• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Cara Dapatkan Refund Cukai Lapangan Terbang Jika Anda Tidak Menaiki Pesawat

Oleh
Ismail NA
7 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Boleh Refund Rupanya!

Ini Cara Dapatkan Refund Cukai Lapangan Terbang Jika Anda Tidak Menaiki Pesawat. Terlepas pesawat atau tidak jadi menaiki pesawat kadang kala boleh menyebabkan kerugian yang besar. Apatah lagi jika anda telah berbelanja besar untuk membeli tiket penerbangan yang berharga beratus-ratus ringgit. Paling sadis, anda fikir wang anda akan ‘burn’ begitu saja. Phew! Bukan senang nak cari duit, kan?

Namun, tahukah anda sebenarnya anda boleh menuntut Cukai Lapangan Terbang yang anda telah bayar semasa pembelian tiket kapal terbang? Yess!

Ini Cara Dapatkan Refund Cukai Lapangan Terbang Jika Anda Tidak Menaiki Pesawat
Kredit : Pius Erlangga via REUTERS

Sekiranya anda tidak menaiki pesawat (terlepas flight, atau menghadapi situasi yang menghalang anda menaiki pesawat), anda boleh menuntut Cukai Lapangan Terbang dalam tempoh masa 6 bulan selepas tarikh penerbangan. Di Malaysia, syarikat penerbangan yang menawarkan pengembalian ini ialah syarikat penerbangan Air Asia. Anda mempunyai pilihan sama ada anda mahu refund anda dikreditkan ke dalam Akaun Kredit Air Asia atau dalam bentuk bayaran asal.

Beza Akaun Kredit Air Asia dan Bayaran Asal?

Jika anda memilih untuk mengkreditkan bayaran refund anda ke dalam Akaun Kredit Air Asia, wang cukai anda akan dibayar penuh tanpa dikenakan cas. Namun demikian, sekiranya anda memilih untuk menggunakan mod bayaran asal, sejumlah kadar cas refund akan dikenakan tertakluk kepada destinasi penerbangan. Anda boleh menyemak kadar cas refund anda di bahagian Tambang dan Caj Air Asia.

Jom Semak Syarat Refund Dulu!

  • Mesti dibuat dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh penerbangan, 1 tahun jika anda berlepas dari Manila, Filipina
  • Seorang atau lebih tetamu tidak menaiki pesawat dengan syarat booking number mesti sama
  • Pengecualian cas refund hanya untuk pesawat kod AirAsia Filipina (Z2), AirAsia Thailand (FD), AirAsia X Thailand (XJ) & AirAsia India (I5), serta pesawat yang berlepas dari Hong Kong dan China.

Langkah Refund Cukai Lapangan Terbang

  1. Pastikan anda tidak check-in penerbangan anda. Penerbangan anda juga perlulah sudah berlepas. Refund ini hanya boleh dibuat dalam tempoh masa 6 bulan dari tarikh penerbangan.
  2. Buka laman web Air Asia dan pilih ‘Chat With AVA’
  3. Pilih Refund > Air Asia New Refund Request > Airport Tax Refund
  4. Masukkan maklumat tempahan (booking number, maklumat akaun bank seperti nama bank, nombor akaun bank, nama pemegang akaun, lokasi bank, kod SWIFT)
  5. Tunggu refund anda untuk diproses dan dikreditkan.
Cara Refund Cukai Lapangan Terbang Jika Anda Tidak Menaiki Pesawat
Cara Refund Cukai Lapangan Terbang Jika Anda Tidak Menaiki Pesawat

Anda juga boleh menekan butang ‘Live Chat’ jika anda mempunyai aplikasi Air Asia dalam telefon bimbit anda. Sekiranya anda membuat tempahan dengan ejen pelancongan, sila berhubung dengan ejen pelancongan anda untuk membantu membuat permohonan bayaran balik.

Selain daripada tuntutan cukai lapangan terbang, anda juga boleh menyemak refund lain yang boleh anda tuntut daripada Air Asia.

Anda pernah terlepas flight atau tidak menaiki pesawat dalam tempoh masa 6 bulan yang lepas? Cepat refund sekarang!

Baca juga artikel menarik yang lain :

Nikmati Percutian Santai Di Kokol Farmstay, Destinasi Terbaik Untuk Lihat Sunset Gunung Kinabalu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berang Cinta Ditolak, Lelaki Ini Serang Bekas Kekasih Dengan Parang Di Sibu Berang Cinta Ditolak, Lelaki Ini Serang Bekas Kekasih Dengan Parang Di Sibu
Next Article Sekilo Cecah Ribuan Ringgit, Empurau Ikan Paling MEWAH di Malaysia Sekilo Cecah Ribuan Ringgit, Ikan Empurau Adalah Ikan Paling Mewah di Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?