I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini Panduan Untuk Memohon PerantiSiswa Untuk Pelajar Pelbagai Peringkat Pengajian
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Ini Panduan Untuk Memohon PerantiSiswa Untuk Pelajar Pelbagai Peringkat Pengajian

Oleh Nur Afifah 5 September 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Adakah anda pelajar di pelbagai peringkat pengajian? Jangan lupa untuk mohon bantuan terbaharu ini.

Ini Panduan Untuk Memohon PerantiSiswa Untuk Pelajar Pelbagai Peringkat Pengajian. Pembelajaran pada masa kini pastinya memerlukan pelajar menguasai pelbagai kemahiran digital dan dalam talian. Malah, perkakas elektronik bukan sekadar kehendak tetapi sebaliknya satu keperluan bagi memudahkan urusan pembelajaran.

Tahukah anda bahawa anda masih memiliki masa untuk memohon bantuan PerantiSiswa? Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini adalah di bawah Belanjawan 2022 dan diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Ini Panduan Untuk Memohon PerantiSiswa Untuk Pelajar Pelbagai Peringkat Pengajian
Ini Panduan Untuk Memohon PerantiSiswa Untuk Pelajar Pelbagai Peringkat Pengajian

Setiap pemohon yang layak bakal menerima peranti tablet berjenama Samsung Galaxy Tab A8 LTE, berserta Samsung Smart Keyboard Trio 500 (EJ-B3400), ITFIT Stylus Pen (GP-JPU022SAASW), casing ITFIT TAB A8 (GP-FBU022SAAJW). Bukan kaleng-kaleng ya?

Ini Panduan Untuk Memohon PerantiSiswa Untuk Pelajar Pelbagai Peringkat Pengajian
Kredit foto: Lowyat.NET

Syarat-syarat permohonan PerantiSiswa

  1. Pemberian satu (1) unit peranti untuk pemohon yang memenuhi syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
  • Sedang mengikuti pengajian di peringkat Tingkatan 6, Asasi, Matrikulasi, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia;
  • Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
  • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
  • Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.

2. Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.

3. Peranti yang diberikan ini berdasarkan Kaedah Guna Pakai (KGP). Mahasiswa perlu menyerahkan semula peranti mengikut kaedah yang ditentukan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditetapkan oleh Pentadbir Program.

4. Peranti wajib dipulangkan sekiranya mahasiswa tersebut:

  • menamatkan pengajian;
  • berhenti pengajian;
  • dibuang pengajian;
  • menyalahgunakan peranti sehingga mendatangkan kemudaratan dan menyalahi undang-undang negara; atau
  • melanggari syarat yang ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.

Walau bagaimanapun, selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia semasa Majlis Pelancaran PerantiSiswa Keluarga Malaysia pada 3 September 2022 di UiTM Shah Alam, tablet PerantiSiswa Keluarga adalah diberikan terus secara percuma kepada penerima yang diluluskan.

@aeraaa_s

alhamdulillah got mine 🥰 sesiapa yg nk apply, masih boleh apply yee #perantisiswa #perantisiswa2022

♬ Tiba-Tiba Speed Up – liriklaguツ

Cara-cara memohon

1. Masuk ke laman sesawang https://perantisiswa.kkmm.gov.my/ dan tekan butang ‘Daftar Pengguna’.

Ini Panduan Untuk Memohon PerantiSiswa Untuk Pelajar Pelbagai Peringkat Pengajian

Jika anda sudah pernah mendaftar sebelum ini, tekan butang “Log Masuk”

Ini Panduan Untuk Memohon PerantiSiswa Untuk Pelajar Pelbagai Peringkat Pengajian

2. Isi butiran maklumat pelajar, butiran pengajian, alamat dan butiran ibu bapa.

Ini Panduan Untuk Memohon PerantiSiswa Untuk Pelajar Pelbagai Peringkat Pengajian
Ini Panduan Untuk Memohon PerantiSiswa Untuk Pelajar Pelbagai Peringkat Pengajian

3. Tandakan butang perakuan pelajar dan tekan butang “Hantar Permohonan”. Selesai!

Ini Panduan Untuk Memohon PerantiSiswa Untuk Pelajar Pelbagai Peringkat Pengajian

Permohonan yang berjaya akan mengambil peranti di IPT masing-masing.

Dijangkakan seramai 350,000 mahasiswa akan menerima manfaat daripada pelaksanaan inisiatif PerantiSiswa pada tahun ini.

Pelajar dan mahasiswa yang telah diluluskan permohonan PerantiSiswa akan menerima notifikasi melalui emel berkenaan status permohonan mereka. Pemohon perlu membuat persetujuan penerimaan dan akan dimaklumkan mengenai tarikh dan tempat pengambilan PerantiSiswa tersebut. Pengagihan PerantSiswa adalah di IPT masing-masing.

Permohonan PerantiSiswa Fasa 2 mula dibuka semula pada 1 Ogos 2022 mulai jam 8 pagi sehingga 30 September 2022 melalui pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my. Bah, mohonlah sekarang!

Bagi anak Sabah Sarawak pula yang sedang mencari sumber kewangan sokongan untuk kemasukan ke IPT, anda boleh cuba saluran ini juga:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Disambut Meriah Tidak Mengira Bangsa, Kuching Intercultural Mooncake Festival Dipuji Ramai
Next Article Wanita Cederakan Anak Teman Lelakinya Kerana Lupa Tutup Peti Sejuk, Didenda RM1.5K Di Kuching Wanita Cederakan Anak Teman Lelakinya Kerana Lupa Tutup Peti Sejuk, Didenda RM1.5K Di Kuching

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?