I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini Adalah 4 Fakta Menarik Tentang MyKad Anda Mungkin Tak Tahu
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Adalah 4 Fakta Menarik Tentang MyKad Anda Mungkin Tak Tahu

Last updated: 09/07/22 9:00 PM
Kedung BK
Kongsi
4 Min Bacaan
Ini Adalah 4 Fakta Menarik Tentang MyKad Anda Mungkin Tak Tahu
Kongsi

Kad terpenting setiap warganegara Malaysia

Ini Adalah 4 Fakta Menarik Tentang MyKad Anda Mungkin Tak Tahu. Sekiranya anda seorang warga Malaysia, anda pasti akan memiliki MyKad. MyKad (atau juga dikenali sebagai IC) adalah sebuah kad identiti yang wajib dimiliki oleh setiap warga Malaysia setelah berusia 12 tahun.

Tetapi tahukah anda bahawa sebelum wujudnya MyKad yang sekarang kita ketahui, kad ini telah mengalami beberapa evolusi? Berikut adalah 4 fakta menarik tentang kad pengenalan rasmi Malaysia yang anda mungkinp tak tahu!

Ini Adalah 4 Fakta Menarik Tentang MyKad Anda Mungkin Tak Tahu

Kad identiti pertama dikeluarkan pada September 1948 dan dikenali sebagai rice card

Pasti anda terkejut apabila mengetahui bahawa kad identiti sudah pun lama wujud sebelum 1957! Malah, kad identiti pertama dikeluarkan pada September 1948 dan dicetak atas sekeping kertas atau kadbod. Pada masa ini, kad tersebut digelar rice card.

Sebab ia digelar rice card adalah semasa zaman Darurat Tanah Melayu 1948, kad ini diperlukan sebagai bukti identiti untuk mendapatkan beras semasa catuan makanan.

Kerajaan Britain pada masa itu telah mewajibkan semua warganegara yang berumur 12 tahun ke atas memiliki kad pengenalan dan membawa kad itu ke mana sahaja setiap masa.

Catuan Makanan Tanah Melayu. Kredit: psywar

Lihat kad pengenalan Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman!

Kad pengenalan Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman. Kredit: tnqistina

Menurut sejarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kad identiti untuk Persekutuan Tanah Melayu dikeluarkan pada 2 Ogos 1960.

Kad pengenalan Persekutuan Tanah Melayu, 1961. Kredit: reddit

Sebelum cetakan digital dilaksanakan, IC hanya menggunakan ink dan cap ibu jari

Pada tahun 1960, IC tersebut mengalami perubahan. Ia dijadikan sebuah kad berlapis dan saiz kad ini bersamaan dengan saiz kad kredit dan mempunyai sekeping gambar hitam putih dan cap ibu jari.

Pada asalnya, kad tersebut hanya mempunyai cap ibu jari (sebelah kanan) namun kedua-dua cap jari kemudian dimasukkan pada lapisan plastik yang lebih tahan lama.

Kad pengenalan yang mempunyai kedua-dua cap ibu jari di IC. Kredit: Forum

IC gambar berwarna pertama dikeluarkan pada 1999

Sebelum 1998, semua warga Malaysia memiliki IC seperti berikut:

Kredit: JPN

Kad pengenalan ini dikenali sebagai Kad Pengenalan Bermutu Tinggi.

Beberapa tahun kemudian, IC Malaysia dikenali sebagai MyKad. Diperkenalkan oleh JPN pada 5 September 2001, MyKad adalah antara satu daripada 4 aplikasi utama MSC Malaysia dan juga sebagai pengganti Kad Pengenalan Bermutu Tinggi.

MyKad sebelum mempunyai gambar sekunder.
MyKad terkini mempunyai gambar sekunder.

Malaysia ialah negara PERTAMA memperkenalkan kad pengenalan pintar

Siapa sangka kad plastik ini yang sentiasa dalam dompet kita adalah salah satu benda yang bersejarah!

Ketika dilancarkan, Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang menggunakan kad pengenalan yang menggabungkan data pengenalan gambar dan data biometrik cap jari pada cip komputer terpasang yang tertanam dalam sekeping plastik.

Selain sebagai kad pengenalan, kad ini juga mempunyai fungsi lain sekiranya pemilik menginginkannya. Ia boleh berfungsi sebagai lesen memandu, kad ATM, e-Dompet, atau public key dan sebagainya, sebahagian daripada inisiatif Kad Serbaguna Kerajaan Malaysia (GMPC).

Jika diinginkan, MyKad boleh diguna sebagai kad ATM.

Empat lagi aplikasi kemudian ditambahkan sebelum atau semasa pelancaran MyKad iaitu,

  • e-tunai, iaitu sebuah sistem “dompet elektronik” yang ditujukan untuk urus niaga bernilai rendah dan tinggi (had maksimum adalah AS$ 500)
  • ATM
  • Touch ‘n Go
  • Sijil Digital, atau lebih dikenali sebagai Public Key Infrastructure (PKI)

Pada masa ini, kebanyakan fungsi masih tidak digunakan secara meluas kerana tidak dipromosikan secara meluas.

faith evans idk GIF by Entertainment Tonight
Kredit: Giphy

Apa lagi fakta menarik tentang MyKad yang belum disenaraikan? Komen dan jangan lupa kongsi artikel ini!

Lagi di sini:

Kedung BK 9 Julai 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bangkai Penyu Hijau Di Miri Ditemui Dengan Kesan Kecederaan Seperti ‘Disengajakan’
Next Article Ini Resepi Daging Masak Hitam Sarawak, Menu Istimewa Di Pagi Hari Raya

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Cerita Borneo

Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Fasih 5 Bahasa Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda Dari Sabah Ini Buat Netizen Terpegun

7 Ogos 2022
"Demam Kunafa", Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan
Cerita Borneo

‘Demam Kunafa’, Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?