fbpx
Cerita Borneo

Ketahui 5 Adat Perkahwinan Unik Masyarakat di Sabah Sarawak

Lain Kaum, Lain Adatnya.

Ketahui 5 Adat Perkahwinan Unik Masyarakat di Sabah Sarawak
Kredit : AmazingNara

Ketahui 5 Adat Perkahwinan Unik Masyarakat di Sabah Sarawak. Setiap kali menjelang musim cuti atau perayaan, ramai pasangan yang menyampaikan undangan perkahwinan. Perkara ini juga tidak terkecuali di Sabah dan Sarawak. Tambahan pula, masyarakat di Kepulauan Borneo ini memiliki latar belakang yang pelbagai. Sudah tentu banyak adat yang berbeza-beza sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Bagi mereka yang berhajat nak menjadikan orang Sabah dan Sarawak sebagai pasangan hidup, ada baiknya anda baca fakta menarik tentang beberapa adat perkahwinan yang unik dan rare ini.

Tekan next untuk teruskan membaca

“Berjarum jarum” dan “Melah Pinang”

Adat ‘berjarum-jarum‘ dan ‘melah pinang‘ ini merupakan sebahagian daripada adat perkahwinan kaum Iban di Sarawak. ‘Berjarum jarum‘ atau ‘berbunga-bunga‘ merupakan langkah pertama yang dilakukan oleh pihak lelaki apabila telah berkenan dengan seorang gadis. Langkah ini lebih kurang sama seperti merisik dalam tradisi masyarakat Melayu.

Ketahui 5 Adat Perkahwinan Unik Masyarakat di Sabah Sarawak
Ketahui 5 Adat Perkahwinan Unik Masyarakat di Sabah Sarawak. Kredit : beritaiban.com

Setelah ‘berjarum jarum‘ dipersetujui oleh kedua-dua pihak, acara pertunangan akan dilaksanakan. Sepanjang tempoh pertunangan pula, kedua-dua pasangan hendaklah mematuhi adat-adat bagi mengelakkan denda. Akhir sekali, majlis perkahwinan pasangan kaum Iban dipanggil ‘melah pinang‘.

Upacara Merisik Di Tengah Malam

Ketahui 5 Adat Perkahwinan Unik Masyarakat di Sabah Sarawak
Kredit : Cikgu Hailmi

Adat ini memang lain dari yang lain. Upacara merisik di tengah malam merupakan salah satu adat tradisi suku kaum Bidayuh di Sarawak. Pihak lelaki akan datang secara mengejut ke rumah pihak perempuan pada tengah malam. Setelah itu, ibu si gadis akan bertanyakan kepada anaknya sama ada mahu menerima lelaki tersebut atau pun tidak. Nak merisik tengah malam pun on je wei!

Jika si gadis bersetuju, pasangan tersebut akan melangsungkan pertunangan dan diketuai oleh Ketua Kampung atau Ketua Kaum. Si gadis akan menerima sebentuk cincin, pemberian wang serta barang hantaran. Pada hari perkahwinan pula, tembakan ke udara akan dilepaskan. Upacara menyembelih ayam akan dilakukan sesudah pasangan duduk di atas pelamin.

Guna Mimpi Untuk Terima Pinangan

Bagi masyarakat Dusun Suang Lotud di Sabah pula, mereka mempunyai kepercayaan bahawa si gadis patut menerima atau menolak pinangan melalui petanda yang muncul di melalui mimpi. Jika si gadis mendapat mimpi yang baik, pinangan pihak lelaki akan dipersetujui dan tali pertunangan akan diikat. Majlis pertunangan kaum Dusung Suang Lotud ini digelar “monunui”. Malanglah nasib si lelaki jika si gadis bermimpi buruk.

Pada hari perkahwinan atau digelar “papiatod”, pengantin lelaki akan diarak ke rumah pengantin perempuan menggunakan payung. Namun demikian, pasangan ini tidak akan duduk bersama di atas pelamin tetapi sebaliknya pengantin perempuan akan dihantar ke rumah pengantin lelaki melalui adat “papiadop”.

Diarak Guna “Adjong Balongan”, Pengantin Lelaki Mesti Bayar Tiga Lapis Tirai Untuk Jumpa Pasangannya

Masyarakat di pesisir pantai Sabah juga mempunyai adat perkahwinan yang istimewa. Suku kaum Ubian ialah salah satu rumpun masyarakat Bajau yang kebanyakannya tinggal di Kudat, Pulau Banggi, Pulau Gaya, Kota Kinabalu serta Semporna, Sabah. Semasa hari perkahwinan bagi kaum ini, pengantin lelaki akan diarak menggunakan “adjong balongan” iaitu kenderaan pengantin.

Perkahwinan suku kaum Bajau Sabah. Kredit : Perak Today

Kemudian, pengantin lelaki perlu melalui halangan tiga lapis tirai sebelum dapat menemui pasangannya. Pengantin lelaki haruslah membayar sejumlah wang bagi setiap lapisan tirai yang dibuka. Pasangan pengantin juga perlu bersama dalam tempoh tiga hari. Jika tidak, perkahwinan yang dilangsungkan akan dianggap terbatal mengikut adat kaum ini. Fuh, batal dia tak boleh bawa bincang!

Bersanding Sambil Lutut Pengantin Lelaki Menindih Paha Pengantin Perempuan

Wajah pemuda dan gadis Sukang. Kredit : maruwiah.com

Istimewanya bagi suku kaum Sukang, fasa melangkah ke alam perkahwinan dimulai dengan adat merisik yang dipanggil “dunuat”. Majlis pertunangan akan diadakan dengan rombongan pihak lelaki mengunjungi rumah pihak perempuan dan diketuai oleh Ketua Kaum atau Ketua Kampung. Semasa majlis pertunangan tersebut, kedua-dua belah keluarga akan berbincang tentang tentang jumlah ‘berian’ untuk majlis perkahwinan.

Tiba di hari pernikahan, pengantin lelaki akan diarak ke rumah pengantin perempuan diringi paluan gong. Menariknya, semasa bersanding, lutut pengantin lelaki hendaklah menindih paha pengantin perempuan. Dalam adat suku kaum ini juga, pengantin akan makan terlebih dahulu sebelum semua tetamu dibenarkan menjamu selera. Strict juga adat kaum Sukang ini.

Adat Perkahwinan Rare Meriahkan Suasana

Pasangan Jepun pilih tradisi perkahwinan kaum Rungus di Sabah untuk hari bahagia mereka. Kredit : Borneodihati.org

Walaupun kebanyakan adat perkahwinan ini tidak lagi diamalkan pada zaman kini, namun ia merupakan sesuatu yang menarik untuk diketahui. Kadang kala adat ini diamalkan sekadar untuk memeriahkan majlis dan suasana, bukanlah suatu kemestian.

Anda pernah menyaksikan adat perkahwinan yang lain daripada yang lain? Kongsikan cerita anda di ruangan komen dan jangan lupa like dan share post ini!

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close