• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pusat Beli Belah Pertama Di Sarawak, Electra House Mall Ini Sudah Beroperasi Hampir 60 Tahun

Oleh
Aina Musa
26 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Pusat Beli Belah Pertama Di Sarawak, Electra House Mall Ini Sudah Beroperasi Hampir 60 Tahun

Mall tertua di Sarawak

Pusat Beli Belah Pertama Di Sarawak, Electra House Mall Ini Sudah Beroperasi Hampir 60 Tahun. Tahukah anda Electra House dibuka pada bulan Ogos 1965 sebagai pusat beli-belah pertama di Kuching, Sarawak. Pernah ‘hype’ dan popular suatu ketika dahulu, pusat beli belah ini telah pun direka oleh dua arkitek dari Singapura, Swan dan Maclaren.

Pusat membeli-belah ini terletak di Jalan Power dan menjadi tumpuan penduduk Kuching dan luar bandar untuk membeli barangan, pakaian, membuat potongan rambut dan juga bersantai dahulu.

Pusat Beli Belah Pertama Di Sarawak, Electra House Mall Ini Sudah Beroperasi Hampir 60 Tahun
Pusat Beli Belah Pertama Di Sarawak, Electra House Mall Ini Sudah Beroperasi Hampir 60 Tahun. Kredit: Google

Nama Electra House ini diambil daripada stesen tenaga elektrik pertama di Kuching pada tahun 1922. Bersebelahan dengan shopping mall ini pula adalah stesen bas dan Pasar Open Air yang masih wujud sehingga kini.

Pernah ‘hit’ dan trendy suatu ketika dahulu

Electra House menjadi pusat membeli-belah yang popular dan padat dengan pelbagai jenis orang pada ketika itu. Walau bagaimanapun, kini, ia mungkin tidak sepopular dahulu tetapi tetap menjadi sebahagian daripada sejarah Kuching dan Sarawak.

Pusat Beli Belah Pertama Di Sarawak, Electra House Mall Ini Sudah Beroperasi Hampir 60 Tahun

Kemuncak pusat beli-belah itu hanya bertahan hingga tahun 1970-an.

Dengan adanya pusat beli-belah baharu yang menyediakan lebih banyak perkhidmatan dan keselesaan, tempat itu mula menyaksikan penurunan drastik daripada pengunjung sehingga kini.

Salah satu ikon di Kuching

Pusat beli belah ini telah menjadi ikon dan mercu tanda penting bagi kota Kuching.

Bagi kebanyakan penduduk Kuching, Electra House Mall menjadi tempat yang bersejarah dan dianggap sebagai mercu tanda penting bagi bandar Kuching. Pusat beli belah ini menjadi lambang kemajuan dan pembangunan ekonomi di Sarawak dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Pusat Beli Belah Pertama Di Sarawak, Electra House Mall Ini Sudah Beroperasi Hampir 60 Tahun

Walaupun terdapat pusat beli belah yang lebih moden di sekitar Kuching, Electra House Mall masih mengekalkan daya tariknya sebagai pusat beli belah yang bersejarah dan mengingatkan pengalaman membeli beli yang unik dan menyeronokkan.

Walau bagaimanapun, dengan kemunculan pusat beli belah yang lebih moden di Kuching, Electra House Mall kini tidak lagi menjadi tempat berbelanja yang paling popular. Walaupun begitu, pusat beli belah ini masih mempunyai tempat tersendiri dalam hati penduduk setempat.

Bagi mereka yang membesar di Kuching, Electra House Mall bukan sahaja merupakan pusat beli belah tetapi juga menjadi sebahagian daripada sejarah bandaraya mereka.

Baca lagi artikel menarik:

Jalan Carpenter, Kenali Sejarah Ringkas Disebalik Salah Satu Jalan Tertua Di Kuching
https://www.iloveborneo.my/tahukah-anda-sejarah-masjid-bahagian-kuching/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Panduan Untuk Ringkas Semak Wang Tidak Dituntut Secara Atas Talian
Next Article Dipercayai berpunca dari tidak puas hati, lelaki tersebut bertindak menghalang jalan wanita tersebut sebelum simpang masuk bulatan Setia Raja. Lagak Gaya ‘Samseng Jalanan’, Tular Rakaman Dashcam Di Jalan Tabuan TT3

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?