• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Isu Bangkai Cicak Dalam Tin Minuman, Gadis Miri Tampil Diri Mohon Maaf Secara Terbuka

Oleh
Nazihah AN
26 Februari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Tular Isu Bangkai Cicak Dalam Tin Minuman, Gadis Miri Tampil Diri Mohon Maaf Secara Terbuka

Berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sesekali

Tular Isu Bangkai Cicak Dalam Tin Minuman, Gadis Miri Tampil Diri Mohon Maaf Secara Terbuka. Setiap perbuatan pasti akan ada balasannya, itulah yang dihadapi oleh gadis yang berasal dari Miri ini yang sebelumnya telah menularkan isu berkenaan dengan terdapat bangkai cicak di dalam tin minuman milik syarikat pengeluar ini.

Sebelum ini pemilik akaun Facebook Nrthrhh Jfrr telah memuat naik satu gambar yang memaparkan bangkai cicak di atas air minuman dalam tin namun sempat dipadam dia sendiri. Gadis tersebut juga telah mendakwa dirinya terminum air minuman dalam tin mengandungi bangkai cicak.

Tular Isu Bangkai Cicak Dalam Tin Minuman, Gadis Miri Tampil Diri Mohon Maaf Secara Terbuka
Tular Isu Bangkai Cicak Dalam Tin Minuman, Gadis Miri Tampil Diri Mohon Maaf Secara Terbuka. Sumber gambar: FB Nrthrhh Jfrr

Gadis ini tampil dengan memuat naik permohonan maaf melalui laman Facebook akaun miliknya sendiri

Syarikat ini bertindak untuk membuat laporan polis terhadap gadis tersebut atas dakwaan berbaur fitnah yang telah dibuat gadis itu di laman Facebook boleh menjejaskan perniagaan syarikat mereka setelah gadis tersebut tidak menghiraukan pesanan mesenger dari syarikat pengeluar itu sendiri.

Takut akan bayar saman, gadis ini bertindak untuk membuat permohonan maaf secara terbuka petang semalam setelah membuat perbincangan dengan syarikat tersebut agar tidak mengambil tindakan lanjut terhadap isu tersebut.

“Sebenarnya selepas saya membuka Minuman Air Tin “Three Tea – teh C Special”, saya tidak menghabiskan minuman tersebut dengan segera. Saya telah menyimpankan air tin yang telah saya buka tersebut di dalam peti sejuk. Oleh itu, terdapat kemungkinan besar cicak tersebut masuk ke dalam air tin tersebut setelah saya membuka air tin tersebut. Hal ini kerana bangkai cicak tersebut adalah sempurna dan tidak reput.”
Nrthrhh Jfrr

Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh pemilik akaun gadis tersebut dengan penjelasan berkenaan bagaimana terdapat bangkai cicak di dalam tin minumannya. Gadis tersebut turut berjanji untuk tidak memuatnaik kongsian tersebut di laman Facebook atau di tempat lain.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article AirAsia U-Turn, Batalkan Cas RM 100 Setelah Menerima Kritikan Ramai
Next Article Ini Panduan Tempah Hotel Kuarantin Di KL Secara Percuma, Khas Untuk Rakyat Sarawak Pulang Dari Oversea

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?