I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Reading: Ini Tempat Menarik Di Kundasang Sabah Untuk Anda Kunjungi
Font ResizerAa
I Love Borneo I Love Borneo
Font ResizerAa
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Ini Tempat Menarik Di Kundasang Sabah Untuk Anda Kunjungi

Oleh Farisha 27 Oktober 2023
Kongsi
13 Min Bacaan

Ketahui 12 tempat persinggahan dan percutian yang ‘best’ di Kundasang

Ini Tempat Menarik Di Kundasang Sabah Untuk Anda Kunjungi. Kundasang sememangnya terkenal dengan pelbagai tempat menarik. Selain daripada Gunung Kinabalu, Desa Cattle Dairy Farm dan Kinabalu National Park yang memang telah dikenali ramai di serata dunia, banyak lagi tempat menarik yang terdapat di sekitar Kundasang yang mungkin belum pernah anda kunjungi.

Tempat menarik ini sentiasa bertambah disebabkan sambutan pelancong yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa disebabkan keunikan kawasan Kundasang itu sendiri. Udara yang segar dan nyaman, kawasan yang tinggi dan sejuk dan sangat sesuai dengan mereka yang berada di kawasan bandar, mereka yang ingin lari dari dari kesibukan kota, atau merehatkan diri dan menenangkan fikiran dari suasana kerja yang memang memeningkan.

Tambahan lagi cuaca di kawasan bandar yang sememangnya bercuaca panas dan lembab. Oleh sebab itu, Kundasang merupakan pilihan terbaik untuk bercuti dan bersantai bersama keluarga dan sahabat handai. Tempat menarik di sini termasuklah pusat sukan dan rekreasi, pusat penginapan yang menarik, taman-taman dan pusat pertanian.

Artikel Lain

Ini Panduan Short Escape Selama 3 Hari 2 Malam Ke Bintulu
Ini Panduan Short Escape Selama 3 Hari 2 Malam Ke Bintulu
Nikmati Suasana Tenang Di Libiki Bamboo Resort Bau Yang Dikelilingi Alam Semula Jadi
Ini 7 Shopping Mall Paling Best Di Kuching Yang Anda Boleh Terokai

1. Sosodikon Hill, Kundasang

Ini Tempat Menarik Di Kundasang Sabah Untuk Anda Kunjungi
Ini Tempat Menarik Di Kundasang Sabah Untuk Anda Kunjungi. Sumber foto: sabahtourism

Bagi mereka yang meminati aktiviti lasak seperti mendaki, maka Sosodikon Hill atau Bukit Sosodikon merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk anda. Sosodikon Hill terletak lebih kurang 5 km dari Pekan Kundasang. Untuk sampai ke bukit ini, anda perlu menggunakan jalan yang sama ke Desa Cattle Dairy Farm dan Mount Kinabalu Golf Club.

Bukit Sosodikon terletak di sebelah kanan simpang ke Desa Cattle Dairy Farm. Anda perlu meletakkan kereta di tepi jalan dan berjalan kaki dalam lebih kurang 1.5km untuk sampai ke pintu masuk Bukit Sosodikon. Kemudian, anda akan mengambil masa lebih kurang 20 minit dengan berjalan kaki.

Apa yang menanti anda di puncak adalah bukit yang seolah-olah berbentuk piramid. Anda pasti terhibur sepanjang perjalanan kerana kiri dan kanan anda ditumbuhi dengan tumbuh-tumbuhan menghijau dan memukau penglihatan.

Maklumat penting

Lokasi: Kg Kauluan Peti Surat 873, 89308 Kundasang, Sabah

Waktu operasi: 6:00am hingga 5:00pm

Bayaran masuk:

  • Dewasa Malaysia (13 tahun ke atas): RM5.00
  • Kanak-kanak Malaysia (7-12 tahun): RM3.00
  • Dewasa Asing: RM10.00
  • Kanak-kanak Asing: RM5.00
  • Masuk percuma untuk kanak-kanak 6 tahun ke bawah

2. Dream World Resort Kundasang

Ini Tempat Menarik Di Kundasang Sabah Untuk Anda Kunjungi

Dream World Resort dikenali ramai disebabkan persekitarannya yang begitu mempersonakan terutamanya pada waktu petang. Berlatarkan Gunung Kinabalu, suasana sekeliling yang ditumbuhi oleh tumbuh-tumbuhan menghijau, terletak di lereng bukit serta udaranya yang sejuk dan nyaman melengkapkan lagi daya tarikan di tempat ini.

