Ketahui jenis scam yang popular di Malaysia
Ini Adalah 7 Jenis Scam Anda Perlu Berhati-Hati Dan Apa Anda Harus Buat Jika Kena Scam. Malaysia tidak asing dengan scammer. Malah, beberapa scammer telah dilaporkan sejak kebelakangan ini.
Sebelum anda menjadi mangsa scammer secara tak sengaja, ketahui 7 jenis penipuan yang sering berlaku di Malaysia.

Pinjaman / peminjam wang haram
Jenis penipuan ini adalah dimana scammer menawarkan pinjaman kepada mangsa tetapi untuk mendapatkan pinjaman tersebut, mangsa dikehendaki untuk membayar pembayaran pendahuluan (contohnya, untuk yuran ‘memproses’).

Namun, setelah mendapat sebanyak mungkin pembayaran daripada anda, mereka akan hilang tanpa jejak.
Anda harus peka dengan tanda amaran penipuan pinjaman, iaitu:
- Pemberi pinjaman tidak peduli dengan sejarah kredit anda
- Pemberi pinjaman meminta anda membuat pembayaran pendahuluan
- Pemberi pinjaman meminta anda bertindak segera kerana tawaran masa yang terhad
Ingat, satu-satunya sumber yang anda dapat pinjaman adalah dari bank atau institusi kewangan atau pemberi pinjaman wang berlesen.
Catfishing
Jenis penipuan catfishing adalah apabila scammer menyamar sebagai seorang yang menarik menerusi media sosial (menggunakan fake account) untuk menggoda mangsa agar jatuh cinta dengan mereka dan mendapat kepercayaan mangsa. Mereka kemudian akan menggunakan kepercayaan itu untuk meminta mangsa menghantar wang kepada mereka jika mereka berada dalam ‘masalah’ tetapi hilang selepas itu.

Selain taktik itu, penipu mungkin menawarkan kepada mangsa sebuah perjanjian perniagaan yang menguntungkan yang memerlukan pelaburan awal yang besar.
Scammer sebegini akan berkomunikasi dengan mangsa mereka selama beberapa minggu atau bulan, sebelum tiba-tiba mengalami kecemasan yang memerlukan bantuan kewangan. Contohnya, mereka jatuh sakit, atau mereka mengalami kehilangan pekerjaan secara tiba-tiba.
Scammer juga akan mendakwa telah menghantar mangsa sebungkus barang berharga dari luar negara tetapi perlu memindahkan dana untuk melepaskan bungkusan itu setelah mendapat panggilan dari scammer lain (berpura-pura menjadi pegawai kastam).
Berikut adalah beberapa cara untuk melindungi diri anda daripada percubaan penipuan ini:
- Lakukan carian imej sesiapa sahaja yang anda temui dalam talian untuk menentukan sama ada mereka benar-benar siapa yang mereka katakan. Anda boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian seperti Google atau TinEye.
- Waspada dengan mereka yang mengaku tinggal di luar negara. Ini memudahkan penipu untuk menangguhkan pertemuan secara langsung.
- Berhati-hati dengan sesiapa yang ingin menjalin hubungan atau meminta maklumat peribadi anda sebaik sahaja berkomunikasi dengan anda.
- Jangan pindahkan wang kepada seseorang sehingga mereka mendapat kepercayaan sepenuhnya. Namun, anda perlu ingat juga seseorang yang benar-benar mencintai anda tidak akan memaksa anda untuk memberikan wang kepada mereka.
Penipuan KWSP
Sekiranya anda melihat siaran media sosial, teks SMS atau WhatsApp yang mengaku berasal dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), anda harus berjaga-jaga.
KWSP yang sebenar telah memberi amaran bahawa terdapat sindiket yang menawarkan pertolongan kepada pencarum untuk menarik simpanan KWSP mereka lebih awal, dengan bayaran. Sindiket ini mengiklankan perkhidmatan mereka di media sosial. Untuk mengeluarkan baki KWSP, mereka akan menyerahkan dokumen palsu.
Jangan terlibat dengan sindiket ini. Mereka mengenakan bayaran yang terlalu tinggi, dan anda juga mungkin menghadapi masalah undang-undang kerana memalsukan permohonan anda.
KWSP juga mengenal pasti pesanan SMS palsu yang dikirimkan kepada pencarum, yang mendakwa bahawa akaun KWSP mereka akan disekat dalam masa 24 jam, kecuali mereka menghubungi nombor yang diberikan. Walau bagaimanapun, mesej rasmi dari KWSP akan memaparkan kod pendek lima digit sebagai pengenalan pengirim (ID), dan tidak akan pernah dihantar dari nombor telefon peribadi.
Macau Scam
Penipuan sebegini terkenal di Malaysia. Ia biasanya terdapat dalam pelbagai jenis, di mana scammer meniru peranan yang berbeza. Yang paling popular adalah:
- Pegawai polis. Anda akan menerima panggilan daripada ‘pegawai polis’ yang mendakwa bahawa maklumat bank atau kad kredit anda terjejas, atau bahawa anda mempunyai waran tangkap.
- Pegawai Bank Negara / pegawai bank. Anda akan menerima panggilan dari ‘pegawai bank’ yang mendakwa bahawa maklumat bank atau kad kredit anda telah terjejas, atau bahawa pembelian besar baru-baru ini dilakukan menggunakan maklumat anda.
- Pegawai kastam Malaysia. Anda akan menerima panggilan dari ‘pegawai kastam’, atau panggilan pra-rakaman yang mengatakan bahawa anda mempunyai bungkusan yang telah ditahan oleh Kastam Malaysia. Untuk membebaskan bungkusan tersebut, anda perlu membayar yuran.
Beberapa penipu sangat cerdas sehingga mereka dapat menipu ID pemanggil mereka di mana mereka berpura-pura memanggil dari institusi yang sebenarnya tetapi sebenarnya mereka memanggil dari nombor lain.

Tetapi, anda harus tahu bahawa semua institusi kewangan dan semua institusi perbankan tidak akan meminta maklumat perbankan peribadi ketika menghubungi pelanggan, baik melalui panggilan telefon, SMS atau e-mel.
Sekiranya anda menerima panggilan dari scammer yang mendakwa diri pegawai polis, bank atau kastam Malaysia, segera hentikan panggilan tersebut.
Scratch & Win
Penipuan seperti ini adalah apabila mangsa didatangi oleh orang yang tidak dikenali dan diminta untuk menyertai pertandingan ‘gores dan menang’. Apabila mangsa menggores tiket, mangsa akan diberitahu bahawa mereka memenangi pertandingan tersebut. Hadiahnya sama ada perjalanan ke luar negara, kereta baru atau hadiah mewah yang lain. Bagaimanapun, mangsa akan diminta membayar terlebih dahulu untuk mendapatkan hadiah terbabit.

Well, kalau fikir logik, takkan pula anda nak bayar setelah diberitahu anda sudah menang kan? Anda tidak perlu membayar deposit atau apa-apa bayaran pendahuluan untuk menebusnya.
Pelaburan / permainan wang
Penipuan pelaburan adalah apabila seseorang dijanjikan pulangan pelaburan yang sangat tinggi. Sekiranya skim pelaburan terbabit terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, anda harus mempertimbangkan keputusan anda untuk melabur dalam skim tersebut.

Untuk pengetahuan anda, pelaburan tulen tidak akan menjanjikan pulangan yang dijamin kecuali jika memasukkan wang dalam simpanan tetap atau dalam insurance endowment policy). Malah, mereka juga tidak akan menjanjikan pulangan tinggi yang akan anda lihat dengan segara.
Untuk ketahui sama ada skim pelaburan itu adalah penipuan, waspada dengant tanda-tanda berikut:
- Ia menjamin pulangan
- Ia memberikan pulangan yang segara dan tidak realistik (iaitu di atas 10% setahun)
- Ia tidak mempunyai lesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, atau bukan pengendali pasaran berdaftar.
Penipuan keldai akaun
Penipuan ini adalah apabila orang-orang biasa yang tidak curiga tergoda dengan prospek ‘pekerjaan’ yang berjanji akan membayar dengan baik selama beberapa jam, semuanya dari keselesaan rumah mereka sendiri. Peranan ini sering kali mempunyai tajuk yang sah seperti ‘ejen pemprosesan wang’.

Mangsa hanya perlu memberikan maklumat akaun mereka dan wang akan masuk ke dalam akaun mereka. Mereka kemudian perlu mengikuti arahan untuk menghantar wang ini ke akaun keldai lain dan mereka akan dapat pemotongan jumlah dari jumlah wang tersebut.
Tapi untuk pengetahuan anda, jenis penipuan ini adalah untuk mencuci wang atau menjalankan penipuan e-dagang. Sekiranya anda tertangkap, anda mungkin akan didakwa kerana bersubahat dengan jenayah.

Jangan sesekali berkongsi butiran akaun bank anda dengan orang lain kecuali dengan orang yang dapat dipercayai.
Sekiranya anda mengesyaki akaun anda telah digunakan dalam kegiatan penipuan, anda boleh menggunakan platform SemakMule (dilancarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial) untuk memeriksa sama ada ada laporan yang dibuat terhadap akaun ini. Platform ini juga berguna untuk memeriksa sama ada penjual dalam talian menggunakan akaun ‘palsu’.
“Alamak, saya kena scam…”
Jika anda baru sahaja ditipu (terutamanya mangsa kepada penipuan Macau) dan sedar bahawa anda tidak boleh masuk ke perbankan dalam talian anda, segera tukar kata laluan akaun online bank anda.

- Setelah anda tukar kata laluan anda, transfer semua wang anda ke dalam akaun lain yang bukan di bawah nama anda (untuk ini, anda perlu minta bantuan daripada ahli keluarga atau rakan yang dipercayai)
- Hubungi bank atau syarikat kad kredit yang digunakan untuk membuat transaksi
- Anda juga perlu membuat laporan polis
- Jika relevan, laporan kedua kepada Bank Negara Malaysia
Bank Negara menasihati mangsa untuk menyimpan semua rekod urus niaga kewangan yang telah dilakukan, serta butiran orang yang anda sedang atau telah berurusan dengan. Maklumat ini boleh berguna jika anda ingin mengambil tindakan terhadap syarikat, atau untuk membantu siasatan polis.