• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Dijemput Jadi Tetamu Khas, Afgan Bakal Meriahkan Kuching Jazz Festival Oktober Ini

Oleh
Aina Musa
31 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Afgan Bakal Meriahkan Kuching Jazz Festival Oktober Ini

Kuching Jazz kini kembali selepas 2 tahun menyepi.

Dijemput Jadi Tetamu Khas, Afgan Bakal Meriahkan Kuching Jazz Festival Oktober Ini. Kuching Jazz kembali lagi dengan edisi keempat dan menjanjikan barisan artis yang lebih hebat.

Menariknya edisi pada kali ini, bintang penyanyi popular Indonesia iaitu Afgan bakal menjadi tetamu khas penganjuran festival Kuching Jazz 2022. Wow!

Dijemput Jadi Tetamu Khas, Afgan Bakal Meriahkan Kuching Jazz Festival Oktober Ini
Dijemput Jadi Tetamu Khas, Afgan Bakal Meriahkan Kuching Jazz Festival Oktober Ini. Kredit Foto: FB Ministry of Tourism, Creative Industry and Performing Arts Sarawak

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kira-kira 4000 pengunjung disasarkan untuk datang bagi memeriahkan Festival Jazz Kuching 2022 di Tebingan Sungai Kuching pada 28 dan 29 Oktober ini.

Kuching Jazz beri peluang Sarawak rancakan semula sektor pelancongan

Tambah beliau, pembukaan semula sempadan dan pemansuhan sekatan perjalanan akan merancakkan semula sektor pelancongan Sarawak dalam mengembalikan beberapa festival muzik yang terkenal di serata dunia serta penganjuran festival baharu.

“Saya percaya ramai peminat festival seperti ini tidak sabar untuk berhubung semula dengan rakan-rakan mereka dari luar mahupun dalam negara melalui acara fizikal secara langsung seperti ini.

katanya
Dijemput Jadi Tetamu Khas, Afgan Bakal Meriahkan Kuching Jazz Festival Oktober Ini
Kredit Foto: FB Borneo Talk

“Afgan mempunyai peminat yang cukup besar di Malaysia dan juga peminat muzik genre jazz tempatan di Sarawak, dan namanya juga sering diminta oleh pengunjung ke acara Kuching Jazz pada setiap tahun sejak 2017, dan akhirnya rundingan bersama pada tahun ini kami bawakan ke acara kali ini” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada pelancaran Kuching Jazz bagi anjuran tahun 2022 di Grand Margherita, di sini semalam.

Menyasarkan lebih empat ribu pengunjung dari dalam dan luar negera

Pada masa yang sama, Abdul Karim berkata pihaknya menyasarkan empat ribu pengunjung ke acara tahunan tersebut dari luar dan dalam negara.

Ujar beliau lagi, pihaknya yakin bahawa Kuching Jazz 2022 ini akan mendapat sambutan menggalakkan memandangkan setelah dua tahun penganjurannya terpaksa ditunda ekoran COVID-19.

Tahun ini merupakan edisi keempat penganjuran festival muzik antarabangsa tersebut dalam meningkatkan jumlah pelancong datang ke Sarawak.

Dahulunya Kuching Waterfront Jazz Festival, muzik ekstravaganza bermula pada 2017 sebagai acara istimewa yang berlangsung di Kuching Waterfront.

Tiket sudah pun mula dijual

Menurut laman rasmi Facebook Kuching Jazz, tiket masuk ke Kuching Jazz Festival 2022 sudah pun mula dijual.

Untuk pembelian tiket, orang ramai digalakkan untuk memuat turun aplikasi Insiders Club terlebih dahulu secara percuma bagi mendapatkan promosi khas iaitu pas 2 hari ke Kuching Jazz dengan harga RM300 sahaja.

Dijemput Jadi Tetamu Khas, Afgan Bakal Meriahkan Kuching Jazz Festival Oktober Ini
Kredit Foto: FB Kuching Jazz

Tiket boleh dibeli bermula 31 Ogos hingga tengah malam 6 September ini di sini.

Kuching Jazz ini dianjurkan oleh Hemisphere Corporation, dengan kerjasama Kuching Waterfront sebagai tempat rasmi, serta Grand Margherita Hotel, Riverside Majestic Hotel dan Riverside Majestic Astana Wing sebagai hotel rasmi.

Difahamkan juga, beberapa penyanyi dan artis terkenal tanah air juga akan membuat persembahan pada muzik festival selama dua hari itu selain persembahan daripada artis dan kumpulan pemuzik dari Singapura, Australia, dan Thailand.

Ketahui event menarik yang bakal berlangsung tahun ini:

Acara Pelancongan Hiburan Terulung, Festival ‘What About Kuching’ Akan Berlangsung Oktober Ini
Sunbear Festival Bakal ‘Gegarkan’ Kuching Pada Disember Depan!
SUMBER :FB Borneo Talk
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Kereta Nasional Yang Paling Disukai Oleh Rakyat Malaysia
Next Article Tak Dapat Greenlight Main Bola, Isteri Jemput Suami Tengah Padang Suruh Balik Tak Dapat Greenlight Main Bola, Isteri Jemput Suami Tengah Padang Suruh Balik

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?