Jika anda pernah pergi ke tempat ini, mungkin pada percutian akan datang, tempat ini akan jadi pilihan penginapan utaman anda. Jika anda menginap di tempat ini, jangan sia-siakan waktu senja anda. Nikmatilah waktu tersebut kerana suasana diwaktu petang dan senja mungkin jauh berbeza dengan apa yang anda pernah alami sebelum ini.

Namun begitu, anda perlu membuat tempahan dengan lebih awal disebabkan penginapan di Dream World Resort adalah terhad terutamanya pada musim cuti sekolah.

Maklumat penting

Lokasi: Jalan Mesilau Golf Club 89703 Malaysia, 89308 Kundasang, Sabah

Hubungi: 088-888 333

3. Kundasang Mount Valley Recreation And Resort

Ini Tempat Menarik Di Kundasang Sabah Untuk Anda Kunjungi
Ini Tempat Menarik Di Kundasang Sabah Untuk Anda Kunjungi. Sumber: facebook

Mount Valley Recreation merupakan tempat ataupun pusat rekreasi. Jika anda berada di Pekan Kundasang menuju ke Taman Kinabalu atau Kinabalu National Park, tempat menarik ini adalah lebih kurang 500 meter sebelum sampai ke simpang masuk ke Kinabalu National Park. Untuk mengenali tempat ini adalah sangat mudah, anda hanya berpandukan tayar berwarna-warni di lereng bukit yang boleh dilihat dari jalan utama.

Aktiviti utama adalah sukan “flying fox”. Pasti aktiviti ini amat diminati terutamanya bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak. Nikmatilah pemandangan sekeliling semasa anda sedang beraksi dengan “flying fox”.

Bagaimanapun, aktiviti ini tidak akan dijalankan jika dalam keadaan cuaca yang kurang baik seperti hujan, guruh dan berangin bagi mengutamakan keselamatan pelawat.

Maklumat penting

Lokasi: 89300 Kundasang, Sabah

Hubungi:  088-888 778

4. Kiram’s Village

Ini Tempat Menarik Di Kundasang Sabah Untuk Anda Kunjungi

Kiram Village terletak di Kampung Mesilou iaitu menggunakan jalan yang sama ke Mesilou Nature Resort. Tempat ini merupakan salah satu pusat menginapan yang menyediakan penginapan berbentuk bilik dan chalet.

Walaupun tempat ini agak jauh dari Pekan Kundasang, tempat ini sangat menarik dimana ditumbuhi dengan pelbagai jenis bunga, jambatan kecil serta udara yang nyaman dan segar.

Restoran juga disediakan di tempat ini. Tempat ini amat strategik kerana anda boleh mengunjungi tempat menarik yang berdekatan iaitu, Mesilou Nature Resort dan Desa Cattle Dairy Farm.

Maklumat penting

Lokasi: 89308 Kundasang, Sabah

Hubungi: 016-695 0057

5. Midori Homestay

Ini Tempat Menarik Di Kundasang Sabah Untuk Anda Kunjungi

Midori Homestay merupakan salah satu tempat penginapan katogeri homestay yang juga menarik dan sesuai bagi pengunjung yang berkeluarga. Midori homestay terletak di Kampung Mesilou. Tempat ini disenaraikan dalam katogeri tempat menarik disebabkan suasana persekitaran homestay yang luas, cantik, landskap yang menarik dan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.

Bagi mereka yang inginkan suasana kampung, udara segar dan nyaman, ahli keluarga yang ramai serta ingin berjimat, maka Midori Homestay sesuai untuk anda. Halaman rumah yang luas, berpagar, ditumbuhi dengan rumput menghijau, kerusi dan meja untuk bersantai serta udara yang sejuk dan nyaman adalah salah satu kelebihan tempat penginapan ini. Anak-anak anda boleh bermain, berlari dan bergembira di halaman rumah yang luas.

Maklumat penting

Lokasi: Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah

Hubungi: 03-8873 3710

6. Crystal Hill R, Kundasang

Ini Tempat Menarik Di Kundasang Sabah Untuk Anda Kunjungi
Ini Tempat Menarik Di Kundasang Sabah Untuk Anda Kunjungi. Sumber: booking

Crystal Hill R merupakan salah satu tempat penginapan yang mempunyai suasana persekitaran memukau dengan udaranya yang segar, nyaman dan sejuk.

