Ini Panduan Permohonan Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020. Adakah anda teringin untuk memiliki sebuah rumah idaman tersendiri tapi tidak mampu untuk beli? Jangan risau! Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) membolehkan anda untuk mampu beli rumah pertama berharga RM300,000 ke bawah walaupun anda tiada penyata pendapatan bulanan dan gaji bersih RM1,000 sebulan! Berikut adalah syarat permohonan dan proses permohonan SJKP.


Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Untuk mengenali lagi tentang SJKP, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan dan ditubuhkan untuk mengatasi masalah kesukaran yang dialami mereka yang tidak berbendapatan tetap dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka. Oleh itu, pekerja yang tidak berpendapatan tetap seperti petani dan peniaga kecil berpeluang untuk memiliki rumah kediaman tersendiri.
Bank Muamalat telah melancarkan skim Smart Mortgage-SJKP dengan peruntukkan sebanyak RM70 juta kepada pelanggan yang akan menikmati pembiayaan 100% harga belian. Skim ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Tempoh pembiayaan perumahan SJKP sama seperti bank iaitu 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Syarat-syarat Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat permohonan SJKP:
- WARGANEGARA MALAYSIA BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS
- PEMBELIAN KALI PERTAMA RUMAH KEDIAMAN KOS RENDAH/SEDERHANA/MAMPU MILIK
- BERPENDAPATAN TIDAK TETAP SEPERTI PENIAGA KECIL, PETANI, PEMANDU TEKSI, NELAYAN, DLL/BERPENDAPATAN TETAP (TERTAKLUK KEPADA RM200 JUTA YANG PERTAMA SAHAJA)
- PINJAMAN BERSAMA DIBERNARKAN
- PENDAPATAN PURATA KASAR MINIMA RM1,000 SEBULAN
- PEMBELIAN RUMAH KEDIAMAN BARU/DALAM PEMBINAAN ATAU SEDIA ADA ATAU LELONGAN
- PEMBAYARAN BULANAN KESEMUA PINJAMAN <65% DARIPADA PENDAPATAN KASAR
- HANYA SAH UNTUK PEMBELIAN RUMAH KOS RENDA/SEDERHANA/MAMPU BIAYA, SAM ADA SEDANG DIBINA ATAU TELAH SIAP, RUMAH SEDIA ADA DARIPADA PENJUAL ATAU LELONGAN
- REKOD TUNGGAKAN CCRIS < 2 BULAN BAGI TEMPOH 12 BULAN TERKINI
- TIADA REKOD-REKOD NEGATIF LAIN BAGI TEMPOH 24 BULAN TERKINI
Proses Permohonan SJKP
Proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini adalah seperti berikut:
- Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
- Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.
- Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
- Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
- Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
Institusi kewangan yang terlibat
Antara institusi kewangan yang terlibat dalam proses ini ialah:
- Affin Bank
- Affin Islamic
- Agro Bank
- Alliance Bank
- Alliance Islamic Bank
- AmBank Group
- AmIslamic Bank
- Bank Islam
- BSN
- Bank Rakyat
- Hong Leong Bank
- Hong Leong Islamic Bank
- Maybank
- Maybank Islamic
- Bank Muamalat
Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad.
Selain itu, anda disarankan untuk mengemukakan permohonan melalui institusi-institusi kewangan yang mengambil bahagian dalam skim ini. SJKP tidak pernah melantik mana-mana ejen, pihak ketiga atau wakil untuk bertindak bagi pihak mereka.
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Skim Jaminan Kredit Perumahan, sila hubungi di talian No. Telefon 03-2096 5000 atau ke laman web http://www.sjkp.com.my. Anda juga boleh mengunjungi institusi-institusi kewangan berhampiran yang berserta dalam skim ini.
