I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini Adalah Senarai Peristiwa Utama Yang Telah Berlaku Pada Januari 2020
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Adalah Senarai Peristiwa Utama Yang Telah Berlaku Pada Januari 2020

Oleh Kedung BK 29 Julai 2020
Kongsi
10 Min Bacaan

Ini Adalah Senarai Peristiwa Utama Yang Telah Berlaku Pada Januari 2020. Belum sampai sebulan dalam tahun 2020, kita telah lihat pelbagai peristiwa berlaku di seluruh dunia. Dari sebuah perang dunia ketiga yang berpotensi untuk berlaku sehingga ke kemunculan wabak coronavirus, it has indeed been a wild ride for 2020, dan kita baru sahaja bermula. Berikut adalah antara peristiwa yang telah berlaku di seluruh dunia yang telah mencetuskan kerisauan dalam masyarakat! Hashtag throwback, jum.

Ini Adalah Senarai Peristiwa Utama Yang Telah Berlaku Pada Januari 2020
Ini Adalah Antara Peristiwa Yang Telah Berlaku Pada Januari 2020. Kredit: Giphy

Amerika Syarikat dan Iran Mempunyai Ketegangan

Ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran mencapai titik paling ketara dalam beberapa dekad.

Semenjak di bawah pentadbiran Trump, perhubungan diplomatik Amerika Syarikat dan Iraq semakin buruk tetapi telah mencapai tahap rendah dalam peristiwa yang baru berlaku di Iraq di mana Washington menyalahkan militia yang disokong oleh Iran sebagai punca kematian seorang kontraktok warga Amerika dan turut membomkan pangkalan yang mempunyai hubungan kepada militia tersebut sebagai respon.

Ini turut menyebabkan serangan balik dan kedutaan Amerika Syarikat di Baghdad diserang oleh protesters.

Kemudian, pada 3 Januari, Qasem Soleimani, salah seorang pegawai tentera Iran yang paling senior, terbunuh dalam sebuah US Drone Strike.

Pembunuhan beliau mencetuskan kebimbangan serta sebuah perang yang semakin dekat antara kedua-dua negara.

Pembunuhan beliau mencetuskan kebimbangan peningkatan atau perang yang semakin dekat antara kedua-dua negara

Malah, insiden yang paling latest iaitu pada 26 Januari 2020, tiga roket dilancarkan ke Kedutaan Amerika Syarikat dan mencederakan seorang kakitangan yang berada di dalam kafeteria pada masa tersebut. Menurut sumber lain lagi, terdapat 3 orang cedera akibat serangan ini.

Ini Adalah Senarai Peristiwa Utama Yang Telah Berlaku Pada Januari 2020
We Don’t Want Another World War! Kredit: Giphy

Pesawat Nahas di Iran

Sejuruh selepas Iran melancarkan serangan terhadap sasaran Amerika Syarikat di Iraq, sebuah pesawat penumpang terhempas di Tehran.

Semua 176 penumpang, yang terdiri daripada warganegara Iran, Kanada (57), Ukraine (11), Sweden, United Kingdom, Afghanistan dan Germany, terkorban dalam tragedi ini.

Walaupun pegawai-pegawai Iran menyalahkan masalah teknikal sebagai punca tragedi tersebut, tentera Iran kemudian mengatakan bahawa pesawat itu ditembak akibat kesilapan manusia, mengatakan ia telah terbang dekat dengan tapak sensitif milik Pengawal Revolusi negara.

Sekiranya penerbangan komersial diturunkan, walaupun “tidak sengaja” sebagai tentera Iran nyatakan, ia adalah perkara yang sangat serius.

Ini Adalah Senarai Peristiwa Utama Yang Telah Berlaku Pada Januari 2020
Pegawai memeriksa kapal terbang yang terhempas. Kredit: Business Insider

Putera Harry dan Meghan Memutus Untuk Melepaskan Gelaran Diraja

Satu insiden yang mengejutkan United Kingdom serta negara-negara lain adalah keputusan Putera Harry dan Meghan untuk melepaskan gelaran diraja dan serta berhenti menerima dana awam dalam persefahaman dengan Ratu Elizabeth, bagi membolehkan mereka meluangkan banyak masa di Kanada dan hidup secara berdikari tanpa gangguan media dan memikul tanggungjawab diraja.

