I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini Resepi Daging Masak Hitam Sarawak, Menu Istimewa Di Pagi Hari Raya
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Resepi Daging Masak Hitam Sarawak, Menu Istimewa Di Pagi Hari Raya

Nur Afifah 10 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Kongsi

Hidangan istimewa yang pasti menyelerakan anda

Ini Resepi Daging Masak Hitam Ala Sarawak, Menu Istimewa Di Pagi Hari Raya. Juadah istimewa ini bukanlah sesuatu yang asing di Sarawak.

Kebiasaannya daging masak hitam ala Sarawak ini dihidangkan ketika majlis dan acara istimewa seperti ‘pengilan’ dan juga sebagainya. Juadah ini juga selalunya dihidangkan ketika sambutan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Ini Resepi Daging Masak Hitam Sarawak, Menu Istimewa Di Pagi Hari Raya
Ini Resepi Daging Masak Hitam Ala Sarawak, Menu Istimewa Di Pagi Hari Raya

Apa bezanya dengan daging masak kicap biasa?

Daging masak hitam ala Sarawak ini lebih kurang masakan kicap daging di semenanjung cuma dalam masakan ini ditambah kerisik, kismis hitam, gula apong dan lainnya.

Semestinya rasanya menjadi lebih unik dan istimewa sedikit apabila ditambah bahan-bahan ini.

RESEPI DAGING MASAK HITAM SARAWAK

Bahan-bahan perap:
– 500 gram daging – hiris
– 2 sudu besar kicap pekat karamel
– 3 sudu besar gula apong (boleh kurangkan)

Bahan-bahan kisar:
– 3 batang serai sedikit lengkuas
– 1 biji bawang besar
– 7 biji bawang merah
– 1 ulas bawang putih
– 15 tangkai lada kering
– 1/3 cawan [email protected] hitam

Bahan-bahan tumis:
– Rempah tumis 4 sekawan – banyak ikut suka
– 5 biji bawang merah – dimayang
– 1-2 sudu besar rempah kurma
– 2 sudu besar kerisik
– minyak masak secukupnya
– sedikit air asam jawa
– garam secukup rasa

Cara-Caranya

1.Gaul daging bersama kicap pekat dan gula apong secara merata hingga sebati. Perap seketika.
2. Panaskan minyak dan tumis rempah tumis 4 sekawan dan bawang yang dimayang. Bila bawang sudah agak garing (jangan sampai hangus) masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sebati.
3. Masukkan rempah kurma dan kacau lagi. Biarkan hingga pecah minyak dan naik bau.
4. Masukkan sedikit air asam dan kacau lagi.


5. Masukkan daging yang diperap tadi dan kacau sebati. Kalau daging sukar empuk tambahkan sedikit air, tutup kuali dan reneh dengan api kecil. Kacau sekali sekala supaya tidak hangus.
6. Masukkan kismis [email protected] prune yang telah dikisar ke dalamnya. Kacau lagi biar mesra.
7. Masukkan kerisik dan gaul sebati. Rasakan masinnya. Masak hingga kuah pekat dan daging benar-benar empuk

Anda boleh tonton juga video di bawah :

Jom baca resepi resepi lain yang menarik :

Nur Afifah 10 Julai 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah 4 Fakta Menarik Tentang MyKad Anda Mungkin Tak Tahu Ini Adalah 4 Fakta Menarik Tentang MyKad Anda Mungkin Tak Tahu
Next Article Ini Kisah Mengapa Umat Muslim Menyembelih Haiwan Pada Hari Raya Aidil Adha

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Pernah Dikenakan Sekatan, Kelab Bola Dari Borneo Ini Sudah 4 Bulan Tak Bayar Gaji Pemain

11 Ogos 2022
Pengantin Lun Bawang-Melayu Kongsi Momen Kahwin Campur Di Miri Ini Buat Netizen Terharu
Cerita Borneo

Pengantin Lun Bawang-Melayu Kongsi Momen Adat Berbeza Di Miri Ini Buat Netizen Terharu

11 Ogos 2022
Cerita Borneo

Laluan Fasa Pertama ART Sarawak Tular, Boleh Naik Dari Summermall Ke Waterfront

11 Ogos 2022
Seorang Penjawat Awam Dikehendaki Di Bintulu, Pihak Polis Kini Masih Mencari Lelaki Tersebut
Cerita Borneo

Seorang Penjawat Awam Dikehendaki Di Bintulu, Pihak Polis Kini Masih Mencari Lelaki Tersebut

10 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?