Tempat yang strategik iaitu di atas bukit menjadikan Crystal Hill R menjadi salah satu tempat penginapan pilihan bagi kebanyakan pelawat. Disebabkan lokasinya di puncak bukit, maka sudah pasti pemandangan sekeliling juga amat menarik dimana anda boleh melihat Gunung Kinabalu tanpa apa-apa halangan.

Semasa menginap di tempat ini, jangan lepaskan peluang untuk melihat matahari terbenam dan terbit. Adalah satu pilihan yang terbaik jika anda menginap di tempat ini kerana anda boleh menghayati dan merasai suasana persekitaran di tempat ini sepenuhnya.

Maklumat penting

Lokasi: 89308 Kundasang, Sabah

Hubungi: 016-584 6116

7. Nulu Tinorindak Kampung Lembah Pantai Kundasang

Ini Tempat Menarik Di Kundasang Sabah Untuk Anda Kunjungi

Bagi mereka yang meminati aktiviti lasak, sememangnya Nulu Tinorindak yang terletak di Kampung Lembah Permai, Kundasang sangat sesuai untuk anda. Lokasi tempat ini adalah di Kampung Lembah Permai, Kundasang. Untuk sampai ke tempat ini, anda perlu melalui jalan Kundasang Kauluan, iaitu jalan utama ke Desa Cattle Farm. Ianya mengambil masa lebih kurang 10 minit pemanduan jika bermula dari Pekan Kundasang.

Tempat ini cukup mencabar untuk didaki disebabkan keadaan trek yang curam. Cuaca sejuk juga menjadi halangan utama. Namun satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila anda sampai di puncak Bukit Tinorindak. Bahkan, anda juga terleka dengan keindahan alam semulajadi dan suasana pemandangan memukau semasa dalam pendakian.

Maklumat penting

Lokasi: Jalan Lobou Lobou Dua, 89308 Kundasang, Sabah

Waktu operasi: 7:00am-1:00pm

8. Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge

Ini Tempat Menarik Di Kundasang Sabah Untuk Anda Kunjungi

Mongolian Yurt Wind Paradise merupakan pusat penginapan yang terletak di puncak dan lereng bukit di Kundasang. Untuk sampai ke tempat ini anda perlu melalui Jalan Kundasang Kauluan dengan mengambil masa lebih kurang 10 minit perjalanan dengan memandu kereta. Lokasi Mongolian Yurt adalah lebih kurang 3.6 kilometer dari Pekan Kundasang. Bagi mendapatkan lokasi dengan terperinci sila klik ke pautan berikut: Mongolian Yurt Wind, Kundasang. 

Tempat ini merupakan pusat penginapan yang unik kerana bentuk penginapan adalah seperti Mongolian Yurt. Kawasan penginapan yang strategik iaitu di puncak dan lereng bukit menjadikan tempat ini cukup menarik, sesuai serta sering ditiupi angin yang nyaman dan sejuk. Tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang inginkan suasana pergunungan dan kelainan dari aspek penginapan.

Maklumat penting

Lokasi: KM3.8 KAMPUNG CINTA MATA, 89308 Kundasang, Sabah

Hubungi: 019-800 0201

9. Timpohon Gate

Sumber: facebook

Bagi anda yang ingin mengunjungi Taman Kinabalu atau Kinabalu National Park, Kundasang, ambil sedikit masa anda untuk mengunjungi Timpohon Gate, di sini lah bermulanya titik permulaan perjalanan untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Walaupun anda tidak berniat untuk mendaki, anda boleh pergi ke tempat ini untuk mengambil gambar buat kenang-kenangan.

Luangkan sedikit masa anda meninjau laluan trek untuk sampai ke puncak Kinabalu kerana mungkin pada suatu hari nanti anda berpeluang untuk mendaki gunung yang tertinggi di Malaysia ini.

Maklumat penting

Lokasi: Kinabalu Park, 89300 Kundasang, Sabah

Waktu operasi: Isnin hingga Ahad – 7:00am hingga 5:00pm

Hubungi: 088-523 500

10. Mesilou Highland Strawberry Farm

Ini Tempat Menarik Di Kundasang Sabah Untuk Anda Kunjungi

Terletak di Kampung Mesilou, Kundasang, Mesilou Highland Strawberry juga merupakan salah satu daya tarikan di Kundasang. Di sini, anda boleh memetik sendiri strawbery yang telah masak dan merasai kenikmatannya. Ladang strawberi ini biasanya dibuka bermula pukul 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang.

Bagaimanapun, kadangkala ladang ini akan ditutup untuk memberi peluang kepada kerja-kerja penanaman serta penambahbaikan. Bagi maklumat lanjut anda boleh mengikuti perkembangan berkaitan dengan ladang strawberi di laman facebook mereka : Mesilou Highland Strawberry.

Maklumat penting

Lokasi: Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah

Waktu operasi:

  • Hari: Setiap hari kecuali Selasa
  • Waktu: 8 pagi hingga 5 petang

Harga tiket:

  • 12 tahun ke atas: RM2
  • 12 tahun ke bawah: RM1

11. Little Hut

Sumber foto: facebook

Little Hut yang terletak di Kampung Mesilou, Kundasang juga disenaraikan sebagai salah satu tempat yang menarik untuk dilawati di Daerah Kundasang. Kawasan ini merupakan tempat penginapan yang dihiasi dengan pelbagai jenis bunga yang berwarna warni dan cantik.

Untuk sampai ke tempat ini, anda perlu melalui Jalan Kundasang Kaulan. Jarak dari Pekan Kundasang ke Little Hut Kampung Mesilou adalah lebih kurang 6 km, iaitu lebih kurang 16 minit memandu. Anda boleh menggunakan Google Map atau Waze jika tidak pasti akan lokasi homestay ini.

Maklumat penting

Lokasi: Kampung Mesilou, Kundasang, Sabah

Hubungi: 016-860 1416

12. Ladang Tenusu Desa Cattle

Ini Tempat Menarik Di Kundasang Sabah Untuk Anda Kunjungi
Sumber foto: sabahup2date

Sememangnya Desa Cattle Dairy Farm merupakan pusat pelancongan utama di Kundasang Ranau, Sabah. Lokasi tempat ini adalah lebih kurang 6 km dari Pekan Kundasang dengan melalui Jalan Cinta Mata Mesilou.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini termasuklah melihat bagaimana pemprosesan susu lembu, memberi makanan kepada anak lembu dan kambing, melihat proses pemerahan susu lembu dan sebagainya.

Malah, anda juga boleh membeli susu lembu segar dan makan makanan atau produk berasaskan susu lembu di tempat ini. Selain itu, kawasan persekitaran yang mempersona dengan udara yang segar, nyaman dan sejuk menjadikan kawasan ini daya tarikan utama di Kundasang.

Maklumat penting

Lokasi:Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah

Waktu operasi: Isnin hingga Ahad – 8:00am hingga 5:00pm

Hubungi: 088-889 562

Harga kemasukan:

  • Dewasa (13 tahun ke atas): RM5
  • Kanak-kanak (7-12 tahun): RM4
  • Kanak-kanak (bawah 7 tahun): Percuma

Dengan ini tamatlah sudah senarai tempat menarik di Kundasang, banyak jugakan? Apatah lagi kalau anda berpeluang untuk meneroka seluruh pelusuk Sabah.

Secara ringkasnya, Kundasang adalah destinasi percutian yang ideal bagi mereka yang ingin bersantai bersama keluarga atau kawan-kawan. Luangkan sehari atau lebih di Kundasang, tetapi pastikan anda tidak tergesa-gesa! Jika tidak, anda tidak akan dapat menikmati keindahan Kundasang sepenuhnya!

Oleh sebab suhu di Kundasang sejuk, pastikan anda membawa jaket tambahan untuk mengharungi malam yang sejuk!

Baca juga artikel yang berkaitan mengenai Kundasang:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Meriahkan Lan Berambeh Cuti-Cuti Malaysia Di Plaza Merdeka Hujung Minggu Ini
Next Article Berlatarkan Gunung Kinabalu, MRSM Ranau Raih Perhatian Ramai Berlatarkan Gunung Kinabalu, MRSM Ranau Raih Perhatian Ramai

Advertorial

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
#innovatesarawak
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Berita Malaysia
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?