• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Ini Port Cun Menonton Pertunjukan Bunga Api Di Kuching

Oleh
Ismail NA
8 November 2023
Kongsi
6 Min Bacaan

Antara tempat yang best di Kuching untuk menonton bunga api

Ini Port Cun Menonton Pertunjukan Bunga Api Di Kuching. Kuching, ibu negeri Sarawak, terkenal dengan perayaan-perayaan yang meriah sepanjang tahun. Salah satu penyediaan istimewa semasa perayaan-perayaan besar adalah pertunjukan bunga api yang mengagumkan. Sama ada untuk menyambut Tahun Baru Cina, Hari Malaysia, atau Hari Raya, langit malam Kuching pasti dihiasi dengan ribuan bunga api berwarna-warni yang menakjubkan.

Selain tepian sungai, terdapat beberapa lokasi menarik lain di sekitar bandar Kuching yang sesuai untuk menyaksikan kembang api. Bukit Mata Kuching, Dataran Merdeka, Pantai Damai atau rooftop merupakan sebahagian dari tempat-tempat strategik untuk menikmati bunga api dengan pemandangan yang baik.

Sumber: stail.my

Bagi sesetengah orang, menyaksikan pertunjukan bunga api menjelang malam sesebuah perayaan atau hari bersejarah adalah suatu kelaziman. Apatah lagi ditemani keluarga, rakan-rakan mahu pun orang yang tersayang. Memori terciptalah katakan.

Tapi, tak syok lah kalau asyik tengok kat Waterfront je kan? Jangan risau, kami ada cadangan port cun yang lain untuk anda.

1. Hotel Riverside Majestic (Astana Wing)

Ini Port Cun Menonton Pertunjukan Bunga Api Di Kuching
Ini Port Cun Menonton Pertunjukan Bunga Api Di Kuching

Astana Wing merupakan blok tambahan hotel Riverside Majestic yang baru dibuka pada tahun 2018. Keistimewaan utama blok ini ialah ianya betul-betul menghadap Sungai Sarawak a.k.a Waterfront. Kebanyakan biliknya pula menghadap ke arah sungai. Jadi, anda tidak perlu bersesak-sesak ke Waterfront kerana anda boleh menontonnya dari dalam bilik anda sambil menghirup segelas Cola dan mengunyah kacang tanah. Lagi santai bukan?

Maklumat lain

Lokasi: Jalan Tunku Abdul Rahman, 93050 Kuching, Sarawak

Nombor telefon: 082-532 222

2. BDC Flyover Interchange

Ini Port Cun Menonton Pertunjukan Bunga Api Di Kuching
Ini Port Cun Menonton Pertunjukan Bunga Api Di Kuching

Flyover BDC ini kebiasaannya menjadi tumpuan para pencinta kedamaian yang tidak mahu bersesak di Waterfront untuk melihat bunga api. Di sini, anda hanya perlu ‘parking tepi’ dan menikmati letusan warna di angkasa untuk beberapa minit pertama tahun baru mahupun tahun baru cina. Kebiasaannya, bunga api yang dapat dilihat dari sini adalah daripada masyarakat tempatan dan juga pertunjukan bunga api sebenar.

Sekiranya anda ke sini, kami nasihatkan agar anda meletakkan kenderaan anda pada posisi yang paling bijak dan selamat kerana flyover ini tetap menjadi laluan kenderaan. Bak kata orang putih, park and enjoy at your own risk.

3. Jambatan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman @ Jambatan Satok

Ini Port Cun Menonton Pertunjukan Bunga Api Di Kuching
Ini Port Cun Untuk Anda Menonton Pertunjukan Bunga Api di Kuching

Jambatan Datuk Patinggi Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan Jambatan Satok juga merupakan port yang popular untuk menonton pertunjukan bunga api.

Bagaimanapun, akses ke jambatan itu tidak konsisten, kadang-kadang dibuka dan kadang-kadang ditutup. Sungguh mengecewakan kerana orang ramai tidak dapat menikmati dan menggunakan Jambatan Gantung Satok yang dibina semula sepenuhnya memandangkan ia kekal tidak boleh diakses kecuali pada hari-hari tertentu bila ia dibuka sementara. Pihak berkuasa tidak memberikan maklumat yang jelas bila jambatan itu akan dibuka rasmi dan sepenuhnya untuk kegunaan orang ramai selepas pengubahsuaian.

Kalau dah buka, bolehlah anda bersiar-siar di atas jambatan tersebut sebelum pertunjukan bunga api bermula.

Maklumat lain

Lokasi: 25, Q309, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

4. Jambatan Tun Salahuddin (Jambatan Tol)

Ini Port Cun Menonton Pertunjukan Bunga Api Di Kuching
Ini Port Cun Menonton Pertunjukan Bunga Api Di Kuching

Jambatan Tun Salahuddin atau nama popularnya, Jambatan Tol merupakan sebuah jambatan yang menghubungkan kawasan Pending (Kuching Selatan) dengan bahagian Petrajaya (Kuching Utara). Untuk menonton bunga api di sini, kami sarankan agar anda meletakkan kenderaan dalam jarak selamat dan seeloknya berjalan kaki ke puncak jambatan untuk mendapatkan pemandangan yang terbaik.

Bagi anda yang pertama kali datang ke Kuching, dahulunya anda perlu membayar tol jika hendak ke Petrajaya melalui jambatan ini. Namun disebabkan bayaran tol dimansuhkan sejak Januari 2016 (terima kasih kepada arwah Tok Nan), perjalanan trafik di sini saban hari sentiasa sibuk.

Maklumat lain

Lokasi: Tun Salahuddin Brg, 93050 Kuching, Sarawak

5. Jambatan Darul Hana

Jambatan ini menawarkan sudut pandangan yang luas untuk menikmati pertunjukan bunga api di kedua-dua belah tepi Sungai Sarawak. Penonton boleh berdiri di atas jambatan sambil menyaksikan bunga api di langit malam Kuching.

Suasana menyaksikan bunga api dari atas Jambatan Darul Hana pastinya sangat meriah dan menarik. Ia boleh menampung ribuan penonton pada satu-satu masa. Bagi mendapat tempat strategik, penonton perlu datang awal untuk mendapatkan tempat di tengah-tengah jambatan. Bawalah pelapik duduk untuk keselesaan menonton yang lebih lama.

Maklumat lain

Lokasi: 93000 Kuching, Sarawak

Nombor telefon: 017-356 1980

Kuching adalah tempat yang hebat untuk menyaksikan persembahan bunga api yang menakjubkan, terutamanya semasa perayaan besar. Tepian sungai di Kuching adalah kawasan utama untuk menonton, tetapi tempat-tempat seperti Bukit Mata Kuching dan bar di bumbung turut menawarkan pengalaman yang hebat.

Cari lokasi yang baik lebih awal untuk menikmati suasana perayaan dan menonton bunga api yang mengagumkan supaya anda dapat menikmati pengalaman yang terbaik.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Ini Adalah 36 Jenis Bunga Api Yang Boleh Dijual Sempena Aidilfitri Ini
Tempat Dating Santai, Bersama Pasangan Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lambat Check-In Dan Hampir Terlepas Flight, Abang Pilot Ini Tampil Tegur Influencer Terkenal Lambat Check-In Dan Hampir Terlepas Flight, Abang Pilot Ini Tampil Tegur Influencer Terkenal
Next Article PMX Kini Beri Lampu Hijau Untuk Siasat Kes Rasuah Atas Menteri Dan Pegawai Tinggi Kerajaan PMX Kini Beri Lampu Hijau Untuk Siasat Kes Rasuah Atas Menteri Dan Pegawai Tinggi Kerajaan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?