I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini Adalah Beberapa Kisah Untuk Ingatkan Anda Bahawa SPM Hanyalah Permulaan
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Adalah Beberapa Kisah Untuk Ingatkan Anda Bahawa SPM Hanyalah Permulaan

Last updated: 10/06/21 6:37 PM
Kedung BK
Kongsi
7 Min Bacaan
Ini Adalah Beberapa Kisah Untuk Ingatkan Anda Bahawa SPM Hanyalah Permulaan
Kongsi

Syabas kepada calon-calon SPM 2020 yang telah menerima keputusan peperiksaan mereka hari ini!

Ini Adalah Beberapa Kisah Untuk Ingatkan Anda Bahawa SPM Hanyalah Permulaan. Hari ini, calon-calon SPM 2020 telah mendapat keputusan peperiksaan SPM dan menurut laporan, pencapaian SPM ini merupakan yang terbaik dalam tempoh 5 tahun! Not bad, memandangkan mereka menghabiskan hampir setahun untuk belajar di rumah ketika pandemik Covid-19 berlaku pada awal tahun lalu.

Bagi mereka yang telah mencapai keputusan cemerlang, syabas! Bagi mereka yang merasa bahawa mereka mencapai keputusan yang tidak memuaskan, jangan sedih. Betul, peperiksaan SPM memang merupakan peperiksaan yang penting, dan selalu dikatakan bahawa peperiksaan itu ‘menentukan masa depan anda’. Tetapi kenyataan itu hanya separuh benar. Pasti anda tahu bahawa ada orang yang gagal sepenuhnya dalam SPM tetapi telah berjaya mencipta kejayaan sendiri.

Berikut adalah beberapa kisah yang dikongsi oleh netizen dalam Twitter mengenai pengalaman hidup mereka beberapa tahun setelah mendapatkan keputusan SPM masing-masing!

Ini Adalah Beberapa Kisah Untuk Ingatkan Anda Bahawa SPM Hanyalah Permulaan

“Tidak berjaya dalam peperiksaan” tidak bermaksud “game over dalam hidup”

Seorang pengguna Twitter, @lumrahl, memuat naik sebuah status untuk menjemput netizen untuk berkongsi kisah mereka tentang bagaimana gagal dalam SPM tidak menentukan bahawa hidup seseorang sudah berakhir – dan jawapan netizen pasti memberi inspirasi!

With SPM results out today, can we share some stories of how "not doing so well" in exams is not "game over" in life?

— LumrahLanyard (@LumrahL) June 10, 2021

Antara respon yang menonjol adalah berikut:

Got a C in Chemistry for SPM in 2000. Barely managed to squeak in 2nd intake for B.Eng program at local uni. Now in engineering academia, PhD from Imperial, MSc. from Sheffield, former Director at MOHE Putrajaya, board member at GLC's. Alhmdlh 'ala kulli haal.

— Dr Zaid Omar (@zaidomar18) June 10, 2021

“Dapat keputusan ‘C’ dalam Kimia untuk SPM 2000. Hampir tidak berjaya dalam pengambilan ke-2 untuk program B.Eng di uni tempatan. Kini di akademik kejuruteraan, PhD dari Imperial, MSc. dari Sheffield, bekas Pengarah di MOHE Putrajaya, ahli lembaga pengarah di GLC.”

got F9 in Biology and yet still managed to become a radiographer specializing in Interventional Radiography for five years. Came in second last in my class for SPM'98 and after Radiography I am now a manager in a logistics company

— GoonerJag (@GoonerJag) June 10, 2021

“Dapat F9 (G) dalam Biologi tapi masih berjaya menjadi radiografi yang pakar dalam Radiografi Intervensi selama lima tahun. Menduduki tempat kedua terakhir dalam kelas saya untuk SPM’98 dan selepas Radiografi, saya kini menjadi pengurus di syarikat logistik.”

My 3 classmates who failed SPM are the most successful in our batch. One is the most in demand advertising director in Asia, one is the biggest UPS seller in Malaysia and the 3rd fella is the biggest cooling tower builder in Malaysia

— Bobby KH Ong (@bobbyongkh) June 10, 2021

“3 rakan sekelas saya yang gagal dalam SPM paling berjaya dalam batch kami. Salah seorang ialah pengarah pengiklanan yang paling dicari dan dimahui di Asia, seorang ialah penjual UPS terbesar di Malaysia dan seorang lagi merupakan pembangun menara penyejuk terbesar di Malaysia.”

UPSR math dapat C, and I got anxiety with math during my secondary school. lepas tu Physics dengan EST masa SPM dah ke laut. I'm now a physics teacher. It is not game over, it is just the beginning for the whole new chapter #SPM2020result

— Walid Hafizul (@WalidHafizul) June 10, 2021

“UPSR dapat keputusan ‘C’ untuk subjek Matematik, dan saya merasa bimbang dengan Matematik semasa sekolah menengah saya. Selepas itu, Fizik dan EST saya semasa SPM dah ke laut. Saya sekarang menjadi guru Fizik. Ini bukan game over, ini hanya permulaan untuk bab baru.”

both my parents failed spm, retook it, got quite ok grades, got into uitm, met there, kahwin, managed to secure scolarship to continue overseas, sambung masters, buat phd, now my dad is a professor and my mom is an associate professor with an Ir. everyone's path is different kids https://t.co/dlg4xnYgNE

— ً (@husnanadirah) June 10, 2021

“Kedua-dua ibu bapa saya gagal SPM, ambil semula, dapat keputusan ok, masuk UiTM, jumpa di sana, kahwin, berjaya mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, sambung Master, buat PhD, sekarang bapa saya seorang profesor dan ibu saya seorang profesor madya dengan lr. Perjalanan kehidupan setiap orang berbeza.”

Anda menentukan masa depan anda

Seorang pengguna pula meninggalkan komen sebagai nasihat untuk calon-calon yang telah menerima keputusan mereka untuk mengingatkan mereka bahawa mereka adalah penentu masa depan masing-msing.

Selalu cakap dkt anak muda, result SPM umpama kunci rumah. Ada yang terus dapat rumah besar, ada yang dapat rumah kecil saja. Tapi apa yang penting adalah macam mana kita nak hias dalam rumah tu. Rumah setinggan dalam condo, rumah banglo tapi kosong. Either one, kamu yg aturkan.

— HeyKamarul (@HeyKamarul) June 10, 2021

Ya, memperoleh keputusan yang baik mungkin dapat menolong anda dari segi melanjutkan pelajaran tetapi tidak mencapai keputusan yang baik tidak bermakna hidup anda sudah berakhir!

Usia 18 tahun masih muda dan anda mempunyai banyak masa di hadapan anda untuk menentukan apa yang anda mahu lakukan dalam hidup. Hanya kerana anda fikir anda tidak mencapai apa yang anda mahukan untuk SPM anda, tidak bermakna anda dianggap sebagai kegagalan selama-lamanya. Seperti peribahasa barat mengatakan, “Rome was not built in a day.”

Kegagalan hanya bahagian untuk mencapai kejayaan.

Bagi bekas calon SPM 2020 yang membaca artikel ini, semoga kisah-kisah ini memberi inspirasi kepada anda bahawa anda boleh menjadi apa sahaja yang anda mahukan dan jangan biarkan sehelai kertas menentukan kejayaan anda dalam hidup! Yang penting, jangan putus asa dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan kejayaan dengan cara masing-masing.

Adakah anda mempunyai kisah mengenai keputusan SPM anda yang kurang memuaskan dan bagaimana ia tidak menghalangkan anda untuk mencapai kejayaan? Komen di bawah dan jangan lupa berkongsi artikel ini!

Lagi di sini:

Kedung BK 10 Jun 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menteri Dan Pembantu Menteri Di Sabah Potong 50% Gaji Selama 2 Bulan, Bantu Biaya Pengurusan Pandemik COVID-19
Next Article Sabah Dan Sarawak Catat Kluster Perayaan Tertinggi Di Malaysia

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Penemuan Baharu, Satu Lagi Serpihan Roket China Ditemui Di Miri

9 Ogos 2022
Cerita Borneo

Ini Sebab Mengapa Pesilat Non-Muslim Sabah Ini Mahu Bertudung Semasa Bersilat

8 Ogos 2022
Bakal Menjadi Sky Bar Pertama Di Kuching, Hotel Impiana Yang Terbengkalai Kini Diubah Suai
Cerita Borneo

Bakal Menjadi Sky Bar Pertama Di Kuching, Hotel Impiana Yang Terbengkalai Kini Diubah Suai

8 Ogos 2022
Cerita Borneo

Ketahui 5 Makam Yang Terkenal Di Sarawak Dan Kisah Disebalik Mereka

8 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?