaysia mesti pernah atau masih memiliki kereta ini, betul tak? Cuba anda kongsikan kereta nasional mana yang paling anda gemari di ruangan komen.

Ramai yang teruja bila kereta nasional ini muncul dalam filem Hollywood. Baca selanjutnya di sini:

Ketahui Mengapa Kereta Proton Boleh Muncul Dalam Filem Netflix, ‘Extraction’
[VIDEO] ‘King’ Myvi Buat Hal Lagi, Selamba Pandu Lawan Arus Di Tengah Bandaraya Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ahli Kumpulan Girls Generation Antara Artis Jemputan Bagi Bronze Island Music Festival Di Sabah
Next Article Afgan Bakal Meriahkan Kuching Jazz Festival Oktober Ini Dijemput Jadi Tetamu Khas, Afgan Bakal Meriahkan Kuching Jazz Festival Oktober Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?