• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Ini Cara Untuk Pindahkan Sijil Digital Vaksinasi Tanggungan Anda Kepada Telefon Pintar Mereka Sendiri

Oleh
Nazihah AN
7 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Ini Cara Untuk Pindahkan Sijil Digital Vaksinasi Tanggungan Anda Kepada Telefon Pintar Mereka Sendiri

Sungguh senang!

Ini Cara Untuk Pindahkan Sijil Digital Vaksinasi Tanggungan Anda Kepada Telefon Pintar Mereka Sendiri. Setiap kali nak keluar memang susah kalau kena tunjuk sijil vaksin kita masing-masing, lagi-lagi kalau sijil vaksin kita ada pada MySejahtera tanggungan kita. Kini memang tidak dapat untuk mencetak sijil vaksin kerana kerajaan belum mengeluarkan sijil lengkap pengambilan dos vaksin berbentuk kad yang dicetak, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Kalau tunjuk tangkapan skrin dari tanggungan kita nanti habisla dicop fake dan antivaksin, alamak… Kini memang banyak kes sekarang orang lain akan sanggup memalsukan sijil vaksin hanya untuk golongan ‘antivaksin’ memasuki mana-mana premis dan pusat beli-belah. Oleh sebab itu lah, kerajaan menegaskan untuk hanya membenarkan untuk menggunakan sijil digital vaksinasi.

Jadi dalam artikel ini, kami akan menunjukkan cara untuk anda pindahkan Sijil Digital Vaksinasi kepada telefon bimbit tanggungan anda. Sungguh senang! Anda boleh ikuti langkah di bawah ini:

Peringatan : Langkah ini hanya boleh dilakukan setelah tanggungan anda sudah lengkap 2 dos dan sudah keluar nombor batch vaksin ya.

Ini Cara Untuk Pindahkan Sijil Digital Vaksinasi Tanggungan Anda Kepada Telefon Pintar Mereka Sendiri
Ini Cara Untuk Pindahkan Sijil Digital Vaksinasi Tanggungan Anda Kepada Telefon Pintar Mereka Sendiri

Langkah 1: Buka MySejahtera anda dan klik pada ‘Profile‘ di hujung sebelah kiri di bawah. Scroll ke bawah sehingga anda jumpa perkataan ‘My Dependent Status’. Klik pada nama tanggungan anda tersebut.

Untuk langkah berjaga-jaga, anda boleh tangkap layar skrin tanggungan (dependent) anda untuk tujuan keselamatan :

  • Sijil Digital Vaksinasi
  • QR Code
Ini Cara Untuk Pindahkan Sijil Digital Vaksinasi Tanggungan Anda Kepada Telefon Pintar Mereka Sendiri
Ini Cara Untuk Pindahkan Sijil Digital Vaksinasi Tanggungan Anda Kepada Telefon Pintar Mereka Sendiri

Langkah 2: Pastikan tanggungan anda sudah melengkapi kedua-dua dos vaksin. Untuk memastikannya, anda boleh semak pada sijil digital vaksinasi sama ada dah keluar nombor batch ataupun belum. Kalau belum, anda disarankan untuk menunggu sehingga nombor batch tersebut sudah keluar. Barulah anda boleh teruskan ke langkah 3.

Ini Cara Untuk Pindahkan Sijil Digital Vaksinasi Tanggungan Anda Kepada Telefon Pintar Mereka Sendiri

Langkah 3: Pergi ke laman utama MySejahtera, klik pada ‘COVID-19 Vaccination’. Dan seterusnya anda boleh klik pada ‘Add Vaccine Dependent’ untuk keluarkan nama tanggungan anda pada senarai tersebut. Kemudian klik ‘Remove’.

Ini Cara Untuk Pindahkan Sijil Digital Vaksinasi Tanggungan Anda Kepada Telefon Pintar Mereka Sendiri

Langkah 4: Dekat telefon pintar tanggungan anda, pergi ke laman utama MySejahtera. Kemudian klik ‘COVID-19 Vaccination’ untuk anda mendaftar vaksinasi.

SELESAI! Sijil digital vaksinasi anda akan keluar dalam beberapa minit selepas proses tersebut. Jangan lupa untuk share kepada rakan-rakan dan keluarga anda.

Setelah daftar untuk sijil digital vaksinasi, jangan lupa untuk kemas kini MySejahtera anda untuk memudahkan semasa menunjuk sijil digital vaksinasi dan scan QR kod semasa masuk ke mana-mana premis dan pusat beli-belah. Setelah check-in, jangan lupa check-out ya!

Baca lagi di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sebuah Kereta Hanyut Akibat Lintas Jambatan Sewaktu Arus Deras, 2 Individu Ditemui Maut Sebuah Kereta Hanyut Akibat Lintas Jambatan Sewaktu Arus Deras, 2 Individu Ditemui Maut
Next Article 375 Pelajar Sekolah Dari Sarawak Kumpulan Remaja Pertama Terima Vaksin Di Malaysia Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?