Mengapa anjing Pit Bull sering dilabel ‘ganas’?
Ini 5 Salah Faham Tentang Anjing Pit Bull. Baru-baru ini seekor anjing Pit Bull tular di media sosial apabila dilaporkan menyerang seorang wanita sehingga cedera parah.
Difahamkan juga tuan kepada anjing tersebut jenis yang suka bela anjing dan sering memukul anjingnya sehingga separuh nyawa. Tambahan lagi, anjing yang dibelanya dilatih untuk menggigit. Atas sebab kecuaian pemilik anjing tersebut yang tidak menutup pagar rumahnya, anjingnya terlepas dan menyerang mangsa terbabit.
Anda boleh baca artikel sepenuhnya disini:
Walaupun rata-rata netizen bersetuju anjing tersebut harus diberi peluang kedua, terdapat juga segelintir netizen yang berpendapat anjing itu harus disuntik mati (Put To Sleep) atau PTS kerana baka anjing itu dikenal dengan sifat garangnya.
Malah, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar, anjing Pit Bull disenaraikan antara baka anjing di larang import ke Malaysia.
“Anjing Terlarang adalah Anjing yang dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan kepada awam walaupun dipelihara dengan baik berdasarkan faktor keturunan dan genetik,” Jabatan Perkhidmatan Veterinar menerusi Facebook.
Tetapi adakah ia benar bahawa anjing Pit Bull ini betul-betul garang? Atau ia hanya stereotaip semata-mata?

Sebelum lanjut, kenali lebih lagi tentang baka anjing ini
Pada zaman dahulu, anjing Pit Bull digelar “Nanny Dogs” kerana kesetiaan dan kelembutan mereka kepada tuan mereka.
Malangnya, orang segera menemui cara untuk memanfaatkan tingkah laku Pit Bull untuk dog fights, malah penampilan mereka yang gagah menjadikan mereka sebagai simbol keganasan, budaya dadah dan gengterisme.

Kini, baka pit bull sebahagian besarnya disalahfahami kerana pemiliknya yang tidak bertanggungjawab, kisah berita sensasional, dan penyebaran mitos. Akibatnya, breed specific legislation (BSL) telah muncul di bandar-bandar di seluruh Amerika Syarikat (AS) yang sangat menyekat atau melarang anjing pit bull sebagai haiwan peliharaan.
Bukan sahaja di AS, malah di Malaysia baka anjing ini disenaraikan sebagai baka anjing dilarang import.
Namun, jika diberi peluang, anjing Pit Bull sebenarnya boleh menjadi teman yang sangat penyayang dan di beberapa komuniti, baka anjing ini diiktiraf sebagai wira, menyelamatkan orang dan pemilik mereka dari bahaya.
Berikut adalah lima mitos mengenai anjing Pit Bull yang sering dikaitkan dengan baka anjing ini dan perkara sebenar disebaliknya.
Mitos pertama: Pit Bull merupakan sejenis baka anjing
Perkataan ‘Pit Bull’ sebenarnya istilah generik yang digunakan untuk pelbagai baka termasuk American Pit Bull Terrier, American Staffordshire Terrier, Blue Blood Bulldog, Dogo Argentino dan beratus-ratus keturunan campuran dengan penampilan fizikal yang serupa.




Oleh itu, istilah ‘Pit Bull’ sering menunjukkan penampilan anjing berkenaan dan bukan jenisnya sendiri. Perkara ini secara langsung membawa kepada kesalahfahaman pada anjing ini.
Sebilangan besar orang tidak dapat melihat perbezaan antara American Pit Bull Terrier sejati dan baka lain.
Untuk memerangi kekejaman dan kesalahfahaman dari semua jenis, kumpulan penyokong haiwan menggunakan istilah kolektif ‘pit bull’ untuk melindungi semua baka yang menjadi mangsa akibat penambilan mereka yang ‘membulikan’.
Mitos kedua: Pit Bull dilahirkan untuk melawan
Anjing ini tidak dilahirkan siap sedia untuk melawan anjing lain atau manusia. Mereka dilatih untuk melawan oleh orang yang berminat untuk membuat keuntungan dan memberikan ‘hiburan’ dalam bentuk pertarungan anjing.
Yang lebih menyedihkan, selalunya anjing-anjing ini terpaksa bertarung hingga mati, dan mereka yang tidak dapat memuaskan tuannya akan ditinggalkan atau dibunuh oleh letusan elekrik, tembakan atau cara kejam yang lain.
Maka bukan anjing yang kejam dan ganas, tetapi individu-individu yang melatihkan mereka.

Mitos ketiga: Anjing Pit Bull secara semula jadi adalah ganas, agresif dan merupakan anjing yang sangat berbahaya
Pit Bull tidak semestinya berbahaya. Seperti anjing lain, mereka boleh menjadi ganas dan agresif jika tidak dilatih, disalahgunakan, diabaikan serta pemilikan dan pembiakan yang tidak bertanggungjawab. Kurang perhatian terhadap kesihatan dan perangai anjing tersebut juga boleh menyebabkan anjing bertindak ganas.
Sekiranya mereka dilatih dengan betul, anjing Pit Bull tidak dijangka menunjukkan sifat negatif. Namun, ia penting untuk ingat bahawa mana-mana anjing boleh mengalami masalah agresif atau menunjukkan tingkah laku agresif.
Selain itu, sebuah penilaian yang dijalankan oleh American Temperament Test Society terhadap kadar lulus perangai baik baka-baka anjing mendapati American Pit Bull Terrier mempunyai kadar lulus perangai baik yang tinggi, dengan sebanyak 82.6% berbanding dengan baka-baka anjing lain yang dianggap lebih lembut dan tidak agresif.

Mitos keempat: Rahang Pit Bull berkunci (locked jaw)
Perkara ini tidak benar. Menurut ASPCA, tiadanya unik mengenai anatomi rahang Pit Bull.
Tiada anjing mempunyai rahang yang mampu berkunci seperti yang dipercayai oleh orang ramai.
Untuk konteks, anjing Pit Bull memang mempunyai otot rahang yang kuat dan gaya pertarungan mereka memang melibatkan menyambar dan menggoncang, tetapi ia tidak bermaksud apabila mereka mendapat cengkaman, mereka tidak dapat atau tidak akan melepaskannya.

Mitos kelima: Pit Bull mempunyai kadar gigitan yang tinggi
Menurut onegreenplanet, statistik gigitan anjing sering tidak adil kerana ia sentiasa menggambarkan anjing Pit Bull sebagai pelaku utama. Kebiasaannya, kisah tentang anjing menggigit atau serangan anjing yang melibatkan baka anjing ini biasanya ditulis dengan cara yang sengaja memburukkan imej anjing tersebut dan membuat sensasi cerita, seterusnya menimbulkan ketakutan dan kesalahfahaman mengenai baka ini.
Menurut Persatuan Perubatan Veterinar Amerika,
“Tidak mungkin untuk mengira kadar gigitan untuk sejenis baka… [Kerana] baka campuran biasanya digambarkan sebagai keturunan tulen… [dan] jumlah gigitan sebenar yang berlaku dalam komuniti tidak diketahui… Jika mereka tidak mengakibatkan kecederaan serius.”
Ini bukan untuk mengatakan bahawa anjing tertentu tidak bertanggungjawab untuk gigitan atau serangan. Sebaliknya, ia menekankan bahawa mungkin ada lebih banyak cerita daripada yang sebenarnya dilaporkan (iaitu latihan dan penjagaan yang tidak bagus, dan dalam beberapa kes, mangsa sebenarnya telah memprovokasi anjing itu).

Jika diberi peluang untuk bela anjing Pit Bull, adakah anda ambil peluang tersebut?
Seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, kita tahu baka Pit Bull dilarang import ke Malaysia. Namun, misalnya anda tiberrr ada anjing Pit Bull (katakan lah), pastikan anda bertanggungjawab atas anjing itu.
Seperti baka anjing lain tak kira poodle, German Shepherd, bahkan anjing kampung, anda sebagai pemilik harus bertanggungjawab atas haiwan pemeliharaan anda. Latihkan mereka dengan baik, sayangi dan hargai mereka. Mereka hanya bertindak menurut perintah tuan mereka dan akan mempertahankan pemiliknya dengan setia sekiranya mereka rasa tuannya terancam.
After all, a dog is a man’s best friend!
