I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini Adalah Barang Yang Perlu Ada Di Dalam Beg Anda
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Adalah Barang Yang Perlu Ada Di Dalam Beg Anda

Oleh Nazihah AN 25 Mac 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Nak pergi kelas, ke tempat kerja atau berjalan-jalan mesti bawa beg tangan, kan?

Ini Adalah Barang Yang Perlu Ada Di Dalam Beg Anda. Beg tangan merupakan ‘teman setia’ wanita di mana saja dia berada. Memang jarang kita melihat wanita berjalan-jalan tanpa membawa beg tangannya, tak kira dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Ini Adalah Barang Yang Perlu Ada Di Dalam Beg Anda
Ini Adalah Barang Yang Perlu Ada Di Dalam Beg Anda

Namun, pernahkah anda terfikir apa lagi yang harus ada dalam beg tangan selain gincu, wang tunai, kunci pintu dan tisu?

Ini adalah senarai barang-barang yang patut anda letak di dalam beg tangan. Di sini, mungkin ada di antara yang dapat menyelamatkan anda dalam situasi kecemasan.

Ini Adalah Barang Yang Perlu Ada Di Dalam Beg Anda

1. Powerbank

Ada baiknya anda membawa pengecas mudah alih atau lebih dikenali sebagai powerbank di mana sahaja anda berada dan pada bila-bila masa. Item ini adalah penyelamat anda untuk mengecas telefon pintar anda ketika bateri telefon lemah, jadi anda tidak perlu lagi mencari soket!

Ini Adalah Barang Yang Perlu Ada Di Dalam Beg Anda

2. Ubat peribadi

Sesetengah orang mempunyai alergi sendiri seperti seseorang menghidap athma hendaklah sentiasa sediakan inhaler di dalam beg tangan anda. Untuk mengelakkan perkara yang tidak dijangka berlaku, seeloknya bawalah ubat peribadi anda di mana-mana sahaja.

3. Mini pouch

Mini pouch ini tidak lagi asing bagi wanita di luar sana. Beg berzip bersaiz kecil ini mampu menyimpan barang kepentingan anda sendiri seperti barang mekap, tuala wanita, wangian roll-on etc.

Ini Adalah Barang Yang Perlu Ada Di Dalam Beg Anda

4. Hand sanitizer / Face mask

Pada norma baru ini, hand sanitizer dan face mask lebih merupakan item yang wajib anda bawa di mana-mana untuk mendisiplinkan diri demi keselamatan dan kesihatan kita semua. Gunakannya setiap kali sebelum dan selepas memegang fasiliti awam dan juga selepas keluar dari tandas.

5. Pemegang kad (Card holder)

Waktunya kita jadi generasi cashless! Ramai yang menggunakan transaksi tanpa tunai di mana-mana tempat yang menerima ‘paywave‘ atau bayar menggunakan aplikasi dalam telefon bimbit. Meletakkan kad dalam beg duit mungkin agak melecehkan bagi sesetengah orang. Oleh itu, menyediakan pemegang kad ini amat memudahkan individu untuk melakukan transaksi, menggunakan kenderaan awam menggunakan kad etc.

Ini Adalah Barang Yang Perlu Ada Di Dalam Beg Anda

6. Pita pembalut

Bukan sahaja bertujuan untuk membalut luka, ia juga dapat membantu tumit anda tidak terluka atau melecet ketika memakai kasut tumit tinggi dan flat shoes dalam jangka masa yang lama.

7. Pin keselamatan (Safety pin)

Tidak ada yang dapat meramalkan apa yang bakal berlaku dalam satu hari. Kadang-kadang baju yang elok dipakai sebelum ke tempat kerja boleh koyak dengan tidak sengaja. Kita ada jalan penyelesaiannya! Sematkan pin keselamatan yang bersaiz kecil di antara bahagian baju yang koyak. Mungkin juga anda boleh menyematkan pin itu pada seluar anda yang tertanggal kancingnya. Anda juga boleh bawa jarum peniti untuk pin kan tudung anda.

Ini Adalah Barang Yang Perlu Ada Di Dalam Beg Anda

8. Kertas Serap Minyak (Oil blotting paper)

Jangan sesekali mengesat minyak di muka dengan tisu! Tahukah anda? Mengesat minyak di muka menggunakan tisu sebenarnya ia tidak dapat menyerap lebihan minyak di wajah malah menyebarkan kuman ke seluruh muka anda. Hanya tekap kertas serap minyak ke bahagian wajah anda yang berminyak, ia pasti berkesan tanpa merosakkan solekan wajah anda! Anda boleh beli kertas serap minyak (oil blotting paper) di Watson, Guardian dan mana-mana farmasi berdekatan anda.

Ini Adalah Barang Yang Perlu Ada Di Dalam Beg Anda
Ini Adalah Barang Yang Perlu Ada Di Dalam Beg Anda

9. Pepper spray/ Alarm

Penyembur serbuk lada (pepper spray) dan alarm adalah antara peralatan yang sering digunakan wanita untuk tujuan keselamatan. Kalau anda selalu berjalan seorang diri tidak kira ke mana, baik lelaki mahupun perempuan, wajib ada pepper spray atau alarm!

10. Pendrive

Khas untuk individu yang berkerjaya, anda perlu sentiasa membawa pendrive di tempat kerja agar memudahkan untuk diguna bila perlu. Atau anda boleh gantungkan pada rantai kunci kereta atau kunci rumah bagi memudahkan untuk menyimpan fail-fail yang penting atau berkongsi fail dokumen kerja yang ada.

Baca lagi disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 Lokasi Pelancongan Semulajadi Di Kuching Dan Serian Ditutup Sementara
Next Article 105 Diuji Positif COVID-19 Dari Kluster Yang Berkaitan Dengan Kompleks Membeli-Belah Di Miri 105 Diuji Positif COVID-19 Dari Kluster Yang Berkaitan Dengan Kompleks Membeli-Belah Di Miri

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?