I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Wanita Cederakan Anak Teman Lelakinya Kerana Lupa Tutup Peti Sejuk, Didenda RM1.5K Di Kuching
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Cederakan Anak Teman Lelakinya Kerana Lupa Tutup Peti Sejuk, Didenda RM1.5K Di Kuching

Oleh Nazihah AN 5 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Wanita Cederakan Anak Teman Lelakinya Kerana Lupa Tutup Peti Sejuk, Didenda RM1.5K Di Kuching

Wanita tersebut mencederakan anak berusia 8 tahun

Wanita Cederakan Anak Teman Lelakinya Kerana Lupa Tutup Peti Sejuk, Didenda RM1.5K Di Kuching. Seorang penganggur didenda RM1,500 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengetuk kepala anak lelaki kepada teman lelakinya berusia lapan tahun ke dinding.

Menerusi laporna media The Borneo Post, Nurlyana Abdullah, 36, mengaku bersalah di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi selepas pertuduhan yang dirangka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapnya.

Wanita Cederakan Anak Teman Lelakinya Kerana Lupa Tutup Peti Sejuk, Didenda RM1.5K Di Kuching
Wanita Cederakan Anak Teman Lelakinya Kerana Lupa Tutup Peti Sejuk, Didenda RM1.5K Di Kuching. Gambar sebagai hiasan

Ibu kandung bertindak membuat laporan ke atas wanita tersebut

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Difahamkan bahawa wanita tersebut melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Rudan Rayang di Padawan kira-kira jam 10 pagi pada 27 Ogos 2021.

Berdasarkan fakta kes, ibu kandung mangsa membuat laporan polis selepas mengetahui kejadian itu daripada keluarga bekas mentuanya. Pengadu bercerai dengan bapa mangsa dan tinggal berasingan dengan mangsa, yang tinggal bersama bapanya dan teman wanita bapanya.

Siasatan kes mendapati mangsa terlupa menutup pintu peti sejuk selepas mengambil air minuman lalu wanita tersebut bertindak balas dengan memarahi dan mengetuk kepala mangsa ke dinding.

Wanita Cederakan Anak Teman Lelakinya Kerana Lupa Tutup Peti Sejuk, Didenda RM1.5K Di Kuching
Gambar sebagai hiasan

Bapa mangsa bekerja ketika kejadian dan hanya berada di rumah pada waktu petang.

Mangsa kemudiannya diperiksa di Hospital Umum Sarawak dan laporan perubatannya menyatakan dia mengalami kecederaan di dahi dan hidung kanannya.

Difahamkan juga, pengadu (ibu kandung mangsa) tidak memohon hak penjagaan anak itu kerana dia seorang yang cacat akibat kencing manis.

Pendakwaan kes oleh Insp Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala Nurlyana tidak diwakili peguam.

Lagi artikel menarik di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Panduan Untuk Memohon PerantiSiswa Untuk Pelajar Pelbagai Peringkat Pengajian
Next Article Semakin Membimbangkan, Polis Mendapati 106K Alamat IP Malaysia Terlibat Dalam Kandungan Lucah Kanak-Kanak Semakin Membimbangkan, Polis Mendapati 106K Alamat IP Malaysia Terlibat Dalam Kandungan Lucah Kanak-Kanak

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?