• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Adalah Antara Selebriti Terkenal Di Dunia Menderma Untuk Memerangi Covid 19

Oleh
ILB - AI
21 Mac 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Ini Adalah Antara Selebriti Terkenal Di Dunia Menderma Untuk Memerangi Covid 19

Bukan femes sekadar bakat!

Ini Adalah Antara Selebriti Terkenal Di Dunia Menderma Untuk Memerangi Covid 19. Menjelang berita jutawan-jutawan dunia menderma untuk memerangi Covid 19, selebriti-selebriti dunia pun telah melangkah masuk untuk membantu.

Ini Adalah Antara Selebriti Terkenal Di Dunia Menderma Untuk Memerangi Covid 19. Kredit: Giphy

Ryan Reynolds dan Blake Lively

Pelakon Deadpool dan isterinya yang juga seorang pelakon, Blake Lively, mendermakan $1 juta untuk dipisahkan antara organisasi Feeding America dan Bank Makanan Kanada untuk membantu memberi makanan kepada mereka yang memerlukan semasa pandemik Covid-19.

Ini Adalah Antara Selebriti Terkenal Di Dunia Menderma Untuk Memerangi Covid 19
Kredit: Elle

Lady Gaga

Penyanyi terkenal ini telah mengumumkan melalui kosmetik line beliau, Haus Labs, bahawa mereka akan menyumbangkan 20% daripada jualan mereka ke bank makanan tempatan di Los Angeles dan New York bagi membantu mereka yang terjejas oleh Covid-19.

Ini Adalah Antara Selebriti Terkenal Di Dunia Menderma Untuk Memerangi Covid 19
Kredit: Cosmopolitan

Justin Bieber

Penyayi kontroversial pada suatu ketika dahulu ini telah mendedahkan melalui Instagram pada bulan Februari bahawa beliau akan menderma sebanyak $29,000 kepada Yayasan Amal Beijing Chunmio, iaitu sebuah charity kanak-kanak di China, untuk membantu memerangi Covid-19 di negara tersebut.

https://www.instagram.com/p/B8hMpJdH5fT/?utm_source=ig_embed

Lee Min-Ho

Pelakon Korea ini dikatakan menderma sebanyak 300 juta won Korea (dalam $230,000+) kepada lapan organisasi yang berlainan. Wang itu akan disumbangkan kepada kanak-kanak dalam keluarga berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan perubatan dan pencegahan.

Ini Adalah Antara Selebriti Terkenal Di Dunia Menderma Untuk Memerangi Covid 19
Ini Adalah Antara Selebriti Terkenal Di Dunia Menderma Untuk Memerangi Covid 19. Kredit : All Kpop

EXO

Dua ahli daripada kumpulan ini telah dilaporkan menyertai dalam pejuangan ini, dengan Suho dilaporkan menyumbang sebanyak 50 juta won Korea (sebanyak $39,000+) kepada Community Chest of Korea manakala Kai menderma jumlah yang sama kepada Hope Bridge Disaster Relief Association.

Ini Adalah Antara Selebriti Terkenal Di Dunia Menderma Untuk Memerangi Covid 19
Kredit: Twitter

BTS

Salah seorang ahli BTS, Suga, dikatakan menderma sebanyak $82,000 kepada Hope Bridge Korea Disaster Relief Association untuk membantu bandar halamannya di Daegu.

Ini Adalah Antara Selebriti Terkenal Di Dunia Menderma Untuk Memerangi Covid 19
Kredit: Channels V-Live

SM Entertainment

Agensi bakat yang antara terbesar di Korea Selatan ini telah memberi sokongan kewangan dengan mendermakan sebanyak $400,000+ kepada Hope Bridge Korea Disaster Relief Association untuk membantu kakitangan perubatan dan menyediakan bekalan perubatan. Manakala artis-artis yang mewakili agensi itu seperti Red Velvet, Super Junior dan Chanyeol dari EXO telah memberi sumbangan kepada bantuan pilihan mereka.

Kredit: SM Entertainment

Seorang demi seorang selebriti dunia bergabung bersama untuk melawan virus

Kami percaya banyak lagi artis-artis menderma dalam diam dan tidak dihebohkan. Walaupun nilai yang didermakan tidak sebesar derma-derma jutawan yang dilaporkan, namun usaha sudah dibuat untuk membantu. Terima kasih atas usaha-usaha ini!

Kredit: Giphy
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article CM : Pakej Bantuan Ekonomi Sarawak Akan Diumumkan Pada 23 Mac 2020
Next Article 125 Lagi Kes Baru COVID19 Dilaporkan Di Malaysia, Kekal Tertinggi Di Asia Tenggara TERKINI : 153 Kes Positif COVID19 Hari Ini, 37 Di ICU, 4 Kematian Setakat Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?