• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Senarai Laluan BAS.MY Di Sarawak

Oleh
Nazihah AN
22 Mei 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Ini Senarai Laluan BAS.MY Di Sarawak

Kos pengangkutan anda kini lebih murah

Ini Senarai Laluan BAS.MY Di Sarawak. Pengangkutan awam di Kuching kini mendapat nafas baharu menerusi inisiatif BAS.MY oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia. Dengan gabungan teknologi moden seperti sokongan pembayaran tanpa tunai dan kad konsesi khas rakyat Malaysia, sistem bas ini bukan sahaja mampu milik, tetapi juga lebih selesa dan inklusif.

Isi Isi Penting
  • 1. Laluan Q10M
  • 2. Laluan Q04M
  • 3. Laluan Q03M
  • 4. Laluan Q08M
  • 5. Laluan Q01B
  • 6. Laluan Q06M

Berikut adalah maklumat penting yang anda perlu tahu jika anda bercadang untuk menggunakan perkhidmatan ini — sama ada untuk ke tempat kerja, kuliah, atau sekadar jalan-jalan cuci mata.

Ciri Menarik BAS.MY

  • Bayaran Tanpa Tunai: Boleh bayar guna Visa PayWave, Mastercard, atau DuitNow QR.
  • Kad Konsesi BAS.MY: Rakyat Malaysia boleh mohon kad ini untuk perjalanan tanpa had. Sangat berbaloi untuk pelajar, warga emas dan pekerja harian.
  • Waktu Operasi Panjang: Bermula seawal 5.00 pagi hingga 11.00 malam, sesuai untuk pekerja syif atau mereka yang perlu bergerak awal pagi.
  • Kekerapan: Setiap 30 hingga 60 minit, bergantung kepada laluan dan hari (minggu atau hujung minggu).
  • Caj Bulanan RM50 sahaja untuk penggunaan tanpa had — jauh lebih jimat berbanding naik e-hailing setiap hari.

Senarai Laluan BAS.MY Di Kuching, Sarawak

Berikut ialah laluan-laluan utama lengkap dengan stesen permulaan dan destinasi akhir:

1. Laluan Q10M

Open Air Market, Kuching ↔ Terminal Bas Serian
✔ Laluan panjang merentas pusat bandar ke Serian.
✔ Melalui hospital, pusat beli-belah (Vivacity, The Spring), UNIMAS, dan kampung-kampung luar bandar.

2. Laluan Q04M

Stesen Bas Saujana ↔ Terminal Bako
✔ Laluan ke kawasan pesisir seperti Bako dan Santubong.
✔ Laluan ini penting untuk pelancong atau penduduk yang bekerja di kawasan perindustrian Sejingkat.

3. Laluan Q03M

Stesen Bas Saujana ↔ King Centre
✔ Laluan dalam bandar Kuching termasuk kawasan Sunny Hill, Trinity Hub dan Hospital Umum Sarawak.
✔ Sesuai untuk pelajar dan pekerja di sekitar pusat komersial.

4. Laluan Q08M

Stesen Bas Saujana ↔ Terminal Bas Bau
✔ Laluan ke kawasan Bau, termasuk Borneo House Museum, SMK Paku dan Kampung Bumbok.
✔ Sesuai untuk mereka yang tinggal di kawasan pinggir bandar.

5. Laluan Q01B

Stesen Bas Saujana ↔ Malihah
✔ Laluan meliputi Satok, Petra Jaya, dan Matang.
✔ Popular dalam kalangan penduduk lokal kerana akses ke sekolah dan kawasan perumahan utama.

6. Laluan Q06M

Stesen Bas Saujana ↔ Kampung Benuk
✔ Laluan ke kawasan luar bandar seperti Kampung Danu, Padawan, dan SK Pajar.
✔ Penting untuk komuniti Bidayuh dan kawasan pelancongan seperti Gua Fairy.

Inilah Alternatif Pengangkutan Lebih Mampu Milik

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan tambang e-hailing yang tidak menentu, inisiatif BAS.MY sememangnya satu penyelesaian bijak. Laluan yang diliputi juga cukup menyeluruh — dari pusat bandar ke kawasan kampung dan tarikan pelancong.

Kini, rakyat Sarawak terutama di Kuching ada pilihan lebih murah, mesra pengguna dan selamat untuk bergerak ke mana sahaja.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Next Article Sarawak Buka Peluang Pekerjaan Untuk Tenaga Mahir Dari Indonesia Sarawak Buka Peluang Pekerjaan Untuk Tenaga Mahir Dari Indonesia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?