• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Setelah Dua Tahun Diadakan Dalam Talian, Rainforest World Music Festival Akan Kembali Tahun Ini!

Oleh
ILB - AI
13 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Setelah Dua Tahun Diadakan Dalam Talian, Rainforest World Music Festival Akan Kembali Tahun Ini!

Rainforest World Music Festival edisi ke-25 akan kembali pada tahun ini!

Setelah Dua Tahun Diadakan Dalam Talian, Rainforest World Music Festival Akan Kembali Tahun Ini! Jika ada satu perkara yang biasanya dinantikan oleh kebanyakan warga Sarawak pada setiap pertengahan tahun, ia adalah Rainforest World Music Festival!

Biasanya digelar sebagai ‘Rainfest’, tahun ini festival muzik yang dinanti-nantikan akhirnya akan kembali ke pentas selepas diadakan dalam talian selama dua tahun sejak pandemik Covid-19!

Setelah Dua Tahun Diadakan Dalam Talian, Rainforest World Music Festival Akan Kembali Tahun Ini!

Bakal diadakan pada 17 – 19 June 2022

Diadakan setiap tahun di Kampung Budaya Sarawak, edisi Rainfest ini akan menjadi kali pertama ia diadakan secara fizikal sejak tahun 2019, di mana ia kali terakhir diadakan secara fizikal sebelum pandemik Covid-19 yang berlaku pada 2020.

Walaupun ia dilakukan secara dalam talian sejak dua tahun lepas, tahun ini akan menandakan kali pertama ia diadakan secara fizikal dan ini disahkan apabila Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sarawak secara rasmi melancarkan Rainforest World Music Festival ke-25 hari ini di Kampung Budaya Sarawak.

Kredit foto: FB Ministry of Tourism, Creative Industry and Performing Arts Sarawak

Untuk Rainfest edisi tahun ini, temanya adalah Legendary Rainforest Celebration dan akan diadakan secara hybrid iaitu secara fizikal dan juga siaran langsung melalui platform yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Tarikh festival yang dinanti-nantikan itu akan jatuh pada 17 – 19 Jun 2022 dan laman web rasmi festival sudah tersedia dalam talian. Walau bagaimanapun, pada masa penulisan ini, pembelian tiket masih tidak tersedia.

Kredit foto: FB Ministry of Tourism, Creative Industry and Performing Arts Sarawak

Untuk butiran lanjut, sila layari laman web rasmi Rainfest di rwmf.net untuk maklumat terkini.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Isu Jeti Kayu RM 50,000 Di Miri, SPRM Siasat Tiada Unsur Rasuah Dalam Projek Pembinaannya
Next Article Berita Baik! Don’s Burger Akhirnya Dibuka Pada 16 April Ini Di Milan Square, Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?