• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Adalah Panduan Pendaftaran Akaun Sarawak Pay Untuk Peniaga

Oleh
ILB - AI
13 April 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Anda sudah daftar ke belum? Pendaftaran adalah percuma!

Ini Adalah Panduan Pendaftaran Akaun Sarawak Pay Untuk Peniaga. Baru baru ini, Kerajaan Sarawak mengumumkan bantuan buat peniaga kecil dan penjaja yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (local council). Bantuan sejumlah RM1500 ini akan dimasukkan ke dalam akaun Sarawak Pay atau jika anda berada di luar bandar pula akan diberikan secara tunai.

Isi Isi Penting
  • Anda sudah daftar ke belum? Pendaftaran adalah percuma!
  • Pendaftaran Untuk Pemilik Milikan Tunggal :
  • Pendaftaran Untuk Syarikat, Persatuan dan Organisasi
  • Baca Artikel Bantuan Kerajaan Sarawak Untuk Peniaga :
  • Baca Juga Bantuan Sarawakku Sayang Untuk Rakyat Sarawak :
Ini Adalah Panduan Pendaftaran Akaun Sarawak Pay Untuk Peniaga
Ini Adalah Panduan Pendaftaran Akaun Sarawak Pay Untuk Peniaga

Bantuan RM1500 ini adalah untuk setiap perniagaan berdaftar dan akan dibuat dalam dua fasa sebanyak RM750 untuk satu fasa. Fasa pertama adalah pada Mei 2020 dan fasa terakhir adalah pada Ogos 2020.

Dalam artikel kali ini, kami akan sertakan panduan ringkas bagi anda para peniaga bertuah cara bagaimana untuk mendaftar akaun Sarawak Pay sebagai perniagaan.

Pendaftaran Untuk Pemilik Milikan Tunggal :

1. Anda hanya perlu mendaftar melalui aplikasi Sarawak Pay. Aplikasi ini boleh dimuat turun dari

Playstore ( Android ) : http://bit.ly/sarawakpayandroid
App Store ( Apple ) : http://bit.ly/sarawakpayiOS

2. Di aplikasi Sarawak Pay, pilih ‘Merchant Account’ dan terus isikan borang pendaftaran.
3. Sediakan dokumen sokongan

(a) Kad Pengenalan
(b) Lesen Perniagaan
(c) Gambar premis perniagaan
(d) Alamat e-mel yang sah

dan emel ke : [email protected]

4. Sila tunggu e-mel pengesahan dari pihak Sarawak Pay untuk status pendaftaran akaun perniagaan Sarawak Pay anda.
5. Setelah pendaftaran anda berjaya, KOD QR unik anda akan diaktifkan untuk menerima pembayaran.

Pendaftaran Untuk Syarikat, Persatuan dan Organisasi

1. Muat turun dan isikan borang aplikasi Sarawak Pay yang boleh didapati di : Klik di sini untuk daftar Sarawak Pay
2. Lampirkan dokumen sokongan seperti :
(a) Sdn Bhd/Bhd – Borang 49 / Borang SSM yang terkini (butir-butir pengarah), Borang 9, Lesen Perniagaan, dan penyata bank yang terkini
(b) Milikan tunggal/Perkongsian – ekstrak pendaftaran nama perniagaan, sijil pendaftaran, lesen perniagaan dan penyata bank yang terkini
(c) Salinan IC pemilik perniagaan, rakan kongsi, ataupun pengarah syarikat
(d) Logo syarikat beserta 1 atau 2 gambar perniagaan anda.

3. Hantarkan permohonan anda ke : [email protected]
4. Sarawak Pay akan menghubungi anda melalui e-mel setelah permohonan anda berjaya.

Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi perkhidmatan pelanggan Sarawak Pay di : 1-300-88-7246.

Untuk lebih banyak lagi penerangan mengenai kelayakan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) anda boleh terus ke laman sesawang Sarawak Pay : Sarawak Pay

Baca Artikel Bantuan Kerajaan Sarawak Untuk Peniaga :

Baca Juga Bantuan Sarawakku Sayang Untuk Rakyat Sarawak :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article AirAsia, MAS dan Malindo Air Batal Semua Penerbangan Ke Sarawak Sehingga 30 April 2020 AirAsia, MAS dan Malindo Air Batal Semua Penerbangan Ke Sarawak Sehingga 30 April 2020
Next Article Pelancong Asing Dipaksa Tulis 'Sorry' 500 Kali Di India Gara-Gara Langgar Perintah Berkurung Pelancong Asing Dipaksa Tulis ‘Sorry’ 500 Kali Di India Gara-Gara Langgar Perintah Berkurung

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?