• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Bagaimana Bantuan Prihatin Nasional 2020 Akan Disalurkan

Oleh
ILB - AI
30 Mac 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Ini Bagaimana BPN 2020 Disalurkan

Bantuan Prihatin Nasional 2020 Dihulur Kepada Golongan B40 Dan M40

Ini Bagaimana Bantuan Prihatin Nasional 2020 Akan Disalurkan. Bantuan Prihatin Nasional atau BPN merupakan salah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberi secara one-off kepada golongan B40 dan M40. Bagi golongan B40, bantuan berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup manakala bagi golongan M40, bantuan berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Isi Isi Penting
  • Bantuan Prihatin Nasional 2020 Dihulur Kepada Golongan B40 Dan M40
  • Siapa yang layak?
  • Bilakah tarikh pembayaran BPN B40 dan M40 dibuat?
  • Bagaimana ia dilaksanakan?
  • Sekiranya akaun bank didaftar tidak aktif atau ditutup…
  • Bila dan bagaimana semak status penerimaan BPN B40 dan M40 dibuat?

Siapa yang layak?

Kategori yang layak menerima BPN B40 adalah:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin, atau
    • Ibu/Bapa tunggal/ balu/ janda/ duda yang tidak melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020 dan,
    • Pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah
  2. Bujang
    • Bujang, atau Ibu/Bapa tunggal/ balu/ janda/ duda yang tidak melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020, dan
    • Had umur melebih 21 tahun ke atas (termasuk kategori warga emas iaitu 60 tahun ke atas) dan,
    • Pendapatan bujang RM2,000 ke bawah

Kategori yang layak menerima BPN M40 adalah:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin, atau
    • Ibu/Bapa tunggal/ balu/ janda/ duda berdasarkan data percukaian dan,
    • Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini
  2. Bujang
    • Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian dan,
    • Had umur 21 tahun ke atas, dan
    • Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP

Bilakah tarikh pembayaran BPN B40 dan M40 dibuat?

Tarikh pembayaran BPN B40 dan M40 akan dibuat pada bulan April dan Mei 2020.

Bagaimana ia dilaksanakan?

Kaedah bayaran BPN B40 adalah sekiranya:

  1. Ada maklumat akaun (bayaran dibuat secara kredit ke akaun) atau,
  2. Bayaran secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) – sekiranya status bayaran adalah gagal kredit, atau,
  3. Tiada akaun – bayaran secara tunai di BSN

Kaedah bayaran BPN M40 adalah sekiranya:

  1. Bayaran akan dibuat melalui akaun yang dinyatakan dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan
  2. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah
  3. Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai ditaksir

Sekiranya akaun bank didaftar tidak aktif atau ditutup…

Bagi Bantuan B40, sekiranya status pengkreditan adalag Gagal Kredit, bayaran secara tunai akan diberi lalui BSN.

Bagi Bantuan M40, pemohon boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.

Bila dan bagaimana semak status penerimaan BPN B40 dan M40 dibuat?

Penerima yang layak menerima bantuan ini boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020.

Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

  • Untuk BPN B40, senarai penerima BSH yang diluluskan
  • Untuk BPN M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria BPN yang ditetapkan

SEMAKAN RASMI:

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
  • Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Kementerian Kewangan Malaysia

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke laman Facebook Kementerian Kewangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Saintis Singapura Berjaya Hasilkan Kit Ujian Pantas COVID-19 Secepat 5 Minit Sahaja
Next Article TERKINI : Sarawak Catat 2 Kematian COVID19, 6 Kes Baru Positif Dan 32 PUI Hari Ini COVID19: 2 Kes Kematian, 6 Kes Baru Positif COVID19 Di Sarawak Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?