• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

44 Biji Telur Buaya Ditemui Di Kampung Meranek Kota Samarahan

Oleh
Husna Hazmi
1 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

44 biji telur buaya tersebut telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

44 Biji Telur Buaya Ditemui Di Kampung Meranek Kota Samarahan. Kes serangan buaya di Sarawak amat membimbangkan kerana ia semakin menjadi-jadi dan antara kes terkini adalah seorang lelaki yang menjadi mangsa kepada reptilia tersebut di Kota Samarahan baru-baru ini.

Isi Isi Penting
  • 44 biji telur buaya tersebut telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.
  • Menemui sarang buaya serta 44 biji telur
  • Ini 6 fakta yang perlu anda tahu mengenai buaya dan telurnya
  • Sentiasa berhati-hati dan berwaspada
  • Ini pula kes serangan buaya berlaku baru-baru ini di Lundu:
44 Biji Telur Buaya Ditemui Di Kampung Meranek Kota Samarahan
44 Biji Telur Buaya Ditemui Di Kampung Meranek Kota Samarahan. Kredit gambar: SFC

Menemui sarang buaya serta 44 biji telur

Oleh itu pihak SFC, Sarawak Forestry Corporation bersama pasukan Pemburu Buaya Samarahan telah menjalankan operasi pemburuan buaya di Kota Samarahan dan sebanyak 17 jerat telah dipasang.

Semalam, pasukan SFC telah menemui sarang buaya serta 44 biji telur di Kampung Maranek, Kota Samarahan. Telur tersebut kemudiannya dialihkan ke tempat yang selamat oleh pasukan mereka.

Semasa proses pengalihan telur buaya tersebut, drone digunakan bagi memastikan keselamatan semua yang terlibat dalam operasi tersebut.

44 Biji Telur Buaya Ditemui Di Kampung Meranek Kota Samarahan
Kredit gambar: SFC

Ini 6 fakta yang perlu anda tahu mengenai buaya dan telurnya

Di Sarawak, dua spesis buaya yang paling lazim adalah buaya tembaga (Crocodilus porosus) dan buaya jejulong (Tomistoma schlegelii).

  1. Buaya betina boleh membesar sehingga 3 meter dengan berat 640 kilogram sehingga 1,100 kg.
  2. Pada musim bersarang, buaya betina boleh menetas sebanyak 40 hingga 60 telur. Kadangkala, ia boleh mencecah angka maksimum 90 biji pada satu-satu masa.
  3. Sarang buaya diperbuat daripada rumput rumpai, tanah dan tanah liat dan kemudian telur ini disembunyikan. Sarang ini kebiasaannya dijumpai berhampiran di kawasan darat dan agak tinggi dari sungai bagi mengelakkan hanyut dibawa arus ketika air pasang atau banjir.
  4. Jantina bayi buaya ditentukan oleh suhu sarang buaya iaitu tempat dimana telur disimpan oleh ibunya.
  5. Buaya jantan akan menetas dengan suhu sarang sekitar 31.6 darjah Celcius. Sekiranya suhu sarang lebih tinggi atau lebih rendah daripada angka ini, maka buaya betina akan lahir.
  6. Tempoh inkubasi telur buaya adalah sekitar 90 hari.

Sentiasa berhati-hati dan berwaspada

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada dan jika anda menemui sebarang sarang buaya, segera laporkannya kepada SFC.

Pesan SFC kepada semua, semasa musim bersarang, buaya betina boleh bertambah menjadi lebih agresif terutamanya dalam mempertahankan sarangnya.

Demi keselamatan semua, sila berhati-hati dan peka dengan berita mahupun kawasan sekeliling terutamanya bagi sesiapa yang ingin melakukan aktiviti di sungai.

Ini pula kes serangan buaya berlaku baru-baru ini di Lundu:

SUMBER :Sarawak Forestry Corporation
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sejarah Dan Info Menarik Mengenai Hari Gawai Dayak Di Sarawak Ini Sejarah Dan Info Menarik Mengenai Hari Gawai Di Sarawak
Next Article Nikmati Percutian Tenang Dikelilingi Alam Semulajadi Di The Village House Santubong

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?