• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Ini Senarai Penginapan Airbnb Yang Gempak Di Sekitar Kuching

Oleh
Nazihah AN
7 November 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Ini Senarai Penginapan Airbnb Yang Gempak Di Sekitar Kuching

Hujung tahun ni bolehlah tempah untuk family korang

Ini Senarai Penginapan Airbnb Yang Gempak Di Sekitar Kuching. Dengan kepelbagaian budaya dan keindahan alam semula jadi, menawarkan pelbagai pilihan penginapan Airbnb yang unik dan menarik.

Jika anda merancang percutian ke Sarawak dan mencari tempat yang selesa serta istimewa untuk menginap, berikut adalah senarai penginapan Airbnb yang pasti akan memukau anda.

1. Mendung Escape

Ini Senarai Penginapan Airbnb Yang Gempak Di Sekitar Kuching

Mendung Escape merupakan satu tempat penginapan yang terletak di kaki gunung di Singai, Kuching. Untuk melayakkan anda menikmati percutian dan penginapan yang indah ini anda perlu hiking selama 30 minit sebelum tiba ke tempat penginapan ini.

Jangan risau, setibanya anda di Mendung Escape, anda akan melihat betapa indahnya pemandangan dari atas ini. Paling syok, ada masanya anda akan melihat awan di bawah anda.

Ini Senarai Penginapan Airbnb Yang Gempak Di Sekitar Kuching
Kredit : FB Mendung Escape

Untuk menyemak harga terkini Mendung Escape anda boleh rujuk : Airbnb Mendung Escape

2. Pinggir Siak

Ini Senarai Penginapan Airbnb Yang Gempak Di Sekitar Kuching
Ini Senarai Penginapan Airbnb Yang Gempak Di Sekitar Kuching

Pinggir Siak pula terletak bersebelahan dengan sungai yang jernih, juga terletak di kawasan Singai. Pinggir Siak turut dimiliki oleh pemilik Mendung Escape. Sekiranya anda pernah menginap di Mendung Escape, jangan lupa untuk menginap di Pinggir Siak pula. 2 tempat berbeza di kawasan yang hampir sama ini pasti memberikan anda pengalaman yang sangat menarik untuk percutian anda.

Ini Senarai Penginapan Airbnb Yang Gempak Di Sekitar Kuching

Untuk menyemak harga terkini Pinggir Siak anda boleh rujuk : Airbnb Pinggir Siak

3. Boyan Height Siburan

Ini Senarai Penginapan Airbnb Yang Gempak Di Sekitar Kuching

Boyan Height merupakan satu penginapan yang terletak di tengah tengah kawasan eko pelancongan Padawan, bersebelahan dengan Kampung Git. Boyan Height menyediakan akses kepada Rumah Panjang Tradisional, Trekking dan banyak lagi aktiviti yang sangat menarik di kawasan sekitar mereka.

Bilik di Boyan Height mempunyai balkoni di mana anda akan menikmati pemandangan berhadapan dengan gunung yang sangat indah.

Ini Senarai Penginapan Airbnb Yang Gempak Di Sekitar Kuching
Kredit: FB Lex Chai

Untuk menyemak harga terkini Boyan Height anda boleh rujuk : Airbnb Boyan Height/ atau anda boleh whatsapp terus ke nombor yang tertera: +6010-597 3012

4. Kabana Kampung Chalet

Ini Senarai Penginapan Airbnb Yang Gempak Di Sekitar Kuching

Terletak di sebuah kampung yang menawan, 40 km dari bandar Kuching, terdapat sebuah penginapan persendirian yang menawarkan pemandangan gunung (Gunung Serapi) dan sungai hutan (Sungai Rayu).

Alam semula jadi yang menakjubkan dengan pokok bakau, orkid liar, rama-rama, capung, serta bunyi katak dan serangga, mencipta suasana yang unik. Anda hanya perlu memandu selama 30 minit dari Bandaraya Kuching untuk menikmati ketenangan yang disediakan oleh tempat penginapan ini

Ini Senarai Penginapan Airbnb Yang Gempak Di Sekitar Kuching

Untuk menyemak harga terkini Kabana Kampung anda boleh rujuk : Airbnb Kabana Kampung

5. The Glass Villa Borneo Highland Resort

Ini Senarai Penginapan Airbnb Yang Gempak Di Sekitar Kuching

Bagi yang hendak berkunjung ke Borneo Highlands pula, anda boleh la try usha usha The Glass Villa ini. Terletak di Borneo Highlands, The Glass Villa ini sesuai untuk anda berehat dan bersantai bersama keluarga dan rakan rakan yang tersayang.

Ini Senarai Penginapan Airbnb Yang Gempak Di Sekitar Kuching

Untuk menyemak harga terkini The Glass Villa anda boleh rujuk : Airbnb The Glass Villa

Okay ini pulak tambahan yee..

6. Kurakura Homestay

Ini Senarai Penginapan Airbnb Yang Gempak Di Sekitar Kuching

KuraKura Homestay ini merupakan sebuah penginapan rare yang terletak di dalam hutan Sarawak. Mana tidaknya, satu-satunya cara untuk sampai ke sana ialah dengan menaiki bot daripada kampung yang terdekat iaitu Kampung Semadang, Padawan dan ianya mengambil masa selama 25 minit.

Homestay tersebut terletak di kawasan hutan bukit Borneo Highlands, Padawan.

Ini Senarai Penginapan Airbnb Yang Gempak Di Sekitar Kuching

Untuk membuat tempahan penginapan di KuraKura Homestay anda boleh rujuk : FB KuraKura Homestay atau anda boleh hubungi +6012-892 0051

Lagi artikel berkenaan dengan penginapan yang best, anda boleh baca bawah:

Ini Senarai Bilik Hotel Selesa Bawah RM150 Di Kota Kinabalu
Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Konvokesyen Bertukar Duka, Graduan Sabah Kematian Bapa 15 Minit Sebelum Naik Pentas
Next Article Kundasang Selfie Corner, Port Terbaik Bergambar Di Kundasang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?