• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sejarah Asal Usul Nama Kampung Nombor Di Kuching

Oleh
Nazihah AN
9 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Sejarah Asal Usul Nama Kampung Nombor Di Kuching

Antara Kampung Yang Terkenal Di Kuching

Sejarah Asal Usul Kampung Nombor Di Kuching. Sekiranya anda seorang warga Kuching, semestinya anda kenali nama Kampung Nombor. Kampung yang terletak di pusat bandar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Tetapi tahukah anda pada asalnya Kampung Nombor mempunyai nama lain?

Sejarah Asal Usul Nama Kampung Nombor Di Kuching
Sejarah Asal Usul Nama Kampung Nombor Di Kuching

Mempunyai Nama Selain Angka

Sebelum kampung-kampung ini diberikan nama sempena angka, ianya punyai nama sendiri yang kemungkinan besar anda tidak pernah dengar.

Antara nama original nya ialah Kampung Segoleng dan Munggu Kubur. Dikatakan, hanya golongan tua sahaja yang masih menggunakan nama-nama tersebut.

Kampung Segoleng terletak berhampiran dengan Sungai Bintangor manakala Kampung Munggu Kubur diletak berdekatan dengan Masjid Bahagian. Kedua-dua nama kampung tersebut mulai lenyap secara perlahan-lahan apabila pemerintah Inggeris mengambil alih pemerintahan sekitar tahun 1946. Hal ini kerana untuk memudahkan mereka untuk mengingati nama kampung tersebut dan mungkin terlalu sukar untuk mengingatkan nama asal kampung-kampung terbabit.

Kejadiannya, kampung-kampung tersebut diberikan nama Kampung ‘Number One’, ‘Number Two’, sehingga ‘Number Six’. Perkara ini dijelaskan oleh Pemanca Rosli Sahari yang dikeluarkan oleh Berita Harian pada tahun 2012.

Selepas Kampung Segoleng, pemerintah Inggeris turut mengubah nama Kampung Bintangor dan Bandarshah kepada Kampung No. 2, manakala Kampung Muhibbah menjadi Kampung No. 3, sebahagian lagi menjadi Kampung No. 4, Kampung Sungai Lajim menjadi Kampung No.5 dan seterusnya Kampung Patingan pula menjadi Kampung No. 6.

Sejarah Asal Usul Kampung Nombor Di Kuching
Sejarah Asal Usul Kampung Nombor Di Kuching

Walaupun nama-nama baharu ini kekal diguna pakai sehingga sekarang, terdapat juga yang masih mengingati nama-nama asal kampung tersebut.

Adakah anda dari kampung nombor? Anda berasal dari kampung nombor keberapa? Mana tahu, dari sini anda akan tahu nama asal kampung anda! Komen dan jangan lupa share!

Lagi artikel sejarah di Sarawak, anda boleh baca di bawah:

Ini Sejarah Masjid Bandaraya Kuching, Masjid Pertama Dan Tertua Di Sarawak
Pulau Ketiga Terbesar Di Dunia, Ketahui Sejarah Pulau Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Syed Saddiq Didapati Bersalah Atas Kesalahan Penggubahan Wang Haram
Next Article Ini 3 Destinasi Paragliding Wajib Cuba Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?