Pengumum bersejarah daripada Istana Buckingham ini dibuat selepas perbincangan sejak beberapa minggu lalu bagi menangani tindakan mengejut pasangan royal ini untuk berundur daripada tugas rasmi diraja.

Ini Adalah Senarai Peristiwa Utama Yang Telah Berlaku Pada Januari 2020 Kredit: Tenor

Putera Harry dan Meghan, bekas pelakon yang berbangsa Amerika Syarikat, tidak akan lagi menggunakan gelaran ‘Yang Mulia’ dan mengikut nasib sama seperti ibunya, mendiang Puteri Diana, selepas bercerai dengan Putera Charles pada tahun 1996.

Ini bermakna Harry selaku cucu kepada Ratu Elizabeth II dan isterinya, pelakon berbangsa Amerika Syarikat (AS), tidak akan lagi menggunakan gelaran ‘Yang Mulia’, nasib sama seperti ibunya, mendiang Puteri Diana, selepas bercerai dengan Putera Charles pada 1996.

Harry dan Meghan, yang sebelum ini dikenali sebagai Duke dan Duchess of Sussex, telah saman beberapa akhbar pada bulan Oktober yang lalu kerana menceroboh kehidupan peribadi mereka.

Istana Buckingham juga telah memaklumkan Duke dan Duchess of Sussex tidak akan lagi menggunakan gelaran diraja itu kerana bagi tujuan rasmi, tidak lagi dianggap sebagai mewakili anggota keluarga diraja. Oleh itu, mereka tidak akan terbabit dengan tugas diraja, menerima pangkat ketenteraan rasmi serta tidak lagi menerima dana awam bagi tugas diraja. Selain itu, mereka perlu bayar balik £2.4 juta (RM12.5 juta) wang pembayar cukai, yang digunakan bagi mengubah suai kediaman mereka, Frogmore Cottage, berhampiran Istana Windsor.

Media British turut menggelarkan keputusan ini sebagai ‘Megxit‘, sempena Brexit atau tindakan Britain meninggalkan Kesatuan Eropah.

Kredit: Giphy

Walau bagaimanapun, Putera Harry dan Meghan telah mengekalkan mereka akan terus “menghormati” kewajiban mereka kepada Ratu.

Ini Adalah Senarai Peristiwa Utama Yang Telah Berlaku Pada Januari 2020
Putera Harry dan Meghan Markle bersedia untuk hidup berdikari tanpa memikul tugasan diraja. Kredit: Cosmopolitan

Krisis Kebakaran Hutan di Australia

Australia terus berjuang untuk memadamkan kebakaran hutan yang semakin marak. Kebakaran ini merupakan kebakaran hutan yang paling buruk pernah berlaku dalam berpuluh-puluh tahun sejarah negara itu.

Malah, berjuta-juta hektar tanah telah dibakar, beribu-ribu rumah telah musnah dan sekurang-kurangnya 27 orang, termasuk anggota bomba sukarela, telah meninggal dunia.

Sebahagian besar daripada hutan negara telah musnah sejak musim kebakaran bermula pada lewat Julai 2019 dan semua enam buah negeri Australia terjejas, tetapi negeri paling terjejas teruk adalah di New South Wales.

Selain daripada bahaya kepada harta benda dan orang ramai, terdapat kebimbangan besar mengenai kesan kebakaran terhadap ekologi.

Kredit: Giphy

Rakyat amat khawatir mengenai haiwan negara dengan anggaran mengatakan ratusan juta mungkin telah terkorban dan banyak habitat telah dimusnahkan.

Puluhan ribu berprotes di seluruh bandar utama memanggil negara untuk beralih daripada bahan api fosil.

Ini Adalah Senarai Peristiwa Utama Yang Telah Berlaku Pada Januari 2020
Kebakaran hutan yang semakin merebak di Australia. Kredit: The New York Times

Perogol Yang Paling Prolifik Di UK Didedahkan

Dalam satu kes yang mengejutkan rakyat rantau Asia Tenggara, seorang warga Indonesia yang menetap di United Kingdom, telah didedahkan pada kali pertama pada 6 Januari dan turut mengumpulkan pelbagai reaksi negatif. I mean, siapa sik akan rasa jijik nak?!

Kredit: Tenor

Reynhard Sinaga, 36 tahun, didapati bersalah atas 159 kesalahan seks terhadap 48 lelaki, yang diajak ke flatnya di Manchester sebelum diberi dadah dan dirogol oleh nya.

Sinaga merekodkan jenayah di telefonnya dan disyaki merogol berpuluh-puluh lelaki lebih, yang polis tidak dapat mengenal pasti.

Selepas jenayahnya dipublikasikan, polis berkata mereka mempunyai “nombor yang signifikan” dari panggilan daripada mangsa-mangsa berpotensi baru.

Dia telah dipenjara seumur hidup, dengan hukuman 30 tahun minimum.

Kes yang mengejutkan telah menimbulkan perbincangan dalam media tentang rogol lelaki, termasuk stigma, serta sekitar bahaya minuman spiking, di mana minuman diletak dadah (yang akan menyebabkan mangsa tidak sedar diri selepas minum) secara senyap tanpa pengetahuan peminum.

Wajah Perogol Prolifik di United Kingdom, Reynhard Sinaga. Kredit: BBC

Banjir Jakarta 2020

Sebuah banjir kilat terjadi di seluruh ibu kota Indonesia di Jakarta dan kawasan metropolitannya pada awal 1 Januari akibat hujan semalaman dan menyebabkan sungai-sungai di Ciliwung dan Cisadane melimpah.

Sekurang-kurang 66 orang terkorban dan 60 000 kehilangan tempat diam akibat banjir yang terburuk sejak 2007.

Kebanyakkan kawasan bandar ditinggalkan tanpa elektrik akibat dimatikan atas keselamatan penduduk.

Pembenihan awam telah dijalankan dalam usaha untuk mengurangkan hujan lebat.

Ini Adalah Senarai Peristiwa Utama Yang Telah Berlaku Pada Januari 2020
Situasi di Jakarta yang dilanda Banjir sejak 1 Januari 2020. Kredit: Accuweather

Wabak Coronavirus Wuhan

By now, siapa belum tahu pasal coronavirus wuhan?

2019-nCov atau juga dikenali sebagai coronavirus Wuhan pada mulanya dikesan di pertengahan Disember 2019 di bandar Wuhan di tengah China, dengan kelompok orang tempatan yang tiba-tiba muncul dengan penderitaan radang paru-paru tanpa sebab yang jelas. Pesakit-pesakit yang paling utama terdiri daripada pekerja yang bekerja di Pasar Borong Makanan Laut Huanan yang juga menjual haiwan-haiwan hidup.

Para saintis di China kemudian mengasingkan keluarga koronavirus baru ini dan telah menunjuk 2019-nCov memiliki sekurang-kurangnya 70% peratus keserupaan dalam susunan genom kepada SARS-CoV. Sama ada virus ini mempunyai kemudaratan yang sama seperti SARS masih lagi tidak jelas.

Antara gejala coronavirus Wuhan adalah demam, batuk, kesukaran bernafas dan boleh membawa maut kepada mereka yang dalam golongan orang tua atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan sebelum dijangkit virus ini.

Wabak coronavirus telah membawa panik kepada seluruh dunia apabila wabak tersebut mula muncul di luar negara China. Negara sejauh Amerika Syarikat turut mempunyai laporan jangkitan. Malaysia juga turut mempunyai laporan di mana 8 orang disahkan menghidap penyakit coronavirus Wuhan.

Baru-baru ini, World Health Organization (WHO) telah mengisytiharkan virus ini sebagai kecemasan kesihatan global. Kerajaan negara di seluruh dunia turut menjalankan evacuation warganegara yang berada di dalam China.

Setakat ini, seramai 493 telah pulih daripada coronavirus Wuhan dan rawatan serta vaksin tengah diusahakan oleh pakar-pakar medical.

Ini Adalah Senarai Peristiwa Utama Yang Telah Berlaku Pada Januari 2020

A Bumpy Start

… But we’ll get through it!

Macam-macam dugaan dan berita menarik melanda kita pada bulan lepas. Hmm… apakah yang akan dibawa oleh bulan Februari, anda rasa?

Kredit: Tenor
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching
Next Article Buffet Legend Sarawak, Hartz Chicken Buffet Tawar Harga Promosi Serendah RM22 Sahaja

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?