• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Oleh
Farisha
22 Mei 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Lesen Memandu Malaysia Kini Berwajah Baharu – Hanya Dikeluarkan untuk Ke Luar Negara

JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia hari ini mengumumkan pengenalan rekaan ilustrasi terbaharu bagi Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang kini hadir dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pengedaran lesen versi baharu ini telah pun bermula secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini.

JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu. Sumber foto: Harian Metro

Namun begitu, penting untuk diketahui bahawa lesen fizikal versi baharu ini hanya diperuntukkan kepada warganegara yang akan ke luar negara sahaja. Bagi permohonan pembaharuan lesen secara biasa, pemohon hanya akan menerima lesen digital melalui aplikasi MyJPJ.

Reka Bentuk Menampilkan Ikon Negara

Lesen baharu ini menampilkan reka bentuk ilustrasi yang lebih moden dan sarat dengan elemen kenegaraan:

  • Bahagian hadapan memaparkan gambar latar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad bersama motif abstrak gelombang.
  • Bahagian belakang pula menampilkan Istana Negara dan corak flora tempatan yang bersifat abstrak.

Datuk Aedy menjelaskan bahawa reka bentuk ini bukan sahaja menyerlah dari sudut estetik, tetapi juga menyumbang kepada ciri keselamatan kad tersebut.

“Versi terkini ini berupaya mencegah unsur pengubahsuaian dan pemalsuan kad serta mempunyai daya tahan penggunaan untuk tempoh maksimum 10 tahun,” katanya dalam sidang media di Johor hari ini.

Negara Luar Masih Perlukan Lesen Fizikal

Menurut beliau, langkah ini diambil memandangkan tidak semua negara mengiktiraf penggunaan lesen digital melalui aplikasi MyJPJ.

“Setakat ini, hanya Singapura yang menerima lesen digital. Negara-negara lain masih memerlukan lesen fizikal dan juga permit memandu antarabangsa (IDP) yang boleh dipohon melalui JPJ,” jelas beliau, menurut laporan media tempatan.

Oleh itu, mereka yang merancang untuk memandu di luar negara dinasihatkan agar memohon kad lesen fizikal versi baharu ini lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa di luar negara.

Pengeluaran Berperingkat

Pengeluaran kad LMM versi baharu ini sedang berlangsung secara berperingkat di beberapa cawangan JPJ terpilih bagi memastikan proses peralihan daripada sistem lama ke sistem baharu berjalan lancar.

Bagi individu yang bakal merantau atau bekerja di luar negara, disarankan untuk menyemak keperluan negara destinasi terlebih dahulu dan mendapatkan dokumen yang diperlukan dari JPJ seawal mungkin.

Baca juga artikel yang berkaitan:

JPJ Mula Guna Kamera Badan Tahun Ini, Langkah Baru Rakam Kesalahan Lalu Lintas
Lesen Memandu Percubaan Ke Kompeten Sudah Boleh Ditukar di Aplikasi MyJPJ
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 51 Sumandak Bakal Rebut Gelaran Unduk Ngadau 2025 Hujung Bulan Ini 51 Sumandak Bakal Rebut Gelaran Unduk Ngadau 2025 Hujung Bulan Ini
Next Article Ini Senarai Laluan BAS.MY Di Sarawak Ini Senarai Laluan BAS.MY Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?