• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

2 Lokasi Pelancongan Semulajadi Di Kuching Dan Serian Ditutup Sementara

Oleh
Ismail NA
25 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Destinasi pelancongan sememangnya tidak jemu dikunjungi.

2 Lokasi Pelancongan Semulajadi Di Kuching Dan Serian Ditutup Sementara. Destinasi pelancongan semulajadi boleh dikatakan sebagai destinasi malar segar dan tidak jemu untuk dikunjungi. Bukan itu sahaja, destinasi ini seperti ini juga menjanjikan ketenangan minda untuk mereka yang berada di kawasan bandar yang bingit dan hingar-bingar.

Isi Isi Penting
  • Destinasi pelancongan sememangnya tidak jemu dikunjungi.
  • 1. Pulau Lakei, Bako
  • 2. Taman Rekreasi Ranchan, Serian
  • Tetapi, jika ingin mencari alternatif lain untuk mengunjungi kawasan pelancongan semulajadi, baca juga artikel berikut;

Namun, sayangnya, dua destinasi pelancongan semulajadi ini pula dilaporkan ditutup buat sementara waktu.

1. Pulau Lakei, Bako

Pulau Lakei yang pernah kami gelar sebagai hidden gem di Kuching kini dilaporkan ditutup sementara untuk kunjungan orang awam dengan serta merta kelmarin.

Walaupun tidak dapat dipastikan selama mana pulau ini akan ditutup, namun ia hanyalah bersifat sementara. Dalam pada masa yang sama, melalui tinjauan kami di laman Facebook, penutupan Pulau Lakei ini berkemungkinan disebabkan oleh tanah runtuh yang berlaku di pulau tersebut.

NOTICE! 📢📢📢Kindly be informed that due to unforeseen circumstances, Pulau Lakei at Bako National Park is closed with…

Posted by Sarawak Forestry Corporation on Tuesday, March 23, 2021

2 Lokasi Pelancongan Semulajadi Di Kuching Dan Serian Ditutup Sementara
2 Lokasi Pelancongan Semulajadi Di Kuching Dan Serian Ditutup Sementara
Sumber : FB Sahdad Omar

Pulau Lakei merupakan sebuah pulau tersembunyi di kawasan laut Bako. Anda boleh mengakses pulau ini dengan menaiki bot dari Jeti Bako yang terletak dalam lingkungan 30 minit perjalanan dari Bandaraya Kuching.

2 Lokasi Pelancongan Semulajadi Di Kuching Dan Serian Ditutup Sementara
Kredit : Kuching City Escape Tour

2. Taman Rekreasi Ranchan, Serian

Taman rekreasi yang terkenal dengan tingkat air terjunnya iaitu Taman Rekreasi Ranchan pula ditutup mulai 25 Mac 2021 (Khamis). Perkara ini diumumkan menerusi satu notis daripada Majlis Daerah Serian.

Ranchan ini akan ditutup sehingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak memandangkan kawasan ini akan dijadikan sebagai Pusat Kuarantin (QC) Bahagian Serian.

Untuk pengetahuan anda, kemudahan di Taman Rekreasi Ranchan ini telah dinaiktaraf sekitar tahun 2018. Ini termasuklah kawasan chalet, pondok menunggu, check point malah tempat memanggang. Kalau bukan musim hujan, taman ini semestinya menjadi pilihan penduduk tempatan untuk beriadah bersama keluarga sambil menikmati air terjun yang jernih.

2 Lokasi Pelancongan Semulajadi Di Kuching Dan Serian Ditutup Sementara
2 Lokasi Pelancongan Semulajadi Di Kuching Dan Serian Ditutup Sementara

Sesiapa yang ada pelan untuk mengunjungi kawasan pelancongan semulajadi ini pada hujung minggu ini, nampaknya anda terpaksa menangguhkan rancangan anda buat seketika.

Tetapi, jika ingin mencari alternatif lain untuk mengunjungi kawasan pelancongan semulajadi, baca juga artikel berikut;

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: SPA, Pusat Karaoke Dibenarkan Beroperasi Di Sarawak Bermula 27 Mac 2021
Next Article Ini Adalah Barang Yang Perlu Ada Di Dalam Beg Anda

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?