I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Lelaki Ini Rungkai Makna Indah Di Sebalik Bangunan Hospital Sri Aman II Yang Persis Karakter Cina
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Ini Rungkai Makna Indah Di Sebalik Bangunan Hospital Sri Aman II Yang Persis Karakter Cina

Oleh Nur Afifah 19 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Hospital Sri Aman II sudah siap sepenuhnya

Lelaki Ini Rungkai Makna Indah Di Sebalik Bangunan Hospital Sri Aman II Yang Persis Karakter Cina. Penantian selama 6 tahun 7 bulan oleh 100,000 lebih penduduk di bahagian Sri Aman untuk menikmati kemudahan kesihatan yang lebih baik akhirnya tercapai apabila Hospital Sri Aman II kini sudah siap sepenuhnya.

Hospital ini akan dijangka beroperasi pada Ogos 2022 dan dijangka akan memanfaatkan seramai 106,500 penduduk di sekitar bahagian Sri Aman.

Lelaki Ini Rungkai Makna Indah Di Sebalik Bangunan Hospital Sri Aman II Yang Persis Karakter Cina
Lelaki Ini Rungkai Makna Indah Di Sebalik Bangunan Hospital Sri Aman II Yang Persis Karakter Cina

Hospital Sri Aman II persis karakter Cina?

Namun demikian, terdapat satu hantaran di laman Facebook yang menarik perhatian orang ramai tentang seni bina bangunan baharu di Hospital Sri Aman II ini. Akmal Azemi, di laman Facebook memberikan pendapat bahawa bangunan baharu hospital ini saling tidak tumpah seperti sebuah karakter Cina jika dilihat dari atas.

Lelaki Ini Rungkai Makna Indah Di Sebalik Bangunan Hospital Sri Aman II Yang Persis Karakter Cina
Sumber: FB Akmal Azemi

Menurut Akmal, bangunan ini memiliki seni bina yang seakan-akan karakter Cina iaitu 茉 (mò).

Lelaki Ini Rungkai Makna Indah Di Sebalik Bangunan Hospital Sri Aman II Yang Persis Karakter Cina
Sumber: FB Akmal Azemi

Makna indah di sebalik karakter mò

Rungkai lelaki ini lagi, mò membawa maksud bunga melur ataupun bunga melati, sekiranya diterjemahkan dalam Bahasa Melayu, ia membawa maksud yang sangat indah dan mendalam.

Rupanya, dalam Bahasa Cina, mò ini membawa maksud kesuburan, kesejahteraan serta kemakmuran.

Bunga melur ini merupakan sejenis bunga yang popular dalam kalangan masyarakat di rantau Timur, Asia, Timur Tengah dan Eropah. Tambahnya lagi, perkataan ‘Jasmin’ yang merupakan satu lagi nama untuk bunga melur, sebenarnya berasal dari perkataan Parsi, ‘Yasmine’ yang membawa makna ‘hadiah dari Tuhan’.

Lelaki Ini Rungkai Makna Indah Di Sebalik Bangunan Hospital Sri Aman II Yang Persis Karakter Cina
Sumber: FB Akmal Azemi

Oleh kerana bunga ini memiliki bau yang sangat harum dan memiliki rupa bentuk yang manis, bunga ini juga sering dijadikan hadiah simbolik sebagai lambang rasa cinta, romantis dan keinginan sensual.

Makna yang sesuai sebagai simbolik hospital ibu dan anak Simanggang

Walau bagaimanapun, karakter mò yang kelihatan seperti bangunan Hospital Sri Aman II ini juga boleh dikaitkan dengan 茉莉花 (Mòlìhuā), yang membawa maksud tersembunyi di sebalik bunga melur. Menurut masyarakat Cina, bunga melur ini melambangkan keabadian cinta, dan kecantikan.

Kelopaknya yang berwarna putih pula melambangkan kesucian.

Lelaki Ini Rungkai Makna Indah Di Sebalik Bangunan Hospital Sri Aman II Yang Persis Karakter Cina
Kredit Foto: PPNS Zon Sri Aman

Di akhir hantarannya, Akmal berpendapat bahawa penampilan bunga melur ini yang putih mulus dan enak dipandang ini begitu bersesuaian dengan peranan hospital ini yang akan menjadi sebuah hospital ibu dan anak dalam daerah Simanggang dan daerah sekitarnya.

Penyerahan Hospital Sri Aman daripada JKR kepada KKM

Untuk makluman anda, hospital ini telah diserahkan secara rasmi pada 15 Julai 2022 oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Lelaki Ini Rungkai Makna Indah Di Sebalik Bangunan Hospital Sri Aman II Yang Persis Karakter Cina
Majlis Penyerahan Hospital Sri Aman II daripada pihak JKR kepada Pihak KKM. Kredit foto: PPNS Zon Sri Aman

Projek Hospital Sri Aman II itu telah didirikan dengan nilai kontrak sebanyak RM 182.2 juta dan siap dalam tempoh 1,221 hari dengan lapan kali lanjutan tempoh masa (EOT).

Hospital ini juga mampu menempatkan sekitar 108 buah katil, 14 unit hemodialisis, klinik pakar dan beberapa komponen utama lain.

Lelaki Ini Rungkai Makna Indah Di Sebalik Bangunan Hospital Sri Aman II Yang Persis Karakter Cina
Antara kemudahan kesihatan yang disediakan. Kredit Foto: PPNS Zon Sri Aman

Dengan adanya fasiliti dan perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh pihak Hospital Sri Aman II ini diharapkan dapat membantu penduduk di sekitar Sri Aman mendapatkan kemudahan kesihatan yang lebih baik.

Malangnya, ini pula situasi yang berlaku di hospital Sabah:

SUMBER : Facebook Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak - PPNS Zon Sri Aman, FB Akmal Azemi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Kagum Dengan Nyanyian Padu Bob Yunus Lagu ‘Tak Ingin Usai’ Di TikTok
Next Article Ini Adalah 7 Jenis Scam Anda Perlu Berhati-Hati Dan Apa Anda Harus Buat Jika Kena Scam Ini Adalah 7 Jenis Scam Anda Perlu Berhati-Hati Dan Apa Anda Harus Buat Jika Kena Scam

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?