• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kongres Kebangsaan Dayak Tuntut Permohonan Maaf Susulan Video Tular Tarian Separuh Bogel

Oleh
Husna Hazmi
17 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Video tarian tersebut juga telah mengundang kecaman sehingga ke Kalimantan, Indonesia.

Kongres Kebangsaan Dayak Tuntut Permohonan Maaf Susulan Video Tular Tarian Separuh Bogel. Dilaporkan oleh The Borneo Post, Kongres Kebangsaan Dayak (DNC) telah mengkritik tarian seksi sekumpulan penari yang mengenakan pakaian separuh bogel pada Majlis Sambutan Gawai Di Sibu pada Sabtu lalu dan menyifatkannya sebagai “Pencemaran Perayaan Gawai”.

Isi Isi Penting
  • Video tarian tersebut juga telah mengundang kecaman sehingga ke Kalimantan, Indonesia.
  • Sambutan perayaan Gawai sememangnya dialu-alukan
  • Video persembahan tarian itu telah tular di Facebook
  • Persembahan tarian menggiurkan dianggap mencemarkan perayaan Gawai

Menurut Presiden Kongres Kebangsaan Dayak, Paul Raja, persembahan tersebut juga telah mendapat bantahan daripada masyarakat Dayak.

Kongres Kebangsaan Dayak Tuntut Permohonan Maaf Susulan Video Tular Tarian Separuh Bogel
Kongres Kebangsaan Dayak Tuntut Permohonan Maaf Susulan Video Tular Tarian Separuh Bogel

Sambutan perayaan Gawai sememangnya dialu-alukan

Beliau berkata, sambutan perayaan Gawai sememangnya dialu-alukan untuk disambut oleh semua, termasuk masyarakat bukan Dayak bagi mengekalkan semangat perpaduan dan memupuk rasa hormat menghormati di antara satu sama lain.

Semua sudah tahu bahawa perayaan Gawai ini disambut oleh masyarakat Dayak yang terdiri daripada Iban, Bidayuh dan Orang Ulu sebagai perayaan kesyukuran kepada Tuhan atas nikmat, kesihatan dan kemakmuran yang telah diperoleh pada setiap tahun”.

“Sama ada dilakukan di rumah panjang mahupun di kawasan bandar, sambutan Gawai ini dilakukan dengan penuh hormat. Persembahan tarian seksi dengan penari berpakaian separuh bogel bukanlah sebahagian daripada sambutan perayaan Gawai”.

Pakaian yang digunakan pada perayaan Gawai, walaupun dalam fesyen sederhana, adalah tidak sesekali mengiurkan daripada semua pihak.

Video persembahan tarian itu telah tular di Facebook

Video persembahan tarian itu telah tular di Facebook apabila ia dimuatnaik pada 13 Jun lalu dan boleh dilihat di dalam rakaman tersebut terdapat penari yang melakukan tarian menggiurkan di atas pentas.

Sambutan Gawai Dayak itu dianjurkan bersama Parti Demokratik Progresif (PDP) Bawang Assan dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Tengah di Hotel Kingwood, Sibu.

Tetamu hormat yang turut hadir adalah Presiden PDP Dato Sri Tiong King Sing, dan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dr Annuar Rapaee.

Video tersebut bukan sahaja tular di negara kita malah ia juga telah mengundang kecaman dari negara luar termasuk Kalimantam, Indonesia.

Paul Raja juga turut berkata, mereka bukan berniat untuk menentang sesiapa yang mahu menggunakan kebebasan bersuara, namun, persembahan tersebut adalah amat tidak sesuai untuk perayaan Gawai Dayak.

Kongres Kebangsaan Dayak Tuntut Permohonan Maaf Susulan Video Tular Tarian Separuh Bogel

Persembahan tarian menggiurkan dianggap mencemarkan perayaan Gawai

Persembahan tarian menggiurkan dianggap mencemarkan perayaan Gawai. Beliau juga turut menasihati agar semua yang menyambut perayaan ini untuk memastikan aktiviti mahupun persembahan semasa perayaan tidak menyinggung sensitiviti masyarakat Dayak.

Malah, kita semua mesti menghormati adat dan perayaan masing-masing jika kita ingin hidup dengan harmoni. Ketahui dahulu budaya dan adat resam masyarakat lain, supaya kita tahu apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan,” tambah beliau lagi.

Paul berkata orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut mengenai sambutan Gawai Dayak daripada Majlis Adat Istiadat atau ketua masyarakat Dayak.

Membina negara adalah bukan perkara mudah, tetapi ia adalah bermanfaat jika semua orang boleh belajar saling menghormati dan saling menyokong antara satu sama lain.

“Jadi, ia adalah wajar bagi mereka yang telah menyinggung perasaan masyarakat Dayak untuk tampil ke hadapan dan memohon maaf .”

Sebelum ini tular di Facebook persembahan tarian separuh bogel pada Majlis Sambutan Gawai di Sibu :

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dah Ready Untuk #RWMF2022? Festival Musik Terbesar Di Sarawak Bakal Berlangsung Pada Malam Ini! Dah Ready Untuk #RWMF2022? Festival Musik Terbesar Di Sarawak Bakal Berlangsung Pada Malam Ini!
Next Article Bukan nak kahwin saja mesti ada checklist, hari nak konvo pun mesti ada checklist okay? Ini Checklist Persiapan Konvo Anda Dan Tips Gambar Cun di Pentas

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?