I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Reading: Ini Persediaan Untuk Anda Memeriahkan #RWMF2022 Pasca Pandemik
Font ResizerAa
I Love Borneo I Love Borneo
Font ResizerAa
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Persediaan Untuk Anda Memeriahkan #RWMF2022 Pasca Pandemik

Oleh iloveborneo 17 Jun 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Ini Persediaan Untuk Anda Memeriahkan #RWMF2022 Pasca Pandemik

Musim festival muzik pun sudah bermula!

Ini Persediaan Untuk Anda Memeriahkan #RWMF2022 Pasca Pandemik! Hari ini menandakan hari pertama Rainforest World Music Festival (RWMF) 2022 akan diadakan di Kampung Budaya Sarawak. Festival muzik tahunan tiga hari yang diisi dengan muzik dan aktiviti menarik, ini akan menjadi kali pertama dalam dua tahun RWMF diadakan secara fizikal sejak kali terakhir ia diadakan secara fizikal pada tahun 2019 sebelum pandemik Covid-19.

Isi Isi Penting
Musim festival muzik pun sudah bermula!Item yang perlu ada dalam beg anda!Adakah anda akan duduk atau berdiri semasa menikmati muzik?Tak perlu bawa botol air!Pastikan anda membawa wang tunai yang cukup!

Jika anda seorang pengunjung yang kembali ke RMWF atau pengunjung buat kali pertama, pastikan anda bersedia! Berikut adalah senarai item untuk anda sediakan sebelum anda ke Rainforest World Music Festival!

Ini Persediaan Untuk Anda Memeriahkan #RWMF2022 Pasca Pandemik

Item yang perlu ada dalam beg anda!

Sebelum itu, perkara paling penting yang perlu anda sediakan ialah mencari beg yang sesuai! Ingat bahawa anda akan pergi ke festival muzik, jadi tidak akan ada tempat yang selamat untuk menyimpan barang berharga anda. Jadi pastikan anda memilih beg yang sesuai untuk membawa barang-barang anda dan cukup selesa untuk anda bawa ke mana-mana.

Artikel Lain

AirAsia Buka Laluan Baharu, Penerbangan Langsung KK-Seoul Mulai Mac 2024
Pemain Bola Darah Sarawak, Dion Cools Dikritik Media China Lupa Asal Usul
Pemain Bola Darah Sarawak, Dion Cools Dikritik Media China Lupa Asal Usul
Gara-Gara Tampar Penunggang Motorsikal Di Bintulu, Pihak Polis Kini Cari Pemandu Vios Putih
Gara-Gara Tampar Penunggang Motorsikal Di Bintulu, Pihak Polis Kini Cari Pemandu Vios Putih

Dalam beg anda, anda perlu menyediakan barangan yang boleh membuatkan anda selesa sepanjang hari. Bersedia untuk hujan (kerana RWMF diadakan outdoor), jadi pakai pakaian yang sesuai dengan cuaca. Bagi non-Muslim, anda boleh pertimbangkan untuk memakai pakaian yang ringan seperti t-shirt/singlet dan seluar pendek, anda juga boleh pertimbangkan untuk memakai selipar atau sandal (namun, jika anda memilih untuk memakai kasut, tidak mengapa juga! Cuma pastikan anda tidak kisah jika ia kotor sekiranya tapak festival menjadi berlumpur akibat hujan).

Kredit foto: Running Malaysia

Selain memakai pakaian yang sesuai, bawa payung atau baju hujan sekiranya hujan lebat agar anda dapat mengelak barang penting dalam beg anda basah.

Just to be safe, anda juga boleh menggunakan sarung kalis air untuk telefon bimbit anda sekiranya anda mahu menggunakan telefon bimbit anda pada kebanyakan masa.

Anda boleh guna sarung kalis air telefon bimbit seperti ini! Kredit foto: oxicom

Jika anda pergi pada waktu siang, datang bersedia dengan cermin mata hitam dan sunblock! Haa… Enjoy memang enjoy, tapi jangan lupa untuk jaga kulit anda, tau!

Adakah anda akan duduk atau berdiri semasa menikmati muzik?

Tapak festival akan diadakan di kawasan lapang dan tempat duduk yang sesuai akan terhad. Anda boleh memilih untuk datang bersedia dengan membawa tikar yang boleh dilipat untuk anda duduk sekiranya tiada tempat yang sesuai untuk duduk jika anda ingin berehat daripada berdiri terlalu lama.

Kerana tapak festival mungkin berlumpur kerana kehadiran ramai orang, anda boleh membawa beberapa cleansing wipes juga untuk membersihkan diri sekiranya anda perlu. Terdapat tandas berdekatan tapak festival tetapi kita perlu ingat tandas mungkin penuh pada kebanyakan masa kerana kehadiran ramai orang, jadi membawa tisu pembersih boleh menjimatkan masa!

Pastikan anda membawa wet wipes seperti ini untuk membersihkan diri sekiranya tandas dipenuhi pengunjung. Kredit foto: BBC

Tak perlu bawa botol air!

Sekiranya anda tidak tahu, RMFW mempunyai peraturan ketat mengenai membawa makanan dan minuman dari luar ke dalam premis. Biasanya, membawa botol air adalah digalakkan jika mengunjungi festival muzik tetapi kerana peraturan, anda tidak perlu membawa botol air anda ke dalam premis RMWF.

Anda boleh memilih untuk membeli air daripada penjual yang menjual di tapak festival atau anda boleh membawa botol air kosong untuk digunakan untuk mengisi semula air!

Kredit foto: Ask the Scientists

Pastikan anda membawa wang tunai yang cukup!

Dan yang paling penting, bawa wang tunai yang mencukupi! Terdapat hanya satu ATM yang tersedia di Damai Central (di luar Kampung Budaya Sarawak) namun, ada kalanya ATM itu tidak berfungsi.

Sudah tentu, anda juga boleh memilih untuk menggunakan transaksi dalam talian namun just to be safe, bawa wang tunai bersama anda juga!

Kredit foto: Kementeriang Kewangan Malaysia

Semoga senarai ini dapat membantu anda! Have fun and stay safe, semua!

Adakah anda bersedia untuk #RWMF2022?

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pengeluaran Tunai MyDebit Bakal Dikenakan Caj RM0.50 Mulai 1 Julai Ini Pengeluaran Tunai MyDebit Bakal Dikenakan Caj RM0.50 Mulai 1 Julai Ini
Next Article Kenali 4 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Yang Pernah Melakar Sejarah

Advertorial

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
#innovatesarawak
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Berita Malaysia
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?