I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini Checklist Persiapan Konvo Anda Dan Tips Gambar Cun di Pentas
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Checklist Persiapan Konvo Anda Dan Tips Gambar Cun di Pentas

Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 17/06/22 2:52 PM
Kongsi
6 Min Bacaan
Bukan nak kahwin saja mesti ada checklist, hari nak konvo pun mesti ada checklist okay?
Kongsi

Nak konvo pun kenalah siap sedia juga, gaiss!

Ini Checklist Persiapan Konvo Anda Dan Tips Gambar Cun di Pentas. Bukan nak kahwin saja mesti ada checklist, hari nak konvo pun mesti ada checklist okay? Takut ada pula yang tertinggal nanti, menangis lah anda di bucu katil. Jum kita semak sama-sama checklist konvo anda.

1. Semak Semua Dokumen atau Borang Konvo

Di sesetengah universiti, anda dikehendaki untuk mengisi beberapa borang atau dokumen terutamanya semasa mengambil jubah, mengambil pass masuk ibu bapa serta beberapa cenderahati lain daripada pihak universiti atau fakulti. Kalau ada soal selidik online tu, isilah secepat yang mungkin untuk mengelakkan kesulitan di saat akhir. Takut nanti sistem down, laptop pula yang jadi mangsa.

Ini Checklist Persiapan Konvo Anda Dan Tips Gambar Cun di Pentas
Kredit foto: qayyum3rd.wordpress.com

2. Bayar Tunggakan Denda atau Saman Jika Ada

[EDISI KONVO] : Checklist Konvo Plus Tips Gambar Cun di Pentas
Kredit : Giphy

Biasanya, denda atau saman di universiti ini kebanyakannya daripada perpustakaan atau saman berkaitan lalu lintas. Contohnya, denda lewat menghantar buku yang dipinjam, saman parking dekat tempat staf, saman clamp tayar dan sebagainya. Jelaskan bayaran tersebut dan anda bolehlah bergraduat dengan tenang. Ingat, dosa kalau tak bayar hutang wo!

3. Rancang Cuti dan Penginapan untuk Keluarga

Ini Checklist Persiapan Konvo Anda Dan Tips Gambar Cun di Pentas
Kredit : Backyard Tour

Untuk mereka yang sudah mendapat pekerjaan sebelum bergraduat, syabas dan tahniah diucapkan. Tetapi anda harus ingat, bila dah bekerja, anda perlu memohon cuti untuk menghadiri majlis konvokesyen anda. Ada sesetengah majikan yang susah meluluskan cuti kerana kekurangan tenaga kerja atau alasan-alasan lain.

Seeloknya, anda harus memohon cuti lebih awal berdasarkan sidang konvokesyen anda. Tempoh masa yang paling bagus adalah dua hari sebelum konvokesyen supaya anda dan keluarga tidak tergesa-gesa.

Tempat penginapan juga penting kerana pada waktu inilah, tempat penginapan yang selesa seperti homestay banyak yang sudah ditempah. Begitu juga dengan perkhidmatan kereta sewa bagi memudahkan pergerakan sepanjang musim konvo.

Buat survey seawal dua bulan sebelum bagi memastikan anda tidak terlepas tempat penginapan yang strategik dan selesa. Nak booking kat mana?

Agoda, Booking.com, Airbnb; aplikasi tempahan dalam talian ini sangat membantu tau.

4. Sediakan Pakaian Konvo yang Sesuai

Ini Checklist Persiapan Konvo Anda Dan Tips Gambar Cun di Pentas
Kredit : Alfalina Photography

Pakaian konvo yang sesuai adalah penting walau pun kita memakai jubah konvo di luar. Pakaian seperti baju kurung, baju kemeja, baju melayu serta baju etnik masing-masing adalah contoh pakaian yang sesuai untuk digunakan bagi memberikan keselesaan kepada anda.

Kasut pula seelok-eloknya gunakan lah kasut yang bertumit rendah sebab anda akan berdiri lama menunggu giliran naik ke pentas. Dah naik atas pentas nanti, takut pula tersungkur semasa mengambil skrol. Kenangan seumur hidup wei!

5. Pastikan Gajet Anda Ready Sepenuhnya

Kredit : YANGCANGGIH.COM

Bab gajet ini para graduan selalunya ambil mudah. Sebelum turun ke dewan konvo, pastikan gajet anda seperti kamera, telefon, tab atau Ipad dicas dengan penuh. Seboleh-bolehnya, pastikan memori yang digunakan kosong dan khas digunakan hanya untuk mengambil gambar kenangan semasa hari kemenangan anda menamatkan pengajian di menara gading.

Anda pasti geram kalau baru ambil dua tiga gambar, gajet anda dah low battery. Spoil kan?

6. Tinggalkan Barang Berharga Bersama Keluarga

Kredit : Shutterstock

Semasa hendak memasuki dewan konvo, seeloknya anda tinggalkan barang berharga anda bersama ahli keluarga. Kebiasaannya, para graduan tidak membawa sebarang beg atau apa-apa semasa istiadat perarakan masuk melainkan barangan kecil yang dapat dimasukkan ke dalam poket.

Jadi, jika ada yang sudah terlepas membawa beg semasa di ruangan menunggu para graduan, sebaiknya serahkan kepada ahli keluarga dan jangan sesekali meninggalkan beg anda di ruangan menunggu kerana ruangan tersebut akan digunakan oleh graduan sidang seterusnya. Admin pernah rasa hilang kunci kereta dalam dewan, okay? So, be careful.

PENTING! Tips Gambar Cantik Atas Pentas

Semasa istiadat perarakan masuk, apa yang anda perlu lakukan adalah berjalan dengan bangga dan senyum. Apabila anda menghampiri kamera yang memancarkan wajah anda ke skrin layar besar, berikan senyuman terbaik anda dan buat sedikit freestyle.

Duduk dengan tenang dan tunggu sehingga giliran anda dipanggil. Nak tips gambar cantik atas pentas?

Tips 1 : Berjalan Normal, Bukan Berjalan Laju

Ini Checklist Persiapan Konvo Anda Dan Tips Gambar Cun di Pentas
Kredit : Jejakakaula

Jangan tergopoh gapah. Berjalan seperti biasa. Nikmati saat indah disaksikan ribuan graduan dan ibu bapa.

Tips 2 : Berdiri Statik Selama 3 Saat Semasa Menerima Skrol

Ini Checklist Persiapan Konvo Anda Dan Tips Gambar Cun di Pentas
Kredit : UNIMAS

Ini paling penting. Jangan tergesa-gesa hendak turun dari pentas. Ambil masa anda untuk menerima skrol dan mengucapkan terima kasih kepada individu yang menyampaikan ijazah kepada anda.

Tips 3 : Pandang dan Senyum ke Arah Kamera

Ini Checklist Persiapan Konvo Anda Dan Tips Gambar Cun di Pentas
Kredit : Bernama

Jika anda ingin nampak cantik dalam gambar, pandang lah ke arah kamera dan berikan senyuman tercantik anda. Kalau anda inginkan gambar anda memandang ke arah penyampai ijazah anda, sebut “terima kasih” berbanding thank you supaya mulut anda tampak tersenyum ketika digambar.

Ini Checklist Persiapan Konvo Anda Dan Tips Gambar Cun di Pentas
Kredit : Flickr Bryan Teo

Kepada graduan di luar sana, semak checklist ini dan selamat bergraduasi!

Jika anda merupakan graduan dari universiti di Sarawak, mungkin anda boleh jadikan lokasi ini sebagai lokasi indoor photoshoot bersama rakan-rakan anda:

Nur Afifah 17 Jun 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kongres Kebangsaan Dayak Tuntut Permohonan Maaf Susulan Video Tular Tarian Separuh Bogel
Next Article Pengeluaran Tunai MyDebit Bakal Dikenakan Caj RM0.50 Mulai 1 Julai Ini Pengeluaran Tunai MyDebit Bakal Dikenakan Caj RM0.50 Mulai 1 Julai Ini

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Ini 8 Iklan Nostalgia Lakonan Arwah Adibah Noor Yang Diingati Sehingga Hari Ini

26 Jun 2022
Cerita Borneo

[VIDEO] Lihat ‘Ultraman’ Ini Main Biola Merdu Lagu ‘Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu’ Di Tamu Gaya

26 Jun 2022
'Teaser' Di Lapangan Terbang Kuching, 4 Fingers Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sarawak!
Cerita Borneo

‘Teaser’ Di Lapangan Terbang Kuching, 4 Fingers Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sarawak!

26 Jun 2022
Cerita Borneo

Ketahui Hikayat Pengembaraan Hidup Datuk Merpati Anak Raja Negeri Jawa

26 Jun 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?