• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Sebab Mengapa Kuching Ada 2 Datuk Bandar

Oleh
Ismail NA
1 Ogos 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Pasti anda tertanya-tanya mengapa Bandaraya Kuching mempunyai 2 pentadbiran yang berbeza

Ini Sebab Mengapa Kuching Ada 2 Datuk Bandar. Kuching telah dinaik taraf kepada status bandaraya pada tanggal 1 Ogos 1988. Ini menjadikan Kuching sebagai bandaraya ketiga di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Ipoh.

Malah, Bandaraya Kuching merupakan bandaraya terbesar di Kepulauan Borneo dan mempunyai kepadatan penduduk bandaraya yang tertinggi di Malaysia Timur.

Ini Sebab Mengapa Kuching Ada 2 Datuk Bandar
Ini Sebab Mengapa Kuching Ada 2 Datuk Bandar. Kredit foto: BERNAMA

Untuk pengetahuan anda, Bandaraya Kuching dibahagikan kepada 2 iaitu Kuching Utara dan Kuching Selatan.

Kedua-duanya ditadbir oleh orang Datuk Bandar yang berbeza. Bahagian Kuching Utara ditadbir oleh Pesuruhjaya Kuching Utara manakala bahagian Kuching Selatan ditadbir oleh Datuk Bandar Kuching Selatan.

Secara amnya, apa yang membezakan kedua-dua bahagian bandaraya ini ialah asal usul pentadbirannya.

Asal usul Kuching Selatan

Bahagian Kuching Selatan dahulu pada asalnya merupakan sebahagian besar daripada kawasan di bawah Majlis Perbandaran Kuching atau Kuching Municipal Council (KMC). KMC merupakan sebuah jawatankuasa di bawah bidang pihak berkuasa tempatan.

Oleh yang demikian, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada masa ini masih tertakluk kepada bidang kuasa serta fungsi seperti yang termaktub dalam Ordinan KMC dengan sedikit perubahan.

Ini Sebab Mengapa Kuching Ada 2 Datuk Bandar
Sumber foto: MBKS

Asal Usul Kuching Utara

Berbeza pula dengan bahagian Kuching Utara. Bahagian tersebut pada asalnya merupakan kawasan yang ditadbir oleh Majlis Daerah Luar Bandar Kuching atau Kuching Rural District Council (KRDC) dan merupakan sebahagian daripada KMC.

Namun demikian, setelah dipisahkan daripada pentadbiran KMC, bahagian Kuching Utara ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara, sebuah Suruhanjaya yang merupakan badan korporat bertanggungjawab terus kepada Ketua Menteri. Suruhanjaya tersebut dibantu oleh Lembaga Penasihat.

Berasaskan model pentadbiran Kuching Selatan, bidang kuasa dan fungsi Suruhanjaya adalah mengikut ordinannya yang tersendiri iaitu Ordinan Bandaraya Kuching Utara.

Ini Sebab Mengapa Kuching Ada 2 Datuk Bandar
Sumber foto: FB DBKU

Bandaraya Kuching dibahagi dua bagi mengurangkan beban Majlis Perbandaran Kuching

Pembahagian dua bahagian Bandaraya Kuching ini memastikan pentadbiran dapat dijalankan secara bersama dan efisien. Malah, ia juga bertujuan untuk mengurangkan beban Majlis Perbandaran Kuching (kini MBKS) untuk membangunkan bahagian Kuching Utara yang dikawal selia oleh KRDC.

Pada tarikh yang sama dengan pengisytiharan Kuching sebagai bandaraya, dua orang Datuk Bandar yang pertama telah dilantik bagi kedua-dua bahagian.

Ini Sebab Mengapa Bandaraya Kuching Ditadbir Oleh 2 Datuk Bandar
Majlis pelantikan datuk bandar pertama oleh Tuan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak pada 1 Ogos 1988. Sumber foto : DBKU

Datuk Bandar Kuching Selatan yang pertama ialah Encik Song Swee Guan manakala Pesuruhjaya Bandaraya Kuching Utara yang pertama ialah Dr. Yusoff Hanifah. Kedua-duanya merupakan anak jati Sarawak.

Ada teori mengatakan Kuching dibahagi dua kerana penguasaan berdasarkan etnik

Walau pun tidak dapat dipastikan, terdapat juga teori yang mengatakan bahawa pembahagian Kuching kepada dua bahagian ini adalah disebabkan faktor penguasaan kawasan berdasarkan etnik. Ini kerana bahagian Kuching Selatan kebanyakannya didiami oleh penduduk Cina manakala bahagian Kuching Utara adalah kawasan majoriti Melayu.

Walau bagaimanapun, Bandaraya Kuching kini telah diiktiraf sebagai bandaraya perpaduan yang pertama di dunia. Pembahagian Kuching kepada dua kawasan pentadbiran ternyata tidak menghalang penduduknya untuk terus berharmoni dan bekerjasama membangunkan Kuching secara keseluruhannya.

Inilah keunikan Kuching!

Kenali juga asal usul Kampung Nombor, kampung Melayu di tengah bandaraya Kuching:

Sejarah Asal Usul Nama Kampung Nombor Di Kuching
Asal Usul Nama Lebuh Wayang (Wayang Street) Di Bandaraya Kuching

SUMBER :Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Warga Emas Rempuh 10 Kenderaan Di Bazar Batu 3 Kuching
Next Article Notis Penutupan Jalan Sementara Di Batu 25 Jalan Kuching-Serian Bermula Hari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?