• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Persis Skala Letupan Bom Atom, Kota Beirut Di Lubnan Hancur Sekelip Mata

Oleh
Ismail NA
5 Ogos 2020
Kongsi
5 Min Bacaan

Letupan berpunca daripada 2,750 tan ammonium nitrat.

Persis Skala Letupan Bom Atom, Kota Beirut Di Lubnan Hancur Sekelip Mata. Ibu kota negara Lubnan, Beirut kini hancur sekelip mata apabila berlaku letupan yang dahsyat kelmarin. Letupan yang dipercayai berpunca daripada sebuah gudang simpanan bunga api yang menyimpan 2,750 tan ammonium nitrat di pelabuhan Beirut.

Isi Isi Penting
  • Letupan berpunca daripada 2,750 tan ammonium nitrat.
  • Jumlah kematian dijangka meningkat, sekurang-kurangnya 100 kematian setakat ini
  • “Menyamai skala letupan nuklear di Hiroshima dan Nagasaki” – Gabenor Beirut
  • Kota Beirut musnah sekelip mata, hospital lumpuh
  • 2,750 tan ammonium nitrat disimpan di pelabuhan Beirut sejak 6 tahun lalu
  • Masa yang sukar buat Lubnan
  • Salurkan sumbangan anda ke Persatuan Palang Merah Lubnan
  • Artikel lain :

A powerful explosion in the Beirut capital , on Tuesday 2020 destroyed most of the city's port and several buildings.#PrayForLebanon pic.twitter.com/0WJdgVseA4

— Mohsin Aslam (@MohsinA27869705) August 5, 2020

Jumlah kematian dijangka meningkat, sekurang-kurangnya 100 kematian setakat ini

Persatuan Palang Merah Lubnan sehingga kini melaporkan jumlah kematian sekurang-kurangnya 100 orang dan seramai 4,000 orang mengalami kecederaan. Angka ini dijangka meningkat kerana kerja-kerja mencari dan menyelamat kini sedang dijalankan bagi mencari mangsa yang hilang.

Letupan dengan asap tebal menyerupai cendawan tersebut dikatakan sangat dahsyat dan dirasai sehingga ke negara jiran iaitu Cyprus yang berkedudukan lebih kurang 257 kilometer. Malah, impak letupan tersebut meliputi kawasan sehingga 25 km radius.

Persis Skala Letupan Bom Atom, Kota Beirut Di Lubnan Hancur Sekelip Mata

Ini merupakan tragedi letupan ammonium nitrat yang terbesar dalam sejarah selepas letupan yang berlaku di kawasan perindustrian Tianjin, China pada tahun 2015. Letupan tersebut melibatkan 700 tan ammonium nitrat dan meninggalkan kawah letupan yang dalam dan besar.

“Menyamai skala letupan nuklear di Hiroshima dan Nagasaki” – Gabenor Beirut

Menurut gabenor Beirut, Marwan Abboud, letupan tersebut bukanlah sebuah letupan kuat yang biasa tetapi sebaliknya menyamai letupan bom nuklear atom di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun.

Persis Skala Letupan Bom Atom, Kota Beirut Di Lubnan Hancur Sekelip Mata
Persis Skala Letupan Bom Atom, Kota Beirut Di Lubnan Hancur Sekelip Mata
Foto : AP/Hussein Malla

Beliau juga mengakui letupan tersebut adalah tragedi paling dahsyat yang pernah dilihatnya sepanjang hidup malah tidak mampu menahan sebak semasa ditemubual oleh wartawan tempatan.

Beirut Governor Marwan Abboud cries as he explains to a journalist the scene of the destruction due to the explosion.

I'm crying for this.#PrayForLebanon #PrayForBeriut pic.twitter.com/8YmdVodx5i

— Winiw (@winiwiliy) August 5, 2020

Kota Beirut musnah sekelip mata, hospital lumpuh

Kota Beirut kini lumpuh sepenuhnya dengan hospital tidak lagi mampu menjalankan operasi seperti sediakala. Kemudahan hospital di Beirut sememangnya mengalami kekurangan fasiliti dan bekalan sejak dilanda pandemik yang lalu namun tragedi ini telah memusnahkan sepenuhnya sistem rawatan di kota tersebut. Walau pun dihantar ke hospital, mangsa terpaksa dirawat di jalanan akibat jumlah yang terlalu ramai.

Persis Skala Letupan Bom Atom, Kota Beirut Di Lubnan Hancur Sekelip Mata
Kota Beirut sebelum dan selepas kejadian.

Presiden Lubnan, Michel Aoun mengadakan mesyuarat tergempar susulan insiden tersebut dan mengisytiharkan darurat selama 2 minggu di Beirut dan kini dalam tempoh 3 hari berkabung.

2,750 tan ammonium nitrat disimpan di pelabuhan Beirut sejak 6 tahun lalu

Menurut media Lubnan, simpanan ammonium nitrat tersebut telah disimpan di pelabuhan Beirut sejak 6 tahun yang lalu. Dikhabarkan, sebuah kapal yang membawa muatan ammonium nitrat tersebut belayar dari Georgia ke Mozambique.

Namun, akibat masalah teknikal, mereka terpaksa berlabuh di pelabuhan Beirut. Setelah diperiksa, kapal tersebut tidak dibenarkan menyambung pelayaran kerana membawa muatan yang merbahaya.

Kru kapal akhirnya mengupah firma guaman Lubnan bagi membolehkan mereka terus berlayar dan akhirnya terpaksa berlayar tanpa bahan kimia tersebut. Ammonium nitrat tersebut kemudian disimpan di pelabuhan Beirut sejak tahun 2015.

Walau pun pada awalnya desas desus mengatakan pihak berkuasa akan melelong bahan tersebut, namun sehingga kelmarin, ia masih disimpan di pelabuhan dan tidak dijual.

Masa yang sukar buat Lubnan

Tentunya ini adalah masa yang sukar buat penduduk Lubnan terutamanya di Beirut kerana ditimpa satu lagi malapetaka tatkala dihambat krisis pandemik, ekonomi dan politik.

Bahkan, negara tersebut dijangka akan mengalami krisis makanan kerana ia bergantung kepada 90% sumber gandum import sedangkan 85% daripadanya disimpan di kawasan pelabuhan tersebut.

Salurkan sumbangan anda ke Persatuan Palang Merah Lubnan

Anda juga boleh membantu saudara yang terjejas di Beirut dengan menyalurkan sumbangan ke tabung Persatuan Palang Merah Lubnan melalui laman sesawang mereka di pautan SupportLRC atau memuat turun aplikasi Lebanese Red Cross di Apple App Store dan Google Play Store.

Artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Salah Faham Tentang Anjing Pit Bull Ini 5 Salah Faham Tentang Anjing Pit Bull
Next Article Terjumpa Laman Web 'Syurga Pedofilia', Wanita Ini Gesa Ibu Bapa Waspada Aktiviti Online Anak-Anak Terjumpa Laman Web ‘Syurga Pedofilia’, Wanita Ini Gesa Ibu Bapa Waspada Aktiviti Online Anak-Anak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?