• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Panduan Untuk Ringkas Semak Wang Tidak Dituntut Secara Atas Talian

Oleh
ILB - AI
25 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Haaaaa sekarang dah tak perlu dah nak queue panjang panjang sebab dah boleh check online

Ini Cara Untuk Semak Wang Tidak Dituntut Secara Atas Talian. Sebelum ini kita pernah digemparkan dengan adanya Wang Tidak Dituntut yang dikatakan berjumlah RM7billion secara keseluruhannya. Pada mula mula WTD ini diketahui oleh orang awam, ramai yang berpusu pusu ke pejabat yang telah ditetapkan kerana belum ada kemudahan untuk semakan atas talian.

Apa itu Wang Tidak Dituntut?

WTD merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat samada dalam bentuk akaun simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya.

Di sisi undang-undang, selepas tempoh tertentu, mana-mana wang yang belum dibayar kepada pemiliknya akan didaftarkan sebagai Wang Tidak Dituntut oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Berikut disenaraikan beberapa kategori bagi WTD:

  1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

    Contoh dibawah kategori ini ialah:
    • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
    • dividen;
    • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
    • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
    • draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
    • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
    • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
    • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
  2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

Contoh:

  • akaun simpanan;
  • akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
  1. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.
    • akaun pemiutang dagangan
    • akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Ini Cara Untuk Anda Menyemak Jika Anda Ada Wang Tidak Dituntut

1. Daftar akaun anda di eGUMIS(Klik Untuk Daftar)

Ini Cara Untuk Menyemak Wang Tidak Dituntut Secara Atas Talian
Ini Panduan Untuk Ringkas Semak Wang Tidak Dituntut Secara Atas Talian

2. Log Masuk Dengan Menggunakan ID yang telah didaftarkan

Ini Panduan Untuk Ringkas Semak Wang Tidak Dituntut Secara Atas Talian
Ini Panduan Untuk Ringkas Semak Wang Tidak Dituntut Secara Atas Talian

3. Tekan Butang Carian Wang Tidak Dituntut

Ini Panduan Untuk Ringkas Semak Wang Tidak Dituntut Secara Atas Talian

4. Masukkan No Kad Pengenalan Anda Dan Hasil Carian Akan Ditunjukkan

Haaa, senang je kan? Jika anda bernasib baik anda akan melihat hasil carian seperti di atas dan mudah untuk anda menuntut kembali wang tersebut.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kedai Makan Legend Di Kuching, Nikmati Mi Kolok Terbaik Di Sepinang Sari Cafe Satok
Next Article Pusat Beli Belah Pertama Di Sarawak, Electra House Mall Ini Sudah Beroperasi Hampir 60 Tahun Pusat Beli Belah Pertama Di Sarawak, Electra House Mall Ini Sudah Beroperasi Hampir 60 Tahun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?