• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Panduan Memohon Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS) 2020

Oleh
ILB - AI
6 Januari 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Ini Panduan Memohon Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS) 2020
Ini Panduan Memohon Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS) 2020

Berikut merupakan terma syarat dan panduan memohon Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS) untuk tahun 2020

Ini Panduan Memohon Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS) 2020. Rasa mok balit kampung sempena musim perayaan yang akan datang? Jangan risau, i-GPS has you covered!

Subsidi tambang penerbangan bagi anak-anak Sarawak telah disediakan oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengurangkan beban ditanggung pelajar yang melanjutkan pengajian di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan untuk balik ke kampung halaman pada musim cuti sejak 2019.

Inisiatif Graduan Pulang Sarawak atau juga disingkatkan sebagai i-GPS, telah dilaksanakan sejak 2019. Baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzruddin Abdul Rahman, telah mengumumkan bahawa i-GPS akan diteruskan sambil menambah pelajar terbabit boleh mengemukakan permohonan mendapatkan subsidi berkenaan mengikut terma dan syarat dikemukakan.

Ini Panduan Memohon Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS) 2020
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzruddin Abdul Rahman, Telah Mengumumkan Penerusan i-GPS Pada Tahun Ini.

Terdapat juga syarat bagi mereka yang teringin untuk memohon…

Syarat-syarat adalah seperti yang berikut:

  1. INISIATIF INI HANYA TERBUKA UNTUK ANAK SARAWAK YANG BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS DAN BELAJAR SECARA SEPENUH MASA DI IPTA/IPTS BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SAHAJA.
  2. NILAI SUBSIDI ADALAH SEBANYAK RM 300.00 SEORANG UNTUK SATU PERJALANAN DARI SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH & WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN KE SARAWAK.
  3. SEORANG PEMOHON HANYA BOLEH MEMOHON SEBANYAK DUA (2) KALI SAHAJA SETAHUN.
  4. PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIHANTAR DALAM TEMPOH 60 HARI DARI TARIKH PENERBANGAN.
  5. SETIAP PERMOHONAN HENDAKLAH DISERTAKAN DENGAN DOKUMEN BERIKUT:
    • BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP DIISI
    • SALINAN KAD PENGENALAN PEMOHON
    • SURAT PENGESAHAN PELAJAR SEPENUH MASA YANG TERKINI DARI IPT PEMOHON
    • SALINAN PAS MASUK (BOARDING PASS) & TIKET PENERBANGAN SEBAGAI BUKTI PERJALANAN
  6. SEBARANG PERMOHONAN YANG LEWAT DAN TIDAK LENGKAP TIDAK AKAN DILAYAN.
  7. SETIAP PERMOHONAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.
  8. PIHAK SARAWAK VOLUNTEERS BERHAK UNTUK MENGUBAH TERMA DAN SYARAT TANPA PERLU MEMBERI NOTIS AWAL.

Bagaimana untuk memohon?

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian di pautan laman web yayasansarawak.org.my atau dengan menggunakan mobile app Yayasan Sarawak Student App di Apple App Store (iOS) atau Google Play Store (Android).

Sik sabar mok balit eh!

Siapa-siapa yang belajar luar Sarawak akan faham betapa rasa rindunya suasana rumah, keluarga dan kawan masing-masing. Semoga tahun ini boleh melepaskan kerinduan itu dengan adanya bajet untuk balik kampung masa musim cuti nanti! Untuk keterangan lanjut mengenai pemohonan i-GPS, sila layari laman Facebook Sarawak Volunteers.

Aram pulai waiii
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Fakta Menarik Tentang 'Apai' Sarawak, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Yang Baru Fakta Menarik Tentang ‘Apai’ Sarawak, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Yang Baru
Next Article AirAsia dan MAS Tawar Kadar Tetap Untuk Cuti Tahun Baru Cina 2020 AirAsia dan MAS Tawar Kadar Tetap Untuk Cuti Tahun Baru Cina 2020

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?