• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Panduan Tempah Hotel Kuarantin Di KL Secara Percuma, Khas Untuk Rakyat Sarawak Pulang Dari Oversea

Oleh
Ismail NA
27 Februari 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Risau kena tanggung kos kuarantin sendiri? Kalau anda orang Sarawak, juh baca artikel tok lok.

Ini Panduan Tempah Hotel Kuarantin Di KL Secara Percuma, Khas Untuk Rakyat Sarawak Pulang Dari Oversea. Sejak penerbangan antarabangsa sudah mulai dibenarkan di seluruh dunia, kini anak-anak perantau boleh menarik nafas lega kerana mereka kini boleh mengambil peluang untu pulang ke kampung halaman setelah sekian lama berkelana.

Isi Isi Penting
  • Risau kena tanggung kos kuarantin sendiri? Kalau anda orang Sarawak, juh baca artikel tok lok.
  • Sebelum ketibaan ke Malaysia
  • Semasa ketibaan di Malaysia
  • Berangkat ke Sarawak
  • Teliti perkara ini terlebih dahulu sebelum anda membuat permohonan

Tahukah anda bahawa jika anda ingin pulang ke Sarawak melalui pintu masuk KLIA atau KLIA2 dari luar negara, kos kuarantin hotel (berserta ujian saringan RT-PCR) anda akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak? Inisiatif ini terpakai untuk semua rakyat Sarawak, berserta pasangan dan ahli keluarga mereka. Ya, betul.

Jum baca panduan di bawah bagi memudahkan urusan anda pulang ke Bumi Kenyalang.

Sebelum ketibaan ke Malaysia

Buat permohonan kuarantin hotel di laman sesawang https://sarawakdisastermc.com/eshotel/.
Keputusan permohonan anda akan keluar diproses dalam masa 4 hingga 7 hari waktu bekerja oleh sekretariat enterHotel. Keputusan sama ada permohonan anda diluluskan atau ditolak akan dihantar ke alamat emel yang telah anda daftarkan. Jika permohonan anda ditolak, alasan permohonan anda tidak diterima juga akan turut dinyatakan dalam emel tersebut.
Dalam masa 24 jam sebelum ketibaan, anda akan menerima emel atau pesanan Whatsapp berkenaan pengesahan tempahan daripada pihak hotel.
Ini Panduan Tempah Hotel Kuarantin Di KL Secara Percuma, Khas Untuk Rakyat Sarawak Pulang Dari Oversea
Ini Panduan Tempah Hotel Kuarantin Di KL Secara Percuma, Khas Untuk Rakyat Sarawak Pulang Dari Oversea. Tangkap layar sistem enterHotel.

Semasa ketibaan di Malaysia

Anda akan dijemput oleh pihak pengangkutan hotel dari KLIA. Khidmat pengangkutan ini termasuk dalam pakej tempahan hotel.
Daftar masuk ke hotel kuarantin pilihan anda.
Lakukan ujian saringan RT-PCR. Sekiranya ujian saringan anda negatif, arahan pelepasan kuarantin akan dikeluarkan mengikut Annex 17.

Berangkat ke Sarawak

Lengkapkan Borang Pengisytiharan e-Health (e-HDF) sebelum anda berlepas. Borang ini sah selama 12 jam sahaja. Borang tersebut boleh didapati di laman sesawang ini: https://ehdf.sarawak.gov.my/
Selesai! Setibanya anda di Sarawak, anda tidak perlu lagi menjalani kuarantin dan boleh pulang ke rumah untuk berjumpa dengan ahli keluarga.

Teliti perkara ini terlebih dahulu sebelum anda membuat permohonan

Untuk memastikan kelancaran urusan anda sewaktu ketibaan di Malaysia kelak, anda haruslah menyemak semula terma dan syarat permohonan seperti berikut;

  1. Permohonan untuk tempahan hotel kuarantin di Semenanjung Malaysia hendaklah dibuat antara 4 hingga 10 hari bekerja sebelum tarikh ketibaan anda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).
  2. Permohonan di luar rangka masa yang diberikan ini tidak akan dilayan.
  3. Kesemua urusan pembatalan mesti dibuat sekurang-kurangnya satu (1) hari sebelum ketibaan bagi mengelak dikenakan cas pembatalan. Individu yang tidak hadir atau membuat pembatalan saat akhir dalam masa 24 jam daripada waktu ketibaan akan dikenakan cas.
  4. Tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya individu yang telah membuat tempahan tidak muncul di hotel kuarantin tanpa alasan yang munasabah.
  5. Perkongsian bilik hanya dibenarkan untuk ahli keluarga atau penjaga kanak-kanak, dengan maksimum 2 orang dewasa setiap bilik.
Ini Panduan Tempah Hotel Kuarantin Di KL Secara Percuma, Khas Untuk Rakyat Sarawak Pulang Dari Oversea

Walau bagaimanapun, anda tidak mempunyai pilihan untuk memilih hotel kuarantin kerana ketetapan ini akan ditentukan oleh sekretariat enterHotel sendiri. Maknanya, sehari sebelum anda balik ke Malaysia lah baru anda tahu nanti kuarantin kat hotel yang mana satu.

***Bagi individu yang memilih untuk terbang terus dari negara Singapura ke Kuching, anda akan dikuarantin di hotel kuarantin di Kuching, Sarawak dengan pakej berbayar dan tidak ditanggung oleh kerajaan Sarawak. Tempahan juga boleh dibuat di laman sesawang yang sama.

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif ini, anda boleh menghubungi Pejabat Perhubungan Negeri Sarawak di talian 082-443991.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Isu Bangkai Cicak Dalam Tin Minuman, Gadis Miri Tampil Diri Mohon Maaf Secara Terbuka Tular Isu Bangkai Cicak Dalam Tin Minuman, Gadis Miri Tampil Diri Mohon Maaf Secara Terbuka
Next Article Setelah Hampir 20 Tahun, Tarikan Pelancongan Rainforest Skywalk Terpanjang Di Sabah Akhirnya Siap 100%

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?