• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Sejarah Dan Info Menarik Mengenai Hari Gawai Di Sarawak

Oleh
ILB - AI
31 Mei 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Sejarah Dan Info Menarik Mengenai Hari Gawai Dayak Di Sarawak

Sejarah Dan Info Menarik Mengenai Hari Gawai Dayak Di Sarawak

Ini Sejarah Dan Info Menarik Mengenai Hari Gawai Di Sarawak. Gawai Dayak mula disambut secara besar-besaran sejak 25 September 1964 apabila Hari Gawai diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi di Sarawak. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri yang pertama adalah pada 1 Jun 1965. Sebelum itu, hari cuti umum ini dipanggil Hari Sarawak oleh pemerintahan Rajah Brooke.

Isi Isi Penting
  • Sejarah Dan Info Menarik Mengenai Hari Gawai Dayak Di Sarawak
  • Gawai Antu
  • Gawea Bidayuh
  • Kumang Gawai

Sebenarnya, Gawai Dayak adalah musim perayaan yang berlangsung selama sebulan yang bermula dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap tahun. Mereka mempunyai beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah panjang dan bandar. Hari pertama perayaan jatuh pada 31hb Mei dan hari kedua pada 1hb Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi dengan upacara penutupan pada akhir bulan Jun yang dipanggil menggulung atau ngiling tikar.

Ini Sejarah Dan Info Menarik Mengenai Hari Gawai Di Sarawak
Ini Sejarah Dan Info Menarik Mengenai Hari Gawai Di Sarawak

Gawai Antu

Selain itu, antara gawai lain yang popular dalam komuniti Iban adalah Gawai Burong, Gawai Antu dan Gawai Pangkung Tiang.

Gawai Burong disambut bagi tujuan untuk menyembah dan memuja Sengalang Burong iaitu tuhan peperangan, perlindungan dan keamanan.

Gawai Antu pula adalah sambutan terakhir memperingati semua orang yang sudah meninggal dunia dalam satu generasi keluarga sejak sambutan Gawai Antu sebelumnya.

Gawai Antu ini harus disambut hanya sekali dari satu generasi ke satu generasi secara besar-besaran. Sementara itu, Gawai Pangkung Tiang disambut dengan memukul tiang utama rumah sesudah pindah ke rumah baru sebelum ada kematian bagi memohon “gayu guru, gerai nyamai senang lantang nguan menoa” iaitu bermaksud “panjang umur, sihat walafiat serta senang lenang mendiami dunia.”

Gawea Bidayuh

Komuniti Bidayuh pula terdiri daripada tiga kumpulan besar iaitu Singai-Jagoi (Daerah Bau), Bukar-Sadong (Daerah Serian) dan Biatah (Daerah Padawan/Siburan).

Kebanyakan komuniti Bidayuh ini berkongsi adat resam, tradisi dan sambutan perayaan yang hampir serupa walaupun bahasanya berlainan dari satu daerah ke daerah yang lain.

Antara sambutan gawai yang popular dalam komuniti Bidayuh Bau ialah Gawea Podi/Umoh, Gawea Tubi Bauh, Gawea Sowa Bauh dan Gawea Sopid/Oran.

Gawea Podi/Umoh disambut dengan tujuan memohon berkat “Ieng Topa” (Tuhan) ke atas benih padi dan pada masa sama memohon berkat ke atas tanah agar subur dan tidak dilanda bencana alam seperti banjir atau kemarau.

Gawea Tubi Bauh pula dirayakan bagi memohon berkat “Ieng Topa” untuk memberi kebenaran kepada penduduk untuk menuai padi yang sedang menguning.

Menurut kepercayaan masyarakat setempat, sekiranya ritual ini tidak dilakukan, penduduk akan sakit apabila memakan hasil tanaman tersebut.

Sementara Gawea Sowa Bauh pula merupakan perayaan yang disambut besar-besaran bagi tanda kesyukuran dan menunjukkan tamatnya musim menuai padi dan bermula tahun penanaman padi yang baharu.

Kumang Gawai

Selain itu, antara aktiviti terkenal diadakan ketika perayaan Hari Gawai adalah pertandingan ratu cantik atau Kumang Gawai.

Biasanya, sambutan perayaan Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat diturunkan dan seterusnya majlis Ngiling Bidai dilakukan yang memberi signifikan perayaan sudah pun tamat.

Hakikatnya, sambutan Gawai Dayak sebenarnya tidak terhad pada 1 Jun semata-mata. Konsep Gawai juga disambut dalam pelbagai cara dan maksud serta berbeza-beza mengikut suku kaum serta etnik berdasarkan bahagian dan daerah tempat masing-masing.

Secara umum, Gawai Dayak adalah sambutan tahunan dalam komuniti masyarakat Iban juga dikenali sebagai Gawai Padi diikuti puluhan sambutan gawai yang lain.

Baca artikel lain mengenai Pesta Kaamatan :

Baca juga artikel mengenai pesta menuai yang lain :

 

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article "Design Macam Zaman Batu," Netizen Kritik Hasil Kreatif IDECS 2022 “Design Macam Zaman Batu,” Netizen Kritik Hasil Kreatif IDECS 2022
Next Article 44 Biji Telur Buaya Ditemui Di Kampung Meranek Kota Samarahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?