• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Sabah Dan Sarawak Catat Kluster Perayaan Tertinggi Di Malaysia

Oleh
Husna Hazmi
11 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Peningkatan kes dan kematian yang dilaporkan bagi kluster perayaan ini dianggap serius dan membimbangkan.

Sabah Dan Sarawak Catat Kluster Perayaan Tertinggi Di Malaysia. Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Datuk Noor Hisham Abdulah di akaun Facebooknya, dalam tempoh 13 Mei – 10 Jun 2021, sebanyak 60 kluster perayaan yang berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri (58 kluster) dan Hari Gawai (2 kluster) telah dilaporkan ke CPRC Kebangsaan.

Isi Isi Penting
  • Peningkatan kes dan kematian yang dilaporkan bagi kluster perayaan ini dianggap serius dan membimbangkan.
  • Kadar positif adalah sebanyak 27.0 peratus
  • Jika kita terus leka,tidak mustahil peningkatan kes secara mendadak berterusan dan berulang lagi
  • Duduk di rumah jika tiada keperluan mendesak di luar
Sabah Dan Sarawak Catat Kluster Perayaan Tertinggi Di Malaysia
Sabah Dan Sarawak Catat Kluster Perayaan Tertinggi Di Malaysia

Kadar positif adalah sebanyak 27.0 peratus

Sebanyak 13,023 individu telah disaring dalam kluster ini, di mana terdapat 3,511 kes COVID-19 telah dikenalpasti seterusnya menjadikan kadar positif adalah sebanyak 27.0 peratus. Daripada jumlah 3,511 kes tersebut, 20 kematian telah dilaporkan. Sehingga kini 11 kes masih dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Negeri-negeri yang mencatatkan bilangan kluster perayaan yang tertinggi adalah Sabah dengan 11 kluster (18.3 peratus) manakala Sarawak dengan lapan (kluster (13.3 peratus).

Situasi peningkatan kes dan kematian yang dilaporkan bagi kluster perayaan ini dianggap serius dan membimbangkan. Apa yang lebih merisaukan adalah perkara ini berlaku dalam tempoh masa yang amat singkat dan perayaan-perayaan ini pula berlaku dalam tempoh PKP. Hal ini melambangkan betapa acuh tidak acuhnya sikap masyarakat dalam mengekang penyebaran COVID-19.

Sabah Dan Sarawak Catat Kluster Perayaan Tertinggi Di Malaysia

Jika kita terus leka,tidak mustahil peningkatan kes secara mendadak berterusan dan berulang lagi

Sekiranya kita terus leka dan tidak mengambil iktibar serta pengajaran dari aktiviti kunjung-mengunjung dan rentas negeri semasa musim perayaan baru-baru ini, tidak mustahil peningkatan kes secara mendadak berterusan dan berulang lagi di negara kita terutamanya apabila nanti terdapat perayaan lain pula yang perlu disambut.

Usaha mengekang penularan COVID-19 ini merupakan tanggungjawab semua pihak terutamanya untuk melindungi warga emas dengan tidak mendedahkan mereka dengan jangkitan virus SARS-CoV-2 ini.

Sabah Dan Sarawak Catat Kluster Perayaan Tertinggi Di Malaysia

Duduk di rumah jika tiada keperluan mendesak di luar

Kita wajar mencontohi negara-negara jiran yang telah berjaya mengawal situasi pandemik COVID-19 dengan baik di negara mereka. Mereka telah membuktikan bahawa dengan kerjasama antara semua pihak dan kepatuhan yang tinggi kepada prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan, fungsi kehidupan kepada normal mampu menjadi kenyataan.

Oleh itu, rakyat Malaysia digesa untuk kekal duduk di rumah jika tiada keperluan mendesak di luar. Daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19 bagi membentuk imuniti kelompok (herd immunity) dan seterusnya wujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk semua lapisan masyarakat.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah Beberapa Kisah Untuk Ingatkan Anda Bahawa SPM Hanyalah Permulaan Ini Adalah Beberapa Kisah Untuk Ingatkan Anda Bahawa SPM Hanyalah Permulaan
Next Article Ini Adalah Cara Untuk Bayar Pinjaman PTPTN Melalui Aplikasi Shopee Ini Adalah Cara Untuk Bayar Pinjaman PTPTN Melalui Aplikasi Shopee